Rate

BAB 2

Family Completed 1075

AKU memandang skrin. Tidak mahu langsung menoleh memandang mata Karlina .
Dia bagaikan ahli nujum yang boleh membaca fikiran Aku sekarang.

“Ain, kamu tahu kan kita sudah berkawan sejak di matrikulasi lagi. Aku tahu apabila kamu gembira. Masih ingat peristiwa kamu bertemu dan berpisah dengan Imran? Aku tahu apabila kamu bersedih juga. Dan yang terakhir aku sebut itu dapat aku rasakan.”

Aku diam seribu diam. Aku terhenti mengetuk papan kekunci. Huruf-huruf dan nombor di skrin seperti tidak memberi makna apa-apa kepada Aku.

Peristiwa itu jelas mula timbul. Peristiwa yang telah lama ingin Aku padamkan.

“Ain, ain,” suara dia jelas memanggil Aku . Aku endah tak endah dengan suara itu. Aku ingin bermain bersama kawan-kawan. Mengapa harus dia ikut sekali!

“Ain, ain,” suara itu memanggil lagi sambil mengejar Aku dari belakang. Aku berlari-lari anak kemudiannya. Dia juga bertambah laju mengejar. Aku mula berlari laju dan akhirnya menyorok di balik pokok mempelam setelah memastikan kelibatnya hilang di hujung sudut rumah.

“Ain, mana kamu?” Suara itu mula kedengaran risau. Aku biarkan sahaja. Entah mengapa hati ini berasa sakit tetapi juga duka.

“Yaya, kenapa berada di luar ni?” Suara ibu kedengaran.

“Ain, tadi Yaya jumpa. Nak ikut main sekali.”

“Mari ikut ibu. Kita pergi beli ais krim nak?”

“Nak.” Suara gembira itu mengumal sambil suara ibu mengiyakan sahaja.

Hati Aku berasa lega. Terlepas daripada seksa.

Aku boleh bermain dengan gembira bersama rakan-rakan. Tiada lagi kacau daripada kakak. Aku tak mahu ingat langsung cerita dia dan Aku. Mengapa Aku harus ada kakak sebegitu rupa?

“Kakak kamu istimewa. Layanlah dia dengan baik.” Pesan ibu terngiang di telinga.

Istimewa buat ibu tetapi tidak bagi Aku ! Aku sering diejek oleh kawan-kawan kerana keistimewaan kakak itu. Mengapa Aku tidak dapat seorang kakak yang Aku boleh bual bicara tentang hal-hal perempuan sambil mengetip kuku di tepi jendela? Sambil dia membelai rambut Aku yang panjang ini? Biarlah dia dengan ibu dan ayah sahaja. Biar istimewa itu melekat pada mereka.

Aku balik lewat petang itu. Sebaik sahaja sampai di rumah, Aku memanggil ibu. Tiada jawapan. Aku memanggil sekali lagi. Juga tiada jawapan.

Di mana ibu?

Mak Jah, jiran sebelah ternampak Aku di luar rumah memanggil ibu.

“Ain, ibu kamu pergi ke hospital. Kakak kamu tadi sakit teruk. Mari ikut Mak Jah pergi sekali.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience