Rate

BAB 5

Family Completed 1075

“DIA meninggal dunia ketika aku masuk ke tingkatan satu.”

Suasana sunyi memasuki jeda masa ini.

“Maaf. Aku tidak berniat…” Suara kekesalan Karlina bertanya kedengaran.

“Tak mengapa. Aku tahu kamu hanya prihatin dengan sikap aku tadi.”

Aku menggosok hidung walaupun tak terasa gatal pun. Mata Aku mula merah. Hati ini mula terasa sebak.

Aku mencapai tisu di atas meja. Hembusan hingusan Aku membuatkan Karlina mendekati Aku .

Aku tersedu. "Dan nama kakak aku itu... Marina."

Aku dan Karlina berbual panjang lagi. Aku menceritakan segalanya. Dia seperti biasa mendengar dengan tekun. Sekali sekala mengusap bahu menenangkan Aku.

“Mungkin, inilah dikatakan takdir untuk kamu membuka peti itu dan menyinari kembali kegelapan yang menghantui kamu. Mungkin kamu tak sedar yang kakak kamu telah memaafkan kamu. Kini kamu perlu buka peti itu, Ain. Allah memberi ujian dan peluang.”

Terima kasih Karlina .

Isnin adalah permulaan hari yang ramai merungut. Entah mengapa Aku berasa bersemangat. Ada satu hal yang perlu Aku tebus.

Aku duduk berseorangan di meja makan di sudut deretan kedai ini.
Bunting bertulis ‘Kedai Pak Di’ terbentang jelas di atas kedai itu.

Karlina tidak dapat menemani Aku kerana perlu keluar atas tugas rasmi yang bos berikan.

Seorang budak kecil datang mendekati Aku . Kali ini dia duduk di sebelah Aku pula. Kami berbual panjang. Hati Aku sejuk mendengar bicaranya walaupun entah apa yang dia ucapkan.

‘Marina , adik yang teristimewa,’ bisik Aku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience