Rate

BAB 1

Family Completed 1075

AKU memaling muka mengesat air yang bergenang di mata. Aku tak sanggup melihat rupanya itu.

“Kenapa dengan kamu, Ain?” Suara Karlina kedengaran di tepi Aku .

“Tiada apa-apa.” Air mata yang tersisa Aku seka.

Aku bangun dan mencapai beg tangan di kiri Aku . “Maaf, aku pergi ke tandas kejap.”

Terasa sungguh jauh jarak tandas dengan jarak meja kami makan. Walhal sudah berapa kali kami datang ke sini untuk makan tengah hari. Pada hari ini sahaja Aku terasa ingin mencuba di kedai baharu di hujung sudut lot deretan kedai ini. Entah mengapa perasaan itu membuatkan Aku rasa menyesal.

Aduh! Mengapa ramai pula orang yang memandang Aku dari kiri dan kanan. Biarlah Aku seorang diri hendak ke tandas ini!

Aku abaikan sahaja suasana bingit di deretan kedai ini. Orang ramai yang datang kelaparan memang begitu. Suka memandang seorang wanita yang berbaju kurung merah jambu. Atau mungkin kerana Aku terlalu sensitive ketika ini? Ah. Biarlah. Aku mahu cepat sampai ke tandas.

Bauan sabun tandas meliputi di dalam tandas. Agaknya tukang cuci baru sahaja menyucikan apa yang patut. Tiba di singki, cepat-cepat Aku mengeluarkan tisu. Menghembus nafas yang telah Aku tahan tadi.

Di cermin tandas ini Aku melihat diri. Tidak. Dia bukan seperti itu. Aku menafikan perasaan yang telah lama Aku simpan di dalam peti hati ini. Aku simpan sedalam-dalamnya agar ia tidak muncul lagi. Aku tidak mahu mengingati perkara yang sudah lepas. Penyesalan pun tiada gunanya.

Paip air mengalir deras. Aku membasuh muka menghilangkan resah. Setelah Aku rasakan emosi Aku kembali stabil, Aku kembali ke meja makan. Ketika itu Karlina sudah selesai makan. Dia melihat nasi dan lauk kari ikan masih belum disentuh Aku setelah datangnya pelayan dan seorang budak kecil menghidangkan air. Aku cepat berkata, “Aku bungkus sahajalah.”

Kami kembali ke tempat kerja. Jaraknya tidak sampai 300 meter. Berjalan kaki lebih baik berbanding hendak memandu kereta. Kami meneruskan kerja seperti biasa. Aku tidak mahu Karlina syak apa-apa.

Sebelum pulang dari kerja, Karlina memandang Aku. Aku buat tak tahu sahaja walaupun Aku tahu Karlina sudah dapat mengesan perubahan diri Aku sejak makan tengah hari tadi.

“Aku lihat tadi ketika kamu bersembang dengan anak Pak Di, riak muka kamu terus berubah. Boleh aku tahu kenapa?” Karlina memulakan perbualan yang paling Aku takuti sejak tadi. Hati Aku terasa kecut. Entah emosi apa yang membaham hati ini.

“Tiada apa-apa.”

“Betul?”

“Serius!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience