Rate

BAB 4

Family Completed 1075

ENTAHLAH. Aku tidak tahu mengapa kami seakan ada satu kimia persahabatan yang Aku tidak dapat rasakan pada orang lain. Kami berbual tentang kerja. Tentang kisah-kisah dahulu. Seperti biasa.
Itulah permulaan kepada cerita serius nanti. Dua gelas di atas meja sudah berapa kali berisi air kosong.

“Mujur esok hari minggu.” Karlina mengunyah snek.

Hari minggu atau tidak, Aku tetap keseorangan di sini. Satu jeda masa terhenti dengan suasana sunyi.

“Jadi, apa kisah petang tadi?”

Aku sudah mengagak. Kisah serius bakal diceritakan.

“Mengapa kamu berubah rupa sebaik sahaja anak Pak Di datang duduk di hadapan kamu?”

Aku diam sahaja. Cuba membina kata-kata agar mudah untuk Karlina faham.

“Dia seperti kakak aku.”

Karlina membulatkan mata. “Kamu ada kakak?”

Aku mengangguk perlahan.

“Selama aku kenal kamu dan pernah bermalam di rumah kamu, tidak pernah aku melihat orang selain kamu, ibu dan ayah kamu sahaja di rumah.”

Karlina mengerut dahi. Agaknya cuba menelan kata-kata Aku itu.

“Dia sama juga seperti anak Pak Di itu. Dia menghidap penyakit syndrome down.”

"Sekarang dia di mana?"

Aku menarik nafas panjang. Hati yang sebak tidak harus ditonjolkan.

“Kak buat apa?” Suara anak Pak Di terngiang di telinga ini.

Entah apa selepas itu dia cakapkan Aku tak faham. Aku tak ingin tahu. Matanya yang bulat. Rambutnya yang seperti tempurung kelapa. Bentuk mukanya yang lonjong. Pertuturannya yang kabur.

Aku cuba berlagak mesra lalu bertanya, "Nama siapa, dik?"

"Marina."

Aku terpempan. Apakah maksud ini? Rembesan adrenalin mula menyelinap di segenap otak Aku . Rembesan air mata juga terkeluar sejurus sebaik Aku mendengar nama itu.

Semua itu seperti ada kunci membuka peti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience