Rate

Bab 1

Romance Series 16713

" Aku takde masa nak main² dengan kau Ikram " kata aku dengan nada tegas. Sambil² itu aku menggaru kepala yang dilitupi tudung, sebenarnya aku risau kalau dia betul² melamar aku.

Dunia dah nak kiamat ke? Apa kes dia mai sini nak melamar pula? Masa sekolah nak hadap muka dia pun aku tak sanggup inikan lagi nak hadap hari² ? boleh pendek umur aku.

Aku masih muda, baru 25 tahun, aku tak nak nanti aku diserang sakit jiwa, darah tinggi, sakit jantung disebabkan Ikram. Cukup² lah 5 tahun aku lari sana lari sini mengejar Ikram yang ponteng kelas.

Aku tak sanggup nak kejar dia dengan batang penyapu kat rumah pula. Silap hari bulan aku yang arwah dulu

" Please Aina, kau je harapan aku "

" Kau kan playboy kenapa tak suruh je perempuan² tu kahwin dengan kau? " marah aku, geram dengan sikap Ikram yang gila perempuan.

" Umi tak suka dorang, kalau tak aku memang tak nak hadap muka kau langsung " balas Ikram dengan nada sinis. Telinga aku mula berdesing apabila kata² itu meluncur laju dari bibir Ikram.

" Kata tak nak hadap kan? Jadi tak payah nak merayu² ! Dah! aku nak blah " lantas tanganku mencapai beg tangan lalu di sisip ke bahu, terpinga pinga Ikram apabila aku mula angkat punggung.

Baru je aku nak tolak pintu cafe tu, suara jeritan Ikram memberhentikan langkah aku.

" SAYA BETUL² CINTAKAN AWAK AINA! " jerit Ikram sekuat hati, terus suasana cafe yang riuh rendah menjadi sunyi. Dengan debaran di dada aku berpaling, mampus mampus.

Elok sangatlah pelanggan kat sini menikmati hidangan sambil menonton sebabak drama akasia yang sedang berlangsung sekarang. Aku menggengam penumbuk, ikutkan hati dah lama muka kacak Ikram tu jadi biru.

Tapi disebabkan aku perempuan aku terpaksa amarah di hati yang nak meletus bagaikan gunung berapi, kalau kat sekolah dulu dah lama penumbuk sulung ni hinggap kat muka dia.

Aku mendengus lalu berpaling, sekali lagi dia menjerit.

" TAK CUKUP KE KASIH SAYANG SAYA BAGI KAT AWAK?! KENAPA AWAK TETAP NAK PILIH DIA AINA?! "

Agak²nya patut tak aku terbang ke Amerika semata mata nak bagi Ikram Oscar kerana menjadi calon BEST ACTOR OF THE YEAR 2018?

Sambil menahan malu aku berlari keluar dari cafe, lantak dia lah nak buat drama kat situ. Yang penting aku tak terjebak dalam hidup Ikram yang tunggang langgang!

Dia nih kan memang! Sejak sekolah menengah sampai sekarang tak habis² datangkan bala bencana kat aku! Ini nak hidup serumah? Hari² bertekak, aku tak sanggup wei!

Cari calon suami yang sejukkan hati bukan panaskan hati! Aku menjerit dalam hati apabila Ikram melibatkan aku dalam masalahnya.

Jangan² aku ni cuma tempat pelarian dia setelah ditinggalkan Sofia, tunang tak jadi dia tu? Yang Sofia ni pun satu, apa kes lari dari majlis pertunangan kalau dah saling mencintai!

Perangai dia dua kali lima dengan Ikram! Elok sangatlah tu jadi suami isteri!

Pedal minyak aku tekan dengan perasaan geram, namun tiba tiba aku brek mengejut disebabkan Ikram yang berdiri di tengah jalan. Kus semangat, aku mengurut dada. Dia ni nak mati jangan libatkan aku sekali boleh tak? Dari sekolah menengah tak habis² susahkan aku.

" Tepi lah Ikram! " Jerit aku sambil kepala aku keluarkan dari tingkap. Namun Ikram masih tidak mahu berganjak, dia mendepakan tangannya seolah olah kini dia berada di atas kapal titanic.

" Tak nak! "

Akibat terlalu geram, aku meneruskan panduan dengan menekan pedal minyak sepenuh hati. Ikram terkejut lalu dengan cepat dia melompat ke tepi jalan. Takut mati juga rupanya dia ni?

Aku tertawa terbahak bahak, tau takut. Banyak dosa itulah tak nak mati awal.

+++

" Aina. Oo Aina " panggil ibu Aina, Sharifah Mawar. Aina yang berada di tingkat dua menyahut lalu turun ke bawah.

" Ada apa Ma ?" tanya Aina sebaik sahaja doa berdiri di hadapan ibunya. Sharifah Mawar menjuihkan bibirnya ke arah perkarangan rumah.

Aina yang tidak tahu apa² mengikut bibir Sharifah Mawar dengan dahi yang berkerut. Dia nampak seorang lelaki berdiri membelakanginya berada di luar pagar rumah .

" Siapa dia tu Ma? "

" Tak tau, katanya dia cari Aina. Kawan Aina kot? Pi lah tengok " ujar Sharifah Mawar dan berlalu pergi ke dapur. Aina mengambil tudung nya dan di pakai dengan ala kadar.

Aina melangkah mendekati lelaki itu, namun pintu pagar masih belum dibuka. Manalah tau penculik ke, aku ni ringan macam kertas nanti senang je dia angkut aku masuk dalam van. Mama juga yang meraung mencari aku nanti. Maklumlah, anak bongsu.

" Maaf, cari siapa? " tegur Aina, namun lelaki itu masih tidak berpaling dan tidak menjawap. Eh, main² pula. Aina menggaru pipinya yang tidak gatal, macam pernah nampak je lelaki ni.

Jangan jangan...

" Aina, please please please jadi isteri aku " lelaki itu berpaling lalu membuat scene drama anak-didera-mak-tiri di hadapan pagar rumah Aina .

" Ikram! " Aina terkejut, apa lagi Mamat ni buat kat sini? Macam mana dia boleh tahu rumah aku sedangkan dia tak pernah ke sini hah?

" Baliklah Ikram! Buat malu je! " perintah Aina dengan suara menahan geram. Kenapa eh? tiap kali nampak wajah Ikram mesti mengamuk. Memang sah Ikram tak boleh jadi suami aku. Hari² aku mengamuk boleh dapat darah tinggi ni.

" Tolong aku Aina, kau sorang je harapan aku " kata Ikram bersungguh sungguh. Dia memandang wajah cantik Aina dengan tatapan redupnya. Aina tersentak, dia cuba nak raih simpati aku ke? Maaf dia silap orang!

Wajah Aina menjadi merah dek kerana menahan geram yang meluap luap dalam hatinya. Kalau Ikram tak blah dari sini, boleh pengsan aku dibuatnya .

" Aku sanggup buat apa je Aina, asalkan kau kahwin dengan aku. Please " pinta Ikram lagi, kali ini nada suaranya kedengaran kendur. Dahi Aina berkerut, otaknya bekerja keras. Lalu tiba² kau tersenyum, apa² je eh?

" Fine, kau melutut merayu dulu baru aku pertimbangan hajat kau " kata Aina lalu tersengih sengih menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun cantik.

Terbelalak mata Ikram mendengarkan permintaan Aina, dia memandang Aina. Ada rasa geram di hati namun sedaya upaya dia tutup. Asalkan Aina sanggup menjadi isterinya, dia sanggup melutut.

Perlahan lahan Ikram merendahkan badannya lalu melutut di hadapan pagar rumah Aina. Serupa banduan yang menunggu waktu kepalanya di pancung. Mulut Aina terngaga besar, what? dia sanggup melulut? Weh aku main² je weh jangan ambik serius sangat.

" Tolong Aina, jadi isteri aku " ujar Ikram lagi lalu mendongak memandang Aina.

" Dahlah Ikram, bangun " ujar Aina lalu menggosok² pergelangan tangannya. Ada rasa bersalah terbit di hatinya. Ikram menggeleng, dia tak mahu berdiri.

" Aku tak nak berdiri selagi kau tak terima aku " ujar Ikram lagi. Aina tersengih, yeke tak nak berdiri?

" Umm.. kau tau tak tempat kau melutut sekarang ni, anjing liar selalu tidur situ tau "

Sepantas kilat Ikram berdiri lalu menguis² telapak tangannya dan seluarnya daripada pasir. Aina ketawa mengejek, kata tak nak bangun?

" But sorry dear, aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak nak kahwin dengan kau BLUEKKK! " Aina menjelirkan lidahnya ke arah Ikram yang menahan geram, uish marah sangat gamaknya. Sampai menitik² peluh dari dahi si Ikram ni.

Aina berpaling, mengambil keputusan untuk pergi namun suara Ikram membuatkan langkahnya mati.

" UNTUK SEMENTARA JE AINA! " ujar Ikram, dadanya berombak. Rasa gementar di hati sedaya upaya di buang jauh² .

" Isteri untuk sementara " ujar Ikram lalu menatap mata Aina dengan tatapan redup. Bibir Aina bergetar, wajahnya pucat. Dadanya berombak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience