Rate

Bab 3

Romance Series 16713

Aku merenung wajah bersih suci murni Mama yang sedang tersengih sengih duduk di hadapan aku. Geramnya Ya Allah, masa tengah serius boleh pula mama senyum² ?

" Ma, kenapa Mama senang² je terima lamaran Ikram tu? " aku bertanya dengan nada geram yang cuba di tahan tahan. Nanti kena cakap kurang ajar pula, tak tenang hidup aku nanti.

" Mama tengok budak tu okay je. Apa masalah nya kalau dia masuk meminang Aina? Elok lah tu kahwin cepat² bagi Mama cucu. Harapkan abang kamu tu balik Malaysia pun belum lagi "

Aku tercekik air liur, cucu? Nak ada anak dengan Ikram? Ish seriau aku! Simpang malaikat 44 !!

" Mama tak ingat ke budak tu? Budak yang Aina benci selama ni? Mama tak ingat? " .

Kalau nak tahu, Mama lah kawan aku bergosip tentang Ikram yang tak habis habis menyusahkan aku di sekolah. Kira sebagai partner membawang lah. Mama pun mengutuk Ikram bukan main lagi, sampai langit ke 7 kutukan mama lemparkan. Takkan sekarang nak terima pula jadi menantu kot?

" Alaa sekali sekala bagi dia peluang. Mana tahu dia betul² boleh bahagia kan Aina? "

Aku tersenyum kelat, bahagia? Bahagia lah sangat hari² gaduh. Tak sampai sebulan kahwin dah bercerai agaknya. Ikram tak tahan dengan perangai aku, aku tak tahan dengan perangai dia. Adil lah tu.

Well sekarang aku sedang bersenang lenang manakala Ikram menghadap Papa di ruang tamu tingkat dua. Pucat sungguh wajah Ikram masa menghadap Papa tadi. Muka Papa dahlah macam gangster, siapa yang tak takut?

Aku yakin lepas ni mesti Ikram tarik balik pinangan dia tu sebab takut dengan Papa. Level confident naik 1000% daripada biasa . Aku tersenyum senyum sendiri.

Tangga di pijak satu persatu, pandangan mata aku jatuh pada Ikram dan Papa yang sedang turun dari tingkat 2 . Berpeluh peluh Ikram, takut sangat ke?

" Papa dah buat keputusan "

Aku duduk dengan tegak, senyuman masih terukir di bibir. Pasti Papa tak terima punya.

" Papa setuju dan terima lamaran Ikram "

Habis tersembur kuih yang berada di mulut, jatuh tergolek di lantai . Aku tersedak sambil menepuk nepuk dada, Ya Allah aku mimpi ke?

Cepat² Mama hulurkan air pada aku. Setelah lega aku mengangkat wajah. " Kenapa Papa terima? " soal aku masih tak terima.

" Ikram baik budaknya "

Ikram tersengih sengih di sebelah Papa. Hah baik lah sangat, ponteng kelas, berdiri di luar kelas ,bergaduh ,masuk lokap . Tu budak baik ke? Biar betul Papa ni? Mandrem apa Ikram guna kat parents aku ni.

" Tapi Papa.. "

" Takde tapi tapi. Keputusan Papa muktamad " ujar Papa dengan tegas, aku terus kecut perut. Kalau dah begini nadanya mesti Papa serius 100% . Aku memandang wajah Ikram, rasa benci makin meluap luap dalam hati. Lepas ni mesti hari² dia buli aku!

" Assalamualaikum, maaf kami lambat "

Haih, siapa pula lagi datang bertandang ke rumah aku ni? Aku memalingkan muka menghadap wajah si pemberi salam. Terbelalak mata aku apabila melihat wanita separuh baya bersama suaminya datang mendekat. Aku kenal betul dorang ni!!

" Ibu, Ayah, ini lah Aina " Ikram memperkenalkan aku kepada mereka. Aku terus berdiri tegak bagaikan tiang lampu. Tengku Fauziah tersenyum lalu memeluk diriku yang tinggi. Terpaksa aku juga yang bengkok kan kaki untuk menyamakan ketinggian kami berdua.

" Ini ke Aina? Cantik nya. Pandai Ikram pilih ya? " puji Tengku Fauziah sambil mengelus gelus bahuku. Aip, Tengku fauziah tak ingat ke muka aku ni? Muka yang hari hari sumbat anak dia masuk dalam bilik disiplin? Plus aku juga yang di heret oleh guru kelas Ikram untuk mengikat jamin Ikram.

Masa tu lah aku kenal dengan ibu Ikram, cantik orangnya. Tapi wajahnya macam mengalami 2 kali ganda penuaan. Sebab terpaksa hari hari menghadap perangai setan Ikram kot. Kalau aku maunya 10 kali ganda penuaan. Lepas ni hidup sebumbung 20 kali ganda penuaan nanti.

" Apa khabar ibu? " sengaja aku memanggil dirinya ibu. Biar nampak mesra sikit, dengan Ikram je garang. Dengan orang lain tak hehe.

" Ibu harap, Aina dapat bahagiakan Ikram ya. Dia dah cukup menderita selama ni " ucap Tengku Fauziah sedikit berbisik di telingaku. Aku terpinga pinga, menderita? Apakah? Ikram menderita apa? Dia sakit? Eh kenapa aku ambik berat pasal dia pula ni? Lantak dia lah.

Aku hanya mampu tersenyum lalu mengangguk, walaupun aku tak faham. Tapi buat buat faham je lah apa susah.

+++

Hari ini hari paling membosankan untuk Aina apabila dia dipaksa oleh Sharifah Mawar untuk mencuba pakaian pengantin bersama Ikram. Dalam hati tak habis habis dia merungut-rungut akan nasib malangnya.

" Tak baik merungut. Kau patutnya bersyukur aku kahwin dengan kau. Ramai yang nak dekat aku kau tau tak? " usik Ikram yang sedang memandu. Aina buat muka geli dan jijik.

" Tak kuasa aku " balas Aina pendek. Ikram tersengih.

" Yeke, nanti jatuh cinta padan muka "

" Takdenya aku nak jatuh cinta dengan kau " ujar Aina dengan tegas. Wajahnya merah menahan marah, kalau sekarang gelap nescaya hanya wajahnya yang akan bercahaya .

Sesudah sampai, Aina masuk dahulu meninggalkan Ikram sendirian di dalam kereta . Ikram hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya dengan sikap Aina. Macam budak budak.

" Hello, welcome. " sapa seorang pekerja. Aina hanya melemparkan senyuman dan semuanya di uruskan oleh Ikram. Aina hanya mengikut sahaja kehendak Ikram, malas dia nak bersuara. Nanti bertekak pula, tak pasal pasal terbang baju baju di sini kat muka Ikram.

" Wahh sedondon lah korang ni. Bagai cincin dan permata " puji seorang lagi pekerja lelaki yang Agak lembut. Sekali lagi Aina hanya tersenyum. Dia rasa geli apabila di puji begitu. Kalau puji dia sorang takpe juga, ni dengan Ikram sekali eww.

" Cik ni macam bisu pula " usik pekerja itu . Terbeliak mata Aina, Ikram terus menghambur tawanya di hadapan pekerja itu juga. Aina mencebik, dia memandang lantai. Malu, boleh tak lantai ni terbelah sekarang juga?

" Dia pemalu orangnya " puji Ikram sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Aina. Aina terasa seperti mahu termuntah di situ juga.

Kini tibalah masa Aina memakai gaun yang telah pun di siapkan sementara Ikram menunggu di luar. Sesekali dia melirik jam tangannya, lamanya. Tukar baju ke buat baju kat dalam tu?

Krekkk..

Pintu persalinan terbuka lalu Aina berjalan keluar. Ikram terpempan memandang Aina, Ya Allah cantiknya ciptaanmu ini.

Aina memandang Ikram yang terpaku, dia melihat ke kiri dan ke kanan. Takut nanti ada orang mengintai pula.

" Hoi! Yang kau tercegat kenapa?! " setelah memastikan tiada orang disekeliling, Aina menengking Ikram. Terhinjut bahu lelaki itu kerana terkejut.

" Kau cantik sangat, macam Belle "

" Macam siapa? "

" Belle "

" Macam mana kau tahu nama panggilan waktu aku kecil dulu? " tanya Aina dengan dahi yang berkerut. Ikram tida menjawap sebaliknya dia hanya senyum sampai ke telinga. Hah senyum lah sampai koyak bibir tu.

Tanpa mempedulikan Aina, Ikram berjalan meninggalkan Aina yang terpinga pinga. Jangan cakap dia tinggalkan aku lepastu suruh aku bayar sendiri pulak, naya hidup aku. Dahlah takde bawa dompet

Aina membebel sambil mengikuti langkah Ikram yang entah ke mana .

+++

Mira, Jasmin dan Anna tersenyum senyum melihat Aina. Manakala wajah Aina sunggul seperti baru kematian suami.

" Hah kan masin mulut aku " ujar Jasmin dengan bangga nya sambil memerhati Aina yang sedang bersedia untuk di iring turun ke bawah bagi menyempurnakan majlis nikah mereka.

" Sebab mulut kau lah ni masin! Tengok betul² aku kahwin dengan Ikram! " marah Aina, ikutkan hati sudah lama dia terjun dari balkoni biliknya dan melarikan diri dari majlis. Gaun kembang sekembang rambut Rosmah Mansur, siapa yang tak rimas?

" Alaa... apa salahnya sekali sekala tidur sekatil dengan musuh sendiri " Mira mengusik lagi lalu tertawa bersama Anna dan Jasmin.

" Kau ingat kahwin ni main² ke? Kalau tak serasi boleh cerai lepastu kahwin dengan orang lain? " Amarah mulai naik sampai ke kepala, Aina
pening. Silap silap dia boleh kena dara tinggi.

Tok Tok!

" Aina dah siap syg? Tok Kadi dah ada " ujar Sharifah Mawar yang muncul di sebalik pintu bilik Aina. Jantung Aina mula berdengup kencang, dia hampir pengsan di situ.

Rasa nak nangis, nak ketawa, nak marah semua bercampur baur. Ingin dia bertukar menjadi ultraman lalh terbang ke Angkasa melarikan diri dari perkahwinan tahlul ini.

Aina terpaksa mengheret kakinya, jantung terasa ingin meletup. Belum sempat kahwin arwah dulu ni. Kalau dia punya kuasa, dia ingin memutar semula masa. Biarlah dia tetap menetap di New York asalkan dia tidak bertemu Ikram lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience