Rate

Bab 2

Romance Series 16737

Aku termenung jauh, masih memikirkan perkara yang baru saja berlaku tadi. Isteri untuk sementara? Apa dia ingat aku ni mainan? Boleh pass sana pass sini macam bola?

Yang si Ikram ni pun bongok, banyak lagi perempuan kat Malaysia ni aku juga yang dia cari. Apa kes? Sejujurnya lebih banyak perempuan yang lebih baik dan layak jadi isteri Ikram. Tapi kenapa aku?

Namum permintaan Ikram aku tetap tolak, dengan langkah longlai dan hampa dia pergi meninggalkan perkarangan rumah kami. Aku pelik, sejak bila dia tahu alamat rumah ni? Setahu aku dia tak pernah jejak kaki ke sini.

Plus rumah agam ni pernah terbengkalai selama 6 tahun selepas aku mengikuti papa dan mama ke New York. Mak Mah & Pakcik Zam lah yang menjaga rumah ini . Masa form 1 baru balik Malaysia semula ,pelik aku . Jangan² dia stalker aku? Kalau ya memang pecah muka miang dia tu.

Ah, lantak dia lah, siapa suruh nak meminang aku. Ramai lagi yang lebih baik untuk dia.

+++

Aina dan sahabat-sahabatnya berkumpul di cafe yang selalu menjadi tempat lepak mereka seja sekolah menengah. Banyak cerita yang dikongsikan oleh mereka hingga akhirnya telefon milik Aina menjerit minta di angkat.

Lantas Aina memasukkan tangannya ke dalam beg tangan, screen telefon digesek ke icon hijau.

" Ya Mama? " tanya Aina sambil mendengar cerita beruk rakan²nya . Sesekali dia ketawa kerana terhibur dengan telatah mereka.

" Aina, boleh balik ke rumah sekarang? " Tanya Sharifah Mawar, suaranya dikuatkan kerana suasana yang bising.

" Kenapa Ma? Ada hal penting ke? Macam riuh je kat rumah? " tanya Aina kembali, dahinya berkerut . Takkan lah kot Mama buat party kat rumah? kalau ya pun untuk siapa? Abang belum pulang Malaysia lagi.

" Ada hal penting lah Mama suruh Aina balik! Dah balik cepat balikkkk.. " perintah Sharifah Mawar di hujung talian memaksa Aina menjauhkan telefon dari telinganya. Bisa betul teriakan Sharifah Mawar ni, urgent sangat nampaknya.

Aina mematikan panggilan setelah Sharifah Mawar habis membebel.

" Kenapa Aina? " tanya sahabat Aina, Syazliana atau lebih mesra dipanggil Anna.

" A'ah macam ada hal penting je " ujar Mira pula, manakala Jasmin hanya menganggukkan kepalanya bersetuju dengan Anna dan Mira.

Aina mengeluh perlahan . Kenapa rasa macam tak sedap hati eh? Macam ada malapetaka je yang akan berlaku .

" Mama aku suruh balik ,ada hal penting katanya " beritahu Aina lalu menghabiskan minuman yang dipesannya . Otaknya ligat berfikir sebab mamanya menyuruh dirinya pulang lebih awal .

" Jangan jangan ada orang nak meminang kau kot ?" usik Jasmin lalu tersenyum nakal .Amboi sedapnya mulut ? Aina mengepal penumbuk lalu ditunjukkan di hadapan muka Jasmin yang tersengih sengih macam kerang busuk .

" A'ah kan ,manatau ada yang merisik kau ? Cepat juga kau kahwin .Ngam lah tu ,memandangkan kau paling muda di antara kami " usik Mira pula lalu berhigh five dengan Jasmin dan Anna .

Apa yang dikatakan Mira memang betul , Aina paling muda terantara mereka memandangkan dia lahir pada bulan 12 .

Aina mengedik geli . Kahwin? Masih muda kot , chill lah . " Kahwin? awal sangat kot "

" Mana tahu si Ikram yang merisik kau . Merasa juga kau tidur sekatil dengan musuh sehidup semati kau tu "

Tersembur keluar ice lemon tea daripada mulut Aina mengenai wajah Jasmin. Kuangajak betul, kan dan merasa air liur aku.

" Apa ni Aina! " marah Jasmin lau mengambil sehelai tisu untuk membersihkan wajahnya. Aina hanya tersengih sengih manakala Mira dan Anna sudah terburai tawanya.

Siapa suruh mengusik aku, kan dah kena tembak. Akhirnya Aina beredar dari situ, dalam perjalanan pulang dia berasa sesuatu akan terjadi. Sesuatu yang tak disangka dan mengejutkan

+++

Aku memerhati perkarangan rumah yang terang benderang . Kerutan di dahi tak dapat aku tahan, pelik. Kenapa macam meriah aje rumah ni? Mama buat party ke? Kalau ya untuk siapa? Birthday aku lama lagi kot.

Dengan hati yang berdengup kencang aku melangkah mendekati rumah. Takut memang takut tok sah tanya lah. Aku rasa satu rumah ni nanti boleh dengar dengupan jantung aku.

" Assalamualaikum "

Walaupun berat, namun aku heret juga kaki aku untuk menjejaki rumah ini. Serta merta mata² yang berada di dalam rumah memandang ke atah aku. Aik, siapa dorang ni? Tak pernah jumpa pun?

Dari dapur aku lihat Mama datang mendekat lalu memeluk bahuku . Aku garu kepala, ni kenapa pula ni? Mama tersenyum-senyum, lain macam je senyuman tu. Ada maksud tersirat ke? aku tertanya tanya sendiri.

" Perhatian semua, ini lah anak bongsu saya. Sharifah Aina Aisha "

Mama memperkenalkan aku kepada mereka, aku hanya mampu tersenyum kekok. Sangat kekok, sampaikan aku berdiri terlampau tegak di tambah lagi aku seorang yang tinggi tak ubah seperti tiang lampu ditepi jalan.

" Ada apa ni Ma? "

Mama tidak menjawap sebaliknya dia meninggalkan aku berdiri di ruang itu sendirian. Aku terpinga-pinga, apahal pula ni... Tiba² dari belakang dapat aku dengar tapak kaki melangkah mendekat.

Takut² aku berpaling, dan aku menyesal. Menyesal sebab balik rumah, kalau aku tahu macam ni aku takkan balik rumah terus. Biar dia mereput tunggu aku.

Jantung aku hampir luruh apabila melihat Ikram datang mendekat . Wajah serta merta menjadi pucat, kalau ditoreh takkan ada darah yang mengalir. Bibir bergetar menahan debar di dada.

Muka tembok betul lah dia nih! Aku dah reject tu maksudnya aku tak nak! Tak faham bahasa Melayu ke? ke aku perlu cakap bahasa cina, Tamil, dan bahasa asing kat dia ni?

Ikram melutut di hadapan aku sambil di tangannya terdapat cincin permata. Indah di mata orang namun malapetaka di mata aku. Aku rasa macam nak jerit kat muka dia halau dia balik rumah. Rasa macam nak bagi penampar, flying kick pun ada. Semuanya bercampur campur.

" Aina, sudi kah awak menjadi isteri saya? "

Weh serious Ah aku rasa macam nak nangis . Nangis bukan sebab bahagia, nak nangis sebab aku tak boleh tolak dia. Lagi² di hadapan keluarga kerabat dia, maunya makcik pakcik anak buah dia semua anti kat aku. Tak tenang hidup aku, naya. Kes berat ni!

Aku melihat sekeliling, semuanya menanti jawapan aku dengan sabar. Ya Allah dugaan apakah ini? Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding lepastu bangun eh rupanya mimpi. Tapi tak, aku sedang berpijak di bumi yang nyata.

Ini realiti, bukan fantasi semata mata.

Aku mengeluh perlahan lalu menatap wajah Ikram, ikut kan hati dah lama lebam biji mata dia ni.

" Saya... saya terima "

Semua bersorak gembira termasuk Mama. Wehh apa ni wehhh, mengapa daku tersepit begini?? Wajah Ikram aku tatapan dengan tatapan benci, sungguh aku membenci lelaki ini. Lelaki yang mengheret aku dalam hidupnya.

Boleh pula dia senyum? ni memang nak kena ni.

" Sorry Aina, ini je caranya supaya kau jadi isteri aku " bisik Ikram perlahan. Aku telan liur, rasa macam berpasir. Ikram mengenyitkan matanya kepada aku, hah aku dah Agak. Lepas ni mesti dia buli aku hari hari. Aku tak nakkkk...

Aku tak nakk jadi isteri dia. Siapa lagi yang boleh aku harapkan eh?

Suara seorang lelaki memberi salam menimbulkan harapan di hati aku. Mata aku bersinar apabila gerangan itu melangkah masuk ke rumah dan terlihat binggung.

Papa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience