Rate

Prologue

Romance Series 16713

Masih segar lagi kenangan ketika masih di sekolah menengah di ingatan aku. Kadang² aku tersengih sengih seorang diri apabila mengenangkan telatah sahabat aku yang memang masuk air.

Tapi ada satu bayangan yang paling aku benci, meluat dan anti!

Tengku Ikram Ilham, sebut nama dia pun aku tak sanggup ini kan lagi nak hadap muka dia? Dari form 1 sampailah form 5 tak habis² datangkan bala kat aku.

Dengan perangai dia yang nauzubillahiminzalik serupa bapak setan. Asyik memberikan aku sakit jantung setiap kali aku harus mengejar Ikram yang ponteng kelas.

Di mana ada Ikram, di situ ada aku. Serupa belangkas tapi kami saling membenci. Kalau dia masuk bilik disiplin memang muka aku lah yang selalu hantar dia masuk 'lokap'.

Asal Tengku Ikram Ilham je, pasti ada Sharifah Aina Aisha. Rimas aku di buatnya! Ikutkan hati nak je aku tanam Ikram dalam tanah.

Tak habis² datangkan bala ke aku! Dengan perangai dia yang panas baran bagai membuatkan aku kelihatan tua 10 kali ganda dari usia sebenar.

Bukan tu je, penyakit jiwa, penyakit hati, sakit jantung, darah tinggi boleh aku hidapi setiap kali berhadapan dengan dia ni.

Bilik disiplin tu dah jadi rumah kedua aku,

pun naik muak tengok muka aku je yang datang menghadap.

Pengetua pun dah tak sanggup tengok muka aku hari hari datang bertandang nak beraya bersama Ikram.

Kalau anda malas bersenam cubalah berhadapan dengan Ikram yang keras kepala ni. Aku jamin jantung kau bekerja dengan cepat kerana menahan amarah.

Makin lama aku hadap wajah Ikram ni, makin bertambah uban kat kepala. Stress! Belum kira lagi dengan aku yang berskirt skirt mengejar Ikram dengan batang penyapu mengusir dia masuk kelas.

" Aku benci kau Aina! " masih terngiang ngiang lagi kalimat tu kat telinga aku. Eh dia fikir aku ni nak sangat hadap dia? Makin pendek umur aku dibuat nya.

Yang aku tak puas hati, bila dia masuk lokap kenapa guru kelas dia heret aku sekali ? Aku ni bini dia ke? Bertandang kat balai polis nak ikat jamin si Ikram tu?

Tak terlintas langsung di fikiran aku untuk hidup bersama Ikram . Membayangkannya pun dah buat aku naik seram ! Minta simpang !

Tapi kenapa sekarang aku berada di sini ?

Duduk dihadapan Ikram yang sepertinya ada hajat hendak disampaikan .

" Cepatlah , kau ni buang masa aku betul lah !" marah aku tak puas hati . Ikram menggaru pipinya .

Makin geram aku dibuatnya ,fuhh panas siot even ada aircond kat sini . Ikut kan hati dah lama aku bagi flying kick kat muka Ikram .

" CEPATLAH IKRAM ! KAU INGAT AKU.."

" Aina , jadi isteri saya ?"

Hah ?

Hah?

Wait aku ke yang pekak atau Ikram yang tak waras ? Aku memandang wajah Ikram , dia ni saja nak prank aku kot . Ingat aku jatuh hati? puih !

" Apa dia ?"

Ikram mengeluh .

" Jadi isteri aku Aina , please "

PFTTT !!

Terburai juga tawa aku disitu , terguling guling aku ketawa di hadapan Ikram sambil menahan senak di perut .

" Jangan nak main² lah wei , kau tau kan betapa bencinya aku kat kau ?" aku tersengih , just in case dia lupa siapa aku pada dia .

" Aku serius Aina "

Gulp ! Biar betik dia ni ? Aku memandang wajah Ikram yang kelihatan serius .

" Dear Sharifah Aina Aisha ,sudikah awak jadi isteri saya yang sah ?"

Okay boleh tak dunia telan aku sekarang ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience