Rate

Bab 4

Romance Series 16723

Aku duduk di belakang Ikram yang sedang menghadap tok kadi. Jantung dup dap dup dap macam nak meletus. Aku menepuk nepuk dada, cuba mententeramkan hati yang galau. Biarpun ini perkahwinan palsu, tapi berdebar dia tu tetap ada.

Dengan photographer ambil gambar guna flash, naik juling mata aku dibuatnya. Berkelip kelip mata setelah gambar di ambil. Aku pandangan wajah mama, rasa macam nak lari masa tu juga wei aku tak tipu.

Perjahanamkan semua orang di sini, asalkan aku tak kahwin dengan Ikram. Tapi walaupun begitu aku masih ada rasa kasihan terhadap mama dan papa. Nanti dorang pula yang malu, lepas tu heboh satu dunia.

Menjadi tajuk utama dengan gambar aku di selitkan sekali, " anak jutawan terkenal lari dari perkahwinan " mana papa nak letak muka wei?

Nanti dengan2 aku sekali satu malaysia , satu dunia anti dengan aku.

Acara ijab kabul di mulakan, tangan Ikram bergetar getar . Kalau dia gemuruh aku macam nak nangis.

Akhirnya, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Ikram. Seisi penghuni di rumah ini bersorak gembira dan mengucapkan kata syukur kepada yang maha Esa.

Aku? Kemeriahan majlis ijab kabul ini langsung tidak menarik perhatianku. Hanya jasadku saja yang berada di sini, nyawa ku sudah melayang entah ke mana mencari ketenangan.

Pap!

Mama menepuk pahaku, aku mengadu sakit. Mama memberi pandangan maut kepada aku lalu bibirnya di jiuhkan ke hadapan. Aku yang mood bagaikan angin monsun pun membuat gerakan mulut bertanya " APA DIA? " .

Dengan muka yang bagai ditampar malaikat, wajah aku palingkan ke hadapan. Hampir aku menjerit apabila melihat Ikram yang sudah duduk di hadapan aku. Muka dia hodoh sangat sebab tu nak terjerit.

" Sekarang acara batalkan air sembahyang " bisik mama di telinga. Aku meng-oh kan saja tanpa berganjak sedikit pun. Wajah Ikram berkerut kerut, aku buat muka toya. Dia ada masalah dengan aku ke?

" Aina! apa yang Aina tenung si Ikram tu! Hulurkan lah tangan nak sarung cincin ni! "

Lalu aku tersedar ke alam realiti, lupa pula aku yang kahwin. Disebabkan nyawa yang terbang mencari ketenangan, aku terlihat dungu di hadapan Ikram. Malu jangan cakaplah. Malu sangat, ikutkan hati dah lama aku lari masuk bilik.

Dengan hati yang tidak rela, aku hulurkan tangan aku kepada Ikram. Ikram cuba menyarungkan cincin permata itu di jari, namun tidak berjaya. Kenapa? Sebab aku keraskan jari aku, supaya cincin tu tak tersarung di jari manis.

Ikram menjengilkan matanya, aku turut membesarkan mata. Ikram sedaya upaya memaksa cincin itu masuk ke jari, namun aku yang keras kepala mengalahkan batu tetap berdegil.

" Aik, tak puas nak pegang pegang lagi ke pengantin perempuan? "

Aku tercekik air liur apabila tok kadi mengusik. Nasib baik air liur ini tidak tersembur di wajah Ikram, naya dia nanti. Kerana terkejut cepat² aku luruskan jari untuk memudahkan Ikram menyarungkan cincin permata itu.

Setelah berjaya menyarungkan cincin, Ikram menghulurkan tangannya. Sambil membuat muka toya aku menyambut hulurkannya lalu aku kecup sekilas. Nanti lepas ni aku kena cuci bibir aku guna sabun lifeboy.

" Eh laju sangat, boleh buat sekali lagi? Nak tangkap gambar "

Ah sudah, ini yang minta flying kick kat muka ni. Boleh² dia suruh aku salam tangan Ikram sekali lagi? Ish lembab betulkan photographer ni! Lepas ni memang aku tumbuk terajang dia!

Aku mengecup tangan Ikram seklai lagi, lama. Ikram meletakkan tangannya di atas kepalaku. Setelah selesai cepat² aku melepaskan tangan Ikram.

" Okay cantik. Kita ambil gambar pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan eh? "

" HAH?! "

Mataku terbeliak, hampir jatuh dari soketnya dan berguling di lantai.

" Err.. boleh ke? "

" Ish takkan lah tak boleh! ini kan isteri Ikram! "

Ah sudah sudah! Tak boleh jadi ni, aku tak nak nanti aku tertumbuk pula muka Ikram. Ikram nampak teragak Agak namun akhirnya dia datang mendekat.

Aku membuat wajah merayu, namun Ikram hanya mengendahkan saja sambil memberi isyarat dengn wajah " sekejap aje "

Sekejap kepala hotak dia, dengan photographer lagi yang lembab tangkap gambar, itu dia kata sekejap? Ikram mengesot ke hadapan, semakin dia kehadapan semakin aku melenturkan badan ke belakang.

Dia menjiuhkan bibir, Allah buruknya muka! Terasa ingin menampar wajah Ikram kerana melakukan kesalahan iaitu wajahnya terlalu hodoh di mataku.

Sesiapa, tolong aku! Tolong aku!

Anna, Mira dan Jasmin terkekeh geli melihat gelagat Aina yang terpaksa membiarkan dahinya yang suci murni itu di kucup Ikram. Diam2 dia membuat wajah jijik. Makin galak mereka bertiga mengelakkan Aina.

+++

Dada Aina berdebar debar, dia sekarang berada di bilik Ikram dan di rumah Ikram. Saya ulang, di rumah Ikram. Mahu luruh jantung Aina apabila selesai saja akad nikah, niat hendak pergi bilik untuk rehatkan diri.

Namun hasrat itu tak tercapai apabila Sharifah Mawar sudah siap siap mengemas pakaian Aina dan disumbat dalam beg bagasi. Di halaunya Aina supaya tidur di rumah Ikram. Lagak macam mak tiri tapi realitinya dialah mak kandung Aina.

Aina mendengus geram, ni mesti Mama dengan Umi Ikram berkomplot ni! Siap ber-high five lagi! Dia sudah siap² mandi dari rumahnya lagi, tak kuasa dia hendak mandi di kamar mandi Ikram. Naik seriau darahnya apabila memikirkan yang dia sekarang harus berkongsi bilik, katil dan almari dengan Ikram.

Krekk..

Pintu bilik ditolak kedengaran dari arah belakang, serta merta dengupan jantung Aina kembali laju. Dia duduk membelakangi Ikram, Ikram pula sudah tersenyum sumbing sampai koyak bibir.

Dia melihat Aina yang tidak bertudung itu, cantik sungguh rambutnya. Panjang dan lurus serta berwarna hitam pekat. Ikut kan hati sudah lama dia ingin memeluk isteri-nya itu tapi memikirkan nyawanya, dia menahan saja perasaan.

" Hai, tengah fikirkan aku ke tu? " usik Ikram. Serta merta Aina menggedik geli, jijik banget aku tuh sama kamu!

" Takdenya fikirkan kau "

" Aku dah nak tido dah ni "

Aina berpaling, lalu sebiji bantal dan selimut nipis yang diletakkan di sisi nya di turunkan ke lantai betul² di tepi katil mereka. Dahi Ikram berkerut, ni apahal pulak ni?

" Mulai hari ini, kau tidur bawah aku tidur kat atas "

" Eh mana boleh, aku tuan rumah .Aku lah tidur atas, kau tidur bawah " selamba badak sahaja Ikram menjawap. Aina mengetap gigi, sabar Aina sabar!

" Kau bawah tu sejuk! Aku tak suka! "

" Kalau macam tu kita sama²lah tidur sekatil. Adil kan? "

" Tapi aku tak nak! "

Aina masih berdegil, Ikram menggaru kepalanya. Lalu dia terfikirkan satu idea. " Kita tidur sama² ya? Isteri kan mesti dengar cakap suami? "

" Siapa isteri kau? " tanya Aina dengan nada yang dingin.

" Kat depan aku ni lah "

" Sejak bila aku jadi isteri kau? Kau lupa yang aku ni cuma isteri sementara? " pedas sekali ucapan Aina hingga membuatkan Ikram terkaku. Dia sedikit terasa dengan kata² Aina.

Akhirnya dia tersenyum lalu mengalah.

Aina meletakkan bantal peluk di hujung katil tepat berada di sebelahnya. Takut nanti ada buaya darat merangkak-rangkak naik ke atas katil. Maunya nanti muka Ikram jadi tempat dia melepaskan geram. Silap hari bulan arwah nanti, menjandalah Aina.

" Takut Pak Buaya naik katil ke? " usik Ikram lagi, Aina buat²tak dengar sahaja. Ikram tersengih, lalu dia memejamkan mata bersedia untuk berlayar ke alam mimpi.

Setelah tidak dengar lagi bebelan Ikram yang tidur di lantai, Aina mengesot sedikit ke kiri untuk melihat keadaan Ikram yang tidur di bawah .

Aina memerhati Ikram yang tenang sahaja wajah tidurnya, lalu matanya tertancap pada kaki Ikram yang memakai stokin terkeluar dari lindungan selimut.

Dia tertawa kecil. " Pakai stokin? Macam budak budak " perli Aina lalu ketawa lagi .Setelah puas ,barulah dia memejamkan matanya .Dalam sekelip mata Aina sudah lena tidurnya.

Setelah memastikan Aina tidak lagi terjaga ,perlahan lahan Ikram membuka sebelah matanya lalu mengintai Aina yang berada di atas katil . Ketika sudah pasti Aina sudah lena ,Ikram duduk dari pembaringannya .

Dia mengesot sedikit ke arah katilnya ,lalu dia merenung wajah cantik Aina yang sudah terlena itu . Ikram tersenyum , dia menyisipkan rambut yang menutup wajah Aina di belakang telinga .

Dia mengusap gusap wajah Aina dengan ibu jarinya ,senyuman tak lekang di bibir lelaki itu

" Jangan tinggalkan aku lagi tau Aina . Dan aku janji takkan tinggalkan kau "

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-10 16:44:42 

update setiap hari pleas..best ceritanya..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience