Chapter 5

Romance Completed 25672

BAB 5

“Eh, nak balik dah?”

“Hmm. Aku pergi KL ni pun sehelai sepinggang je ni. Lagipun, parents aku pun tak tau yang aku pergi KL. Phone pun tertinggal.”

“Balik la sekali dengan Mika. Dia dah boleh keluar dah hari ni. Semalam doktor tahan pasal takut ada apa-apa jadi. Teruk jugak dia kena libas dengan budak-budak Azim semalam.”

“Eh kejap kejap. Azim?”

Muka Afifi jadi pucat. Afifi Ashraff, apa bangang noo kau ni? Kan Mika kata jangan bagitau Aqish. Dia tak berani nak memandang muka Aqish yang ada potensi untuk menjadi harimau dalam masa satu saat.

“Afifi Ashraff, you better tell me what happened before I smash your head. Or Mika’s.” Datar suara Aqish.

“First of all, aku harap kau tak pergi cari Azim kat Shah Alam. Secondly…”

“I give you one minute, Afifi.”

“Actually, Mika datang KL sebab satu je. Untuk dapat penjelasan dari Azim pasal gambar ni.”

Aqish menyambut huluran telefon dari Afifi. Instagram. azim_razak. Aku kenal nama ni. Ni nama yang Azim gunakan untuk Twitter. Bila pulak boyfriend aku ni ada Instagram? Dan kalau dia ada pun, kenapa dia tak tau? Gambar yang kini terpampang di Lenovo milik Afifi menjelaskan segala-galanya. Gambar mesra antara Azim dan seorang gadis lain yang Aqish tidak kenal. Caption; the best girl I ever know. I am the luckiest guy to be by her side.

Patut la kau tak angkat aku call. Tak balas WhatsApp. Block aku kat Twitter bagai. Kau dah pasang yang lain rupanya ye. Baru tak jumpa tiga bulan, kau dah cari yang lain?

“If you wonder why benda ni jadi kat Festival City, which is way too far from Shah Alam, Azim memang selalu datang sini sebab minah tu kerja kat sini. So, bila dia jumpa Azim, dia pun tanya la Azim elok-elok. Kenapa Azim buat macam ni kat kau?

Kenapa Azim tak setia dengan kau? Dia tanya elok-elok kot. Azim tu la yang melenting. Boleh pulak dia bawak geng dia semalam and aku pulak tak boleh follow dia sebab aku kerja. Lagi la Mika tu kena belasah. Mika ada sebab untuk tumbuk dia, Aqish. Dia cuba nak protect kau. Dia sayang kau sangat-sangat, Aqish. Besides, Azim made the girl pregnant. Lagi la dia bengang.”

Aqish tergamam. Pregnant? Kepalanya mula merancang untuk ke Shah Alam. Azim harus dijejaki. Dan harus ditampari, ditumbuki dan ditendangi sepuas hati. Dah la kau cari pasal dengan aku. Kau tumbuk Mika. Kau buat onar pulak dengan kaum Hawa. Ini sudah lebih.

“Aqish, jangan la buat muka Lord Voldermort macam tu, beb. Cuak aku.”

“Mika ada buat police report?”

“Aku malas nak libatkan polis. God knows what Azim will do to me if I report it to the cops.”

Aqish toleh ke belakang. Kini, Mika hanya 10 meter di belakangnya. Muka Mika ditatap sayu. Lelaki ini rela ditumbuk dibelasah hanya kerana dirinya. Lelaki ini sanggup buat apa sahaja untuknya. Seperti ketika Azim “terlupa” temu janji mereka di Dataran Pahlawan sewaktu tahun kedua mereka di UiTM Lendu.

Alasan Azim; dia ada janji untuk tengok bola dengan kawan-kawan. Dan dia sudah menunggu Azim hampir dua jam. Dia datang dengan bas kerana ketika itu dia tidak mempunyai kereta. Sudahnya, Mika yang mengambilnya. Dan ketika itu Mika demam. Terlalu banyak jasa Mika untuknya, tapi tidak pernah dia hargai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience