Chapter 4

Romance Completed 25672

BAB 4

“Adoi. Adoi. Adoi. Sakit, Aqish. Sakit.”

“Tau pun sakit. Aku pun sakit hati dengan kau. Kau apahal bertumbuk?”

Tangan Aqish berhenti dari mencubit lengan kanan Mika.

“Ada la masalah sikit. Mamat tu bawak geng pulak. Aqish, kau back up la kat aku. Satu lawan sepuluh. Mana aci weh.”

“Masalah? Masalah dengan siapa?”

“Alaaa, ada laaaa. Mana boleh bagitau kau. Ni hal lelaki.”

Kalau tak kerana tangan kiri dan kepala kawannya itu berbalut, memang disilambamnya Ahmad Mikail ni. Orang serius, dia buat main pulak.

Punya la laju dia drive dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sampai AES pun dia selamba badak pergi langgar. Sekali tengok member baik punya tengah layan nasi campur kat kafe hospital. Afifi pun sama je dua kali sejuta.

“Kau jangan la marah Afifi, Aqish. Kesian dia. Dia la yang angkut aku dari Festival City tu sampai ke sini. Kalau tak, mati kering aku kat situ.” Itu la ayat defensif Mika untuk Afifi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience