Chapter 3

Romance Completed 25672

BAB 3

Johor Bahru dilimpahi sinar matahari. Tenang dan damai. Begitu indah ciptaan Allah pagi ini. Namun, hatinya masih tidak tenang. Dua minggu tanpa khabar dari Mika. Mana mamat ni? Nak ajak breakfast. Lama tak lepak dengan Mika. Hish. Telefon bimbitnya dipandang sepi. Mika ni.

Dah la aku tension pasal Azim. Kau lagi nak tambah sakit kepala aku ni. Kalau ada Mika, boleh la dia ketawa.

Perubahan Azim lebih jelas selepas mereka pulang ke negeri kelahiran masing-masing. Azim kembali ke Shah Alam. Dia sendiri pulang ke Johor Bahru. Selepas masing-masing tamat belajar tiga bulan yang lepas, hubungan mereka juga seakan-akan sudah sampai ke jalan penamat. Mesej atau Whatsapp tak berbalas. Fac dan Twitter juga di-block. Dia sendiri tak tahu apa salahnya pada Azim. Telefon bimbit yang berdering buatnya sedar dari lamunan. Afifi?

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Aqish, kau kat mana?” Suara Afifi seakan-akan panik.

“Rumah. Kenapa?” Apahal pulak Afifi ni?

“Errr, Mika ada contact kau?”

“Takde. Dah dua minggu dia tak contact. Apahal ni?”

“Okay, aku harap kau bawak bertenang sekarang.”

“Afifi… Kau jangan buat suara krisis dunia tu boleh tak?”

“This is serious matter, Balqish Alisya.”

“Afifi Ashraff, what is it?”

“Mika kat Columbia Asia Setapak sekarang. Dia kena belasah kat Festival City.”

Terhempas telefonnya ke lantai. Air mata turun deras. Dia terus meluru ke Myvi kesayangannya dan terus memandu. Dia kena ke Kuala Lumpur. Sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience