Chapter 8

Romance Completed 25672

BAB 8

Chaiwalla & Co. lengang petang yang nyaman ini. Tapi tak senyaman hatinya yang kini berdebar-debar macam nak tunggu lafaz akad nikah. Afifi Ashraff telah menelefonnya seawal jam lapan pagi. Lelaki itu kini berada di Johor Bahru.

Ada kerja. Dan dia ingin bertemu dengan Aqish. Atas urusan apa, lelaki itu cuma mengatakan ini ada kena mengena dengan masa hadapan. Bunyi kerusi ditarik menyentak Aqish dari lamunan. Afifi kini berada di hadapannya. Keruh je muka. Apa kes ni?

“Assalamualaikum. Lama dah sampai?” Afifi bertanya.

“Waalaikumsalam. Haa takde la. Ada la dalam 15 minit gitu.”

“Oh.”

Kini, mereka diganggu awkward silence. Tak pernah dia kekok begini di hadapan Afifi. Sejak mereka berkenalan di Lendu, tak pernah ada awkward silence. Bising macam pasar ada la. Ada je yang didebatkan.

“Afifi, ada apa sebenarnya kau nak jumpa aku ni? Tadi call macam ada krisis je.”

“Aku nak jumpa dengan kau pasal Mika.”

Tegak terus Aqish sebaik sahaja dia menyebut nama Mika. Apahal pulak ni?

“Aku straight forward je la ye. Mika mintak aku jadi orang tengah. Dia nak aku tolong risik kau untuk dia.”

“Kau jangan merepek, Afifi. Ada ke pulak Mika tu nak kat aku?” Pintas Aqish lalu dia gelak.

Gelaknya terhenti apabila dia merenung muka Afifi yang seperti bengang dengan kenyataannya tadi. Eh serius ke ni?

“Salah ke anak kepada bekas driver bapak kau untuk menjadi teman hidup kau? Hina sangat ke Mika tu di mata kau?” Datar suara Afifi.

“Aku tak pernah pandang dia hina, Afifi Ashraff. Kau jaga mulut kau.”

“Aku tak pernah nampak kau hargai dia, Balqish Alisya. Aku tak pernah dengar ucap “terima kasih” dari kau kalau dia tolong kau. Kau ingat aku tak tau betapa susahnya Mika nak jaga hati kau yang super sensitif tu?

Aku dah cakap dengan dia. Give up. Lupakan Aqish. Tapi dia degil. Dia nak jugak jaga kau. Semua sebab bapak kau. Dia hargai jasa bapak kau yang masih bagi ayah dia bekerja dengan dia walaupun ayah dia bekas banduan. Tak cukup dengan itu, bapak kau bagi keluarga dia tempat tinggal semua serba lengkap. Kau rasa kenapa dia sanggup belajar kat Lendu walaupun bapak kau nak bagi dia scholarship sambung belajar kat UK?”

UK? Apasal aku tak tau ni? Aqish memandang Afifi pelik.

“Semuanya sebab kau. Dia sayang kat kau sangat sampai dia sanggup tolak tawaran tu. Dia sanggup belajar Business kat Lendu untuk kau. Dia dah deal dengan bapak kau untuk rahsiakan benda ni dari kau. Bapak kau pun nasib baik terima keputusan Mika. Dengan syarat, Mika yang akan ambil alih business dia nanti bila dah habis degree. Mika setuju dengan syarat tu sebab itu buat dia lagi senang nak dekat dengan kau.

Bapak kau pun sayang kat Mika tu. Lagi-lagi bila ayah Mika meninggal masa accident kat highway dulu. Bapak kau macam berhutang nyawa dengan arwah ayah Mika. Pasal tu dia sanggup bagi apa saja untuk Mika. Dan aku tak rasa bapak kau akan pangkah nama Mika dari senarai calon menantu dia.”

Kepalanya terasa berdenyut pantas. Terlalu banyak yang dia terpaksa terima petang ini. Sakit!

“Enough, Afifi. Aku nak balik.”

“Jangan lari, Aqish.”

“Aku bukan nak lari, Afifi. Kepala aku dah tak boleh register apa-apa dah ni.”

“Fine. Kau bincang sendiri benda ni dengan Mika. My job here is done.”
Afifi terus bangkit dari kerusi. Langkahnya terhenti apabila dia teringat sesuatu. Dia berpatah balik pada Aqish yang masih kaku di kerusinya. Satu kotak comel berwarna biru diletakkan di atas meja.

“Ini benda serius, Balqish Alisya. Aku tak nak kau buat silap. Mika tak main-main dengan kau. Dia betul-betul ikhlas dengan kau dan kalau boleh, dia nak kau bertanda sebelum kau fly ke New York.”

Bertanda? Apa maksud Afifi? Tak sempat dia bertanya pada Afifi kerana Afifi telah melangkah laju meninggalkannya. Setelah Afifi pergi, baru dia mahu membuka kotak comel itu. Air matanya terus mengalir apabila dia melihat satu gelang perak bergulung cantik di dalam kotak itu. Dan di kotak itu ada satu kad bertulis;

“You wear this and it means you accept me. You give it back to me and that will be the end of us. Love, Mika.”

Air mata lebih deras mengalir. Apa patut aku buat, ya Allah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience