Chapter 2

Romance Completed 25658

BAB 2

Afifi melihat Mika yang sedang khusyuk merenung skrin Acer. Entah apa yang Mika tengok sampai tak bergerak sejak 10 minit yang lalu. Dia merenung skrin laptop kesayangan Mika itu. DRAMA KOREA?!

“WOI!” Afifi melibas selamba belakang Mika.

“Sungguh biadap di situ, Afifi Ashraff.” Kata Mika sambil melurut headphone ke leher. “Kau ni kot ye pun nak kasi tulang belakang aku lari dari paksi sebenar, tunggu aku dah sarung jubah konvo dulu boleh tak?”

“Apa doh tengok drama Korea? Kau pun dah join team K-Pop ke?”

“I’m just trying to know what Aqish likes okay?” Mika menghentikan aktiviti marathon Flower Boy Next Door. Kacau daun betul la Afifi ni.

“Dude, kot ye pun kau tangkap cintan dengan si Aqish tu, takkan la kau nak join pakatan Korea Pop tu?”

“At least aku ada benda lain nak borak dengan dia selain daripada hal Azim.”

Afifi hanya mampu menggelengkan kepala. Ahmad Mikail dan cinta agungnya pada Balqish Alisya. Tak pernah luntur. Terfikir juga; masih kuat juga sayang Mika pada Aqish walaupun Aqish sudah dua tahun lebih menjalin hubungan dengan Azim si budak AD tu. Mika memang jenis lelaki setia.

Malangnya, Aqish tidak nampak kelebihan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience