5. Tak Putus Dirundung Malang

Short Story Series 677

Ayra terlihat beberapa pelajar yang memakai sweater universiti. Terus sahaja ingatannya kepada Akeef. Dia rasa bersalah kerana tidak menunaikan janjinya semalam.
Namun dia ada sebab yang kukuh. Walau diterangkan bagaimana sekalipun pasti lelaki itu tidak mempercayainya.

Telefon pintar dicapai dan dia menaip sesuatu.

Asalamualaikum Akeef. Maafkan saya semalam. Saya hanya nak bagi tahu yang saya bukan scammer. IC, maklumat peribadi awak semuanya saya dah delete. Maafkan saya sekali lagi. Saya harap awak berjaya dunia akhirat. Terima kasih menolong saya masa-

Tiket yang dipegang Ayra terjatuh. Satu tangan mengambil tiket itu. Disangkanya perempuan itu mahu menolongnya namun tiket itu segera diletakkan dalam poket.
Terkejut. Ayra masih terkesima dengan apa yang terjadi kepadanya. Mengeluh, dia membuat isyarat tangan.
“Hey ahjumma, that is my ticket.” Walaupun Ayra tahu dihadapan ini bukanlah mak cik, namun dia sengaja memanggil gelaran itu kerana dia tahu gadis di sini tidak suka dengan gelaran yang tidak sepadan dengan umurnya.

“Somebody, help, help! My ticket! My ticket! She stole it! She stole it! Help! Help!”
“Unnie! Unnie! Waegure?”
Ayra membesarkan matanya. Dia tanya Aku kenapa? Panggil Aku kakak pula itu? Ya Allah manusia apa kah ini?

Ayra menepuk bahu lelaki dihadapannya. “Hey, Do you know English? English arayo?”
“No…no…”
“Unnie, hajima…” lengan Ayra dipaut.
Terus Ayra menolak gadis itu terjatuh.
Membuatkan beberapa orang datang menuju kepadanya.
“Glad you guys here. Help me, this girl stole my ticket.” Namun mereka hanya berpandangan sesama mereka.
“Give money and I will let you go” lelaki yang berada dihadapannya tadi membuka mulut membuatkan dada Ayra berdegup laju.

Ayra sudah buntu apabila mengetahui dirinya dikepung dengan scammer jalanan.
“Fine. Give me the ticket, I will give you money.” Apabila tiket itu bertukar tangan, cepat-cepat Ayra merampas duitnya kembali dan melarikan diri.

Lebih menakutkan lagi apabila mereka yang sedikit, tiba-tiba bertambah bilangan mengejarnya dari belakang. Matanya sudah berair, lututnya mulai lemah.

Dia berlari-lari sehinggalah ada suara memanggil namanya.

“Ayra? Ayra! Awak okay?”
Mata Ayra terkelip-kelip. Dia terhidu kimchi. Barisanya semakin pendek dan dia perlu menapak beberapa langkah kehadapan. Tidak tahu mengapa dan bagaimana dia boleh terlupa yang sekarang dia sedang beratur untuk membeli makanan. Telefon pintar ditangannya diperhati lama.
“Ayra, awak dekat mana? Awak hantar location dan saya datang ke sana”
Tersedar, Ayra meletak kembali telefon pintar itu ditelinga. Sambil matanya memerhati orang depan dan belakangnya. Perempuan tua itu hanya tersenyum kepadanya. Manakala didepannya hanyalah seorang budak lelaki. Ayra mengerutkan dahinya.
“Hello, hello Akeef ke itu?”
“Ya ini saya. Ayra, awak kat mana sekarang?“
“Er, saya dekat kedai tteobboki semalam. Tapi awak tak perlu da…” telefon dimatikan Akeef “Tang…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience