2. Lari Menuju Mimpi

Short Story Series 677

Ayra bangun awal dan mempersiapkan dirinya untuk keluar. Menghadap cermin dia memakai seluar track, baju berlengan panjang untuk bersiap sedia pergi bersenam. Buku nota yang berada di atas mejanya diambil.

Banyak juga senarai aktiviti yang dia mahu lakukan di sini.

Salah satunya, berlari di Han River. Ini semua sebab dia terpengaruh dengan rutin harian kumpulan kpop Infinite yang sentiasa berlari di situ semasa training.

Ayra tersengih. Dia bukan apa, nak tahu juga apa perasaan berlari di situ. Tiba-tiba telefonnya berdering. Cepat-cepat dia lompat ke atas katil dan menjawab panggilan.

“Hello, Asalamualaikum mak!”

“Waalaikumusalam…”

Ayra terdengar sayup-sayup suara orang membaca ayat al-Quran di latar telefon.

“Mak. Sedapnya ayah baca al-Quran…Sejak bila pandai taranum ini hehe…”

Mak hanya ketawa kecil. “Kamu, bila kamu nak balik ini? Baliklah cepat…”

“Apa mak cakap ini, Ayra baru sampai semalam, pagi ini pun ayra belum serapan lagi, mak dah suruh balik? Hahaha…”

“Ala…2 minggu lama sangat.”

“Ada-ada sahaja mak ini. Mak nak kirim apa? Menantu Korea nak? Banyak juga orang kacak-kacak di sini”

“Anak Pak Cik Anas kamu nak letak mana? Jangan pandai-pandai bawa balik lelaki”

“Iyalah…dah, Ayra nak bersedia pergi bersenam. Nanti malam Ayra telefon mak lagi.”

Telefonnya ditutup. Sementara menunggu air panas masak untuk dibuat air kopi, punat televisyen di buka. Dia tergelak sendiri. Nak tengok apa, sudahlah tak faham bahasa Korea. Dia menyandarkan dirinya di bucu katil. Ada siaran berita di awal pagi? Menarik…

Dia tidak faham sepenuhnya berita itu tetapi apa yang dia boleh simpulkan, seorang wanita kemalangan kerana dilanggar. Ya Allah, rupa-rupanya kemalangan kereta ada dimana-mana sahaja. Takutnya… Tiba-tiba dia segera menutup punat remote tv.

“Ayra…Ayra! Jangan fikir negatif pagi-pagi. Kita perlu semangat nak mengembara! Nak jumpa Kim Bum, Golden Child, dan banyak lagi bias kau!

Ya. Dia perlu sentiasa bersikap positif!
“Hari ini hari yang baik”
“Hari ini hari yang indah”
“Hari ini hari yang menabjubkan”
“Hari ini hari yang….MALANG!!!”

Selepas berlari beberapa kilometer di sekeliling Han River, beg dompetnya tiba-tiba hilang. Ini gara-gara Ayra terlupa nak tutup poket seluarnya!

Ya Allah, boleh pula habit buruk cuainya ikut dirinya ke Korea. Tengoklah apa yang jadi. Ayra…
Ayra tekad. Dia perlu bertanya orang juga. Google translate di telefonnya dibuka.

[Selamat pagi, saya terhilangkan dompet….] Ayra padam balik ayatnya.

[Selamat pagi, saya Ayra. Dompet saya hilang. Ada nampak tak dompet merah saya…]
Ayra terdiam. Macam pelik sahaja struktur ayat ini. Dia memadam balik apa ditulisnya.

[Good morning. I am Ayra. My red wallet is missing. Did you see that when you exercised along the Han River?] Puas dengan ayatnya dia terus terjemahkan dalam Hangul.

Ayra cuba baca tulisan roman yang diberi. “joh-eun achim. jeoneun Ayra ibnida. nae ppalgansaeg jigab-i eobs-seubnida. hangang-eul ttala undong hal ttae bosyeossnayo?”

Ah! Berbelit-belit lidahnya. Dia tidak perlu baca. Dia hanya perlu tunjuk sahaja telefonnya. Lagi senang!

Disebabkan terdesak, setiap kali orang lalu dihadapannya Ayra terus menunjukkan telefonnya. Ada yang terus berlari menghiraukannya, ada juga yang baik hati berhenti dan menggelengkan kepalanya.

Tangganya digenggam. Ayra masih tidak jumpa dompetnya walaupun sudah beberapa kali dia pusing ke tempat dia berlari tadi. Nasib baik passportnya tidak hilang kerana dia masih waras untuk simpan di dalam beg sandangnya di bilik hotel.

Kalau hilang juga...pasti dilabel pendatang asing!

Matahari sudah terbit sepenuhnya, namun dirinya masih tidak menjumpai dompet merah. Warna merah, takkanlah seorang manusia langsung tak nampak...

Ayra mengambil keputusan untuk rehat.Dia bersandar di tepi pokok. Peluhnya disapu. Walaupun sekuat mana dia tahan untuk tidak menangis, air matanya jatuh juga. Kakinya yang sakit diurut perlahan. Apa yang dia perlu buat sekarang…?

“Ya Allah…tolong hambamu…”

Hati Ayra terasa sesak. Dia mengetuk dadanya sakit. Dia sungguh tak guna…Ada hati mahu ke Korea...Tengok apa dah jadi!? Apa yang dia perlu buat sekarang…Allah...

Ayra menarik nafas panjang dan mengembuskannya lama. Dia tidak akan menyerah begitu sahaja.

Bersangka Baik kepada Allah, itulah ayat yang akan diulang maknya apabila dia ditimpa kesusahan.

Tiba-tiba, Ayra teringat pengalaman mak dan ayahnya yang pernah ke Korea dan juga tertinggal laptop dan duit di dalam bonet teksi. Akhirnya dapat balik setelah buat laporan polis. Dia tersenyum. Jadi dia hanya perlu buat perkara yang sama...

Tidak putus asa dengan rahmat Allah.

Ayra bangun dari pokok itu dan segera menuju kearah seorang lelaki yang sedang berlari ke arahnya. Selepas ini, kalau pemuda itu juga tidak nampak dompetnya, dia akan buat laporan polis.

“Excuse me...!” Ayra berlari dan menghentikan pemuda itu lalu segera menunjukkan telefon pintarnya betul-betul dihadapan muka lelaki itu.

Lelaki itu hampir jatuh namun sempat mengawal badanya. “Ish! Apa ini?!”

Lelaki itu terdiam dan baca sebentar apa yang ditunjuk dan melihat perempuan yang menghalangnya. “eotteohge dowa deulilkkayo…Eh awak, awak yang dalam kapal terbang itu kan?“

Ayra terkejut. Ayra juga kenal muka lelaki itu! Lelaki yang membuatkan dirinya terhantuk! Tidak dapat menahan hiba, Ayra menangis sepuas-puasnya membuatkan lelaki itu panik.

“Eh, awak! Jangan menangis! Kenapa? Apa yang berlaku? Nah…nah kain lap. Tak basah pun lagi, saya tak lap peluh saya lagi. Bersih lagi ini…” kata lelaki itu cemas. Ayra mengambil kain yang diberi dan menutup penuh kepalanya. Mukanya tidak kelihatan namun tangisannya masih dapat didengari.

Orang yang lalu-lalang hanya memerhatikan kedua manusia di tepi Han River. Seorang sedang menangis teresak-esak, seorang lagi sedang tergopoh-gapah membuka penutup botol yang tidak boleh dibuka.

Apakah takdir yang tertulis untuk mereka berdua…

“Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan. – (Q.S Al-Fatihah: 5)”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience