Ayra membuka kasut dan diletakkan di atas rak yang di belakang pintu. Dia berjalan ke bucu katil dan membuka stokinnya yang basah. Buku notanya diambil.
1. Bersenam di Han River
2. Makan Tteobokki Halal
Telefon pintarnya dicapai. Ayra menghantar gambar-gambar IC, kad pengenalan Akeef dan terus merebahkan dirinya di atas katil empuknya. Matanya dipejam. Selimut katilnya ditarik. Matanya sungguh berat untuk dibuka. Seharian dia berkeliaran di Sungai Han akhirnya…jumpa juga...dompet…Akeef…
Ayra tersenyum sendiri. “Nasib baik…Akeef ada…hehe…” Ah! Dia terlalu mamai. Ayra ketawa sendiri.
Tiba-tiba seperti seseorang mengucup ubunnya.
“Ayra…Maafkan mak…ayah kamu di hospital. Marilah balik…Mak janji selepas ini kalau Ayra nak pergi Korea berkali-kali pun boleh. Tetapi buat sekarang ini, balik dulu. Kamu boleh pergi bila-bila masa selepas ini…Mak dah tak halang. Mak…!”
“Mak…Ayra nak bagi tahu…Malam ini…” Matanya dibuka. “Ayah sakit?”
Segera Ayra bangun dan mencapai telefon pintarnya dan menelefon mak. Panggilannya tidak dijawab. Dia cuba sekali lagi.
Ayah sakit…? Apa yang berlaku…
“Hello, Asalamualaikum Ayra…kenapa kamu call?”
“Mak, ayah sakit apa?” Terdengar mak sedikit terkejut dan sambung berbicara.
“Ayah kamu jatuh tangga…doktor kata sebab penat kerja. Jadi doktor tidurkan dia untuk beberapa hari…macammana kamu tahu…”
“Kenapa mak baru bagitahu…?!”
“Mak tak nak kamu susah hati…Jadi bila kamu…kamu boleh balik…?”
Ayra terdiam. “Mak…! Ayra dah besar…Ayah jatuh mak…Mak kalau ada apa-apa kena bagi tahu…”
“…”
“Bila ayah jatuh…?”
“Kalau boleh, kamu balik dalam seminggu…boleh ke?
Ya Allah mak… Ayra bangun. Tingkap bilik hotel dibuka.
“Macammana mak nak pergi pasar? Mak Ngah ada tak dengan mak…?”
“Kalau kamu balik cepat…kamu boleh tolong mak…”
Ayra mengeluh. “Mak, jawab lah dulu soalan Ayra…”
“Pandai-pandailah mak uruskan. Setakat nak pergi mana-mana, Grab kan ada. Zaman sekarang mudah... Minta tolong jiran ke…apa ke…kamu pula, seminggu sahaja tak boleh ke…?”
Ayra diam lagi. “Ok lah…bye Ayra letak telefon dulu…”
“Hmmm…ya lah. Kamu fikir dulu. Mak harap sangat kamu boleh balik cepat tolong apa-apa kat sini. Oh, sekejap! kamu hantar gambar IC, dan kad pelajar siapa ini?”
“Kawan…Ayra jumpa kat Korea…Nak tanya mak…boleh ke nak keluar makan malam, dia ada tolong Ayra dekat sini, jadi Ayra terhutang budi…nak belanja makan…”
“Lelaki…pelajar sana ke…?”
“Hmmm…”
Puan Zara senyap. Berfikir lama.
“Ok, mak izinkan. Tetapi jangan makan tempat-tempat yang gelap, jaga diri Ayra kat sana. Kamu bawa penyembur kan?”
“Hmmm…”
“Kalau boleh…kamu fikir-fikir juga ya…tentang…” Ayra mengeluh.
“Ya mak…baik…Nanti Ayra fikir macammana….”
“Bye…Asalamualaikum”
Mata Ayra dipejam. Dia perlukan rehat. Tuala yang berdekatan diambil. Kali ini, dia mahu duduk lama dalam tandas…
Belum sempat Ayra melangkah ke tandas, telefonnya berdering lagi. Tertera ‘mak ku sayang’ di paoaran telefon.
“Ya mak…nanti Ayra fikirkan…”
“Kamu tak payah fikir. Kalau kamu nak makan malam dengan lelaki itu…Akeef namanya? boleh. Tetapi dengan 1 syarat…”
…
…
…
“Hello, Ayra. Awak ada dekat mana? Saya dah…”
“Maaf, maaf saya tak rasa saya sempat datang. Tiba-tiba ada hal. Awak tak order apa-apa lagi kan…?”
“Oh, ya ke…nasib baik. Haah, saya belum order lagi…”
“Maaf sangat-sangat. Nanti awak bagi akaun bank, saya bank-in duit sahajalah…tanda terima kasih tolong saya pagi tadi.”
“Eh, tak apalah…sikit sahaja itu. Awak ok ke…? Kenapa macam…”
“Tak apa, bagi sahaja nombor akaun. WhatsApp saya ya. Minta maaf dan terima kasih sangat-sangat untuk hari ini. Saya letak telefon dulu. Asalamualaikum”
“Waalaikumusalam…”
Akeef melihat sekeliling. Dia tersenyum pahit. Makanan yang ada dihadapannya masih panas. Dia sudah memesan makanan yang Ayra mahu pagi tadi. Nampaknya…rancangan keduanya masih tidak berjaya. Akeef menekup mukanya.
Bagaimana ini…dia sudah tidak mempunyai masa lagi…
Share this novel