“Good morning ladies and gentlemen. Captain Kim and the entire crew would like to welcome you onboard Korean Air, a member of Sky Team. This is Flight 163 bound for Korea. Our flight time to Korea today will be 6 hours and 10 minutes. During the flight, our cabin crew will be happy to assist you in any way we can. In preparation for departure, please fasten your seatbelt and return your seat and tray table to the upright position…”
Ayra tidak dapat menahan bibirnya dari tersenyum. Lagi-lagi menumpukan seluruh perhatian kepada pramugari yang sedang memberi tunjuk ajar penggunaan alat keselamatan di kapal terbang. Kedua tangannya digenggam. Sejuk.
Satu buku nota kecil bewarna hitam yang penuh dengan tampalan sticker bunga-bunga dikeluarkan. Buku nota itu dibelek satu per satu muka surat.
[50 Bucket List to Do in Korea]
Ah tak sabar! Ayra tak sangka impiannya untuk melancong ke negara kelahiran drama korea ini akan tercapai.
Dia masih teringat perbualan mak dan ayahnya beberapa hari yang lepas. Ayra tidak sangka, ibubapanya memberi kebenaran walau hati mereka berat melepaskan satu-satunya anak mereka.
“Ya Allah Ayra! Kenapa dengan kamu ini Ayra?” Ayra tidak mengendahkan kata-kata maknya. Tangannya laju melipat pakaian dan memasukkannya ke dalam bagasi.
Ayah hanya diam memerhati anak perempuannya di pintu bilik. Mak memegang tangan anaknya lembut membuatkan Ayra terhenti pekerjaannya dan mengeluh.
Rancangan ini pasti tidak akan berjaya sekiranya dia menjadi anak yang mendengar kata.
Ayra memegang kedua tangan mak dan ayah dan dibawa ke ruang tamu.
“Mak, ayah. Ayra saja tidak mahu beritahu kerana Ayra takut Ayra berubah fikiran”
“Memang patut pun kamu ubah fikiran. Kamu selalu membuat keputusan terburu-buru. Kamu nak ke Korea? Bagaimana kamu nak makan nanti? Lepastu kamu nak Tinggal mana? Kalau tiba-tiba kamu sakit, macammana?” tanya mak bertubi-tubi.
Ayra hanya tersengih dan memandang ayahnya yang hanya memeluk tubuh. Nampaknya ayah juga tidak setuju untuk dirinya ke luar negara.
“Kalau Ayra tidak mahu berjumpa dengan keluarga Pak Cik Anas. Tidak mengapa. Ayah tahu kamu mahu memilih pasangan hidup sendiri. Cuma, tidak perlulah sampai ke luar negara sekadar mahu membantah untuk kami jodohkan kamu dengan anak kawan ayah itu”.
Mak mengangguk berkali-kali dan memandang Ayra dalam. Mereka mengerutkan dahi apabila Ayra ketawa kecil dan membetulkan kedudukannya menghadap mereka berdua. Ayra kembali tersenyum, kali ini terkekek-kekek dirinya ketawa. Nampaknya mak dan ayah sudah salah faham.
“Bukan tentang perjumpaan itu ayah, mak. Emak dan ayah juga tahu yang Ayra tiada kawan lelaki. Ayra bersyukur sangat mak dan ayah sudah ada menantu pilihan. Senang, tidak perlu Ayra susah-susah cari”
Dia diam sejenak dan mengumpul kata-kata. “Namun, berikan Ayra sedikit masa. Ayra stress. Ayra pelukan masa untuk mengumpulkan kekuatan dan ilmu.
Ayra tidak tahu bila lagi boleh ke luar negara. Mak dan ayah juga tahu sudah lama Ayra memasang niat untuk ke luar negara. Lagi-lagi Korea. Sudah berapa tahun Ayra rancang. Inilah satu-satunya peluang yang Ayra ada. Mak, ayah....”
“Berapa lama masa yang Ayra perlukan?” tanya ayah. Kelihatan mak memukul tangan ayah protes.
Ayra faham. Ibu bapa mana yang tidak risau anak daranya melancong seorang diri. Anak tunggal pula itu!
“2 minggu. Berikan Ayra 2 minggu.”
“Abang!!!” Jerit mak.
..........
Disebabkan terlalu teruja, Ayra memandang ke luar tingkap kapal terbang. Subhanallah! Cantiknya awan! Kalau awan ini seperti gula-gula kapas, sudah lama dia ma…
BUKKK!
Ayra terhantuk kepalanya ke tingkap gara-gara orang dibelakang melanggar kerusinya.
Aduh…
Mengurut dahinya Ayra bangun melihat gerangan siapakah yang merosakkan vibe melancongnya.
Kelihatan seorang lelaki yang baru bangun dari lantai kapal.
Dia terburu-buru mengutip balik buku dan barang-barang yang dipegangnya. Setelah selesai mengutip, dia terkejut apabila Ayra mengerling mata tajam ke arahnya menyebabkan buku yang dia pegang tadi terjatuh lagi.
“Awak langgar kerusi saya.”
“Maaf, maaf saya tidak sengaja. Tidur mati tadi.” Lelaki itu tersengih. Dia menunduk maaf dan senyum.
Ayra hanya mengangguk dan kembali duduk.
Ya Allah, semoga perjalanannya berjalan dengan lancar…!.
Beberapa jam kemudian. Ayra selamat sampai di Incheon International Airport. Beg bagasinya ditarik keluar. Matanya berkeliaran melihat sekeliling. Teruja!
"Akhirnya! Aku sampai ke Korea! Ya Allah sejuknya! Ya Allah bestnya! Ya Allah gembiranya!"
Dia memeluk tubuh. Betullah apa yang dinyatakan di weather cast yang bulan ini bulan paling sejuk di Korea, Ayra melihat skrin telefonnya, 27c. Oh dia masih tidak tukar lagi setting untuk telefon itu.
Ayra mengembuskan nafas, terlihat kepulan-kepulan asap keluar dimulutnya. Dia tersenyum sendiri.
"Baiklah, simkad sudah beli, sekarang ini jom cari teksi, check in hotel dan, makan Sushi! eh. Gimbab!"
Ayra baring di atas katil hotelnya. Walaupun bilik itu kecil, namun cukuplah sekadar mahu tidur, makan dan solat.
Buku nota diambilnya. Dia menulis segala apa yang terjadi pada hari ini. Selepas beberapa muka surat, dia berdengkur. Tidur, mati buat sementara. Esok, pengembaraanya bermula...
Share this novel