3. Ada Jalan

Short Story Series 677

Mukanya dibasuh. Dia menggosok mukanya lama. Tiba-tiba tangannya dihentikan dan dia menjerit kecil. “Aaah!”

Ayra melihat hidungnya yang merah. Ditambah pula dengan matanya yang sembab kerana menangis. Dia melihat refleksi dirinya di cermin tandas.

“Ayra, kau gila apa? Menangis di depan stranger? Sudah lama dia tidak menangis depan mak dan ayahnya lagi pula orang yang tak dikenali?” Ayra menghembuskan nafasnya.

“Ayra, dear myself. I forgive you and I am proud of you…I…”

Malu!!! Aku malu dengan kau Ayra…Sanggup kau malukan aku macamni!
Ya Allah malunya!

Macammana dia mahu berhadapan dengan lelaki itu!

Pasti dirinya langsung tak dapat nak tentang mata langsung bila bercakap denganya..!

“Hmmm….sedapnya! Sedapnya tteokbokki ini!”

Lelaki itu hanya tersenyum dan memberi Ayra tisu. Ayra mengelap mulutnya.

“Sedap kan…pedas-pedas kena dengan selera orang kita…”

Ayra mengangguk laju. Mereka berdua makan di atas bangku sambil melihat orang berlari melalui mereka. Ada juga yang berjalan. Walaupun matahari sudah naik tinggi, taman ini tetap ada pengunjungnya.

“Selepas ini kita pergi pejabat polis. Kita tanya dekat situ ada orang pulangkan dompet tak kat situ.”

“Pejabat polis? Ada ke dekat sini?! Dekat taman ini?”

Lelaki itu ketawa. “Ada…wah, fokus sungguh awak berlari, sampai tak tengok pun sekeliling…”
“Manalah saya tahu…saya kan kentang.” Kata Ayra dan mereka berdua ketawa.

“Oh, saya Ayra dari Malaysia”
“Saya Akeef, pun dari Malaysia.”

“Study sini ke?”

Akeef menjongket bahu dan mencebikkan mulutnya. Ayra membuat muka. “Acah…”

Ayra melihat bekasnya. Tinggal satu sahaja kek berasnya. Sedap betul…dia hanya menjamah biskut dan air kopi sahaja pagi tadi…

“Awak buat apa datang sini?” Akeef menuangkan semua tteokbokkinya ke dalam bekas Ayra membuatkan perempuan dihadapannya ternganga luas dan membalasnya dengan senyuman.

“Berjalan? Mengembara? Mencari diri sendiri? Macam itulah…”

“Macam deep sahaja bunyinya…macam putus cinta”

“Uhukkk! Uhukkk!!!” Ayra tersedak. Cepat-cepat dia menutup mulutnya dengan tisu. Air yang dihulur Akeef diteguk berkali-kali. Akeef hanya terkekek-kekek ketawa.

“La…membawa diri sebab putus cinta ke ini…?” ajuk Akeef

Ayra yang sedang sibuk mengelap mulutnya memusing tangannya kiri dan kanan tanda bukan itu maksudnya. “Saya tak pernah couple…kalau ayah saya tahu, mati dibuatnya!”

Akeef mengangkat keningnya.

“Betul…! Nak cakap dengan lelaki pun saya tak tahu macammana…”

Tiba-tiba riak muka Akeef bertukar. “Dah itu, siapa ada si depan awak sekarang…?”

Ayra terkedu. Alamak, dia tak patut cakap macam itu…patutnya…

“Pondan?” Akeef mengenyit matanya. “Ke, buaya? Huargh!” Jerit Akeef sambal mendepakan tangannya.

Ayra terbangun dari bangku dan ketawa terbahak-bahak. Perutnya senak kerana terlalu banyak ketawa.
Dia melihat Akeef yang senyum hinggakan menampakkan giginya. Dia tersenyum sama.

“Aaah...Aduh…cukup…Akeef jangan buat saya ketawa, nanti saya banyak nangis…”

“Bukan salah saya…”

***

Puan Zara menyilangkan tangannya. Matanya tajam melihat lelaki yang berada di hadapannya. “Mak cik tak ada apa-apa nak cakap, anak mak cik tiada di sisi, suami pula tidak sedarkan diri. Semua berlaku dengan serentak…”

“Maafkan saya makcik. Maafkan saya…disebabkan itulah saya menawarkan diri saya untuk bantu makcik. Mak cik boleh gunakan saya. Mak cik boleh arahkan saya buat apa sahaja.”

“…”

“Saya boleh jadi pemandu mak cik, saya boleh tolong bersihkan rumah mak cik, saya juga boleh jaga…”

“Tak! Jangan dekat dengan anak mak cik. Kau sakitkan dia dan kau nak jaga dia? Jangan sentuh langsung satu-satunya anak tunggal kami!”

Lelaki itu terdiam dan menunduk.

“Jangan dekat dengan Ayra…!” kata Puan Zara.

***

Ayra menguiskan kakinya sambil duduk di kerusi yang disediakan. Bibirnya digigit. Macam dalam drama Korea! Pejabat Polis ini sepertimana apa yang dilihatnya dalam drama “While You Were Sleeping!”. Sama! Tempat duduk yang sama…lantai yang sama…muka polis pun sama….! Ya Allah bestnya!

Matanya mengerling kearah Akeef yang sedang berbicara dengan salah seorang anggota polis di situ. Dia menggelengkan kepalanya. Kagum dengan Akeef boleh berbahasa selain dari Bahasa Melayu.

Ayra, setakat perkataan asas Korea dia tahulah. “Annyeonghaseyo, kamsahamida, cheongmal, joesonghamnida…”

Kelihatan anggota polis itu menghulurkan dompet merah. Segera Ayra menutup mulutnya gembira. Akeef menundukkan hormat kepada polis itu dan menuju ke arahnya. Ayra berdiri serta merta dan melompat kecil.

“Alhamdulillah…Alhamdulillah! Akeef terima kasih banyak-banyak!” Akeef hanya mengangguk bangga. Dompet merah bertukar tangan.

“Ingat cool ke tak cakap sama-sama…?”

“Sama-sama Ayra…gembira?” Kata Akeef sambil menolak pintu kaca pejabat polis dan Ayra keluar dahulu diikuti dirinya.

“Aaaah….! Akhirnya dapat bernafas!”

“Iyalah itu…Siapa yang makan banyak tadi? Rasanya orang itu tak ada masalah nafas makan orang lain punya makanan…”

“Awak yang pelawa…saya tukang makan je…”

Mereka tersenyum dan tiba-tiba keaadaan menjadi canggung. Semua diam. Riangan kanak-kanak kedengaran. Bunyi burung berkicauan memeriahkan lagi suasana. Mereka berdua pula hanya menunggu salah seorang membuka bicara.

Akeef memandang Ayra yang sedang merenung ke arah kanak-kanak yang sedang main kasut roda. Kelihatan di tangannya masih ada sisa bekas makanan tteokbokki tadi.

“Er…A-ki..” Baru sahaja Ayra mahu bercakap plastik sampah yang ada di tangannya tiba-tiba bertukar tangan.

“Ya?”

“Eh, tak apa, awak buang lah dulu. Thank you, saya lupa nak buang tadi…”

Akeef mengangguk dan membuang plastik itu di tong sampah berdekatan.

Ayra mengumpul kekuatan, dia menarik nafas dan membuka bicara. “Er, Akeef, sebagai balasan awak tolong saya, saya belanja awak makan malam. Nak?!”

Akeef diam sebentar dan mengecilkan matanya. “Tapi saya tak nak kena kejar dengan ayah awak…”

Ayra tersengih. “Oh…itu awak tak perlu risau. Nanti saya telefon mereka berdua.”

Mata Akeef seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia menaip di telefon pintarnya dan diberikan kepada Ayra. Ayra memandang Akeef sebentar dan mengisi nombor telefonnya.

“Nak makan dekat mana?!” Tanya Akeef

“Saya tak tahu sangat tempat makanan halal, awaklah pilih tempat…”

“Eh, saya pula…Baik. Nanti saya hantar lokasi. Awak duduk area sini sahaja kan”. Akeef menutup telefonnya. Dia melihat Ayra hanya mengangguk perlahan.

“Kalau macamtu saya pergi dulu…jumpa malam nanti” Baru sahaja dia mahu bergerak pergi, Ayra memanggilnya. Dia tersenyum. Tepat sangkaannya. Ayra ada nak cakap sesuatu tetapi gadis itu teragak-agak.

“Er, Akeef sekejap…Maaflah kalau permintaan saya keterlaluan… Tetapi, boleh ke saya nak gambar awak, IC awak, Kad pelajar awak di sini…?”

Akeef yang mendengar permintaan itu sedikit terpempan lalu dia ketawa besar. Dia segera mengeluarkan dompet yang berada di poket seluarnya dan segala kad yang diminta dihulurkan kepada Ayra.

Ayra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih.

“Strict parent…”

Akeef hanya mengangguk faham. “Tidak mengapa…”Namun Akeef masih tidak dapat henti ketawa. Membuatkan muka Ayra merah menahan malu.

{Hari itu, tatapan matamu, membuatkan aku mahu melindungimu. Dengan segala kudrat hatiku.}

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience