BAB 2

Other Completed 2336

Disebabkan kejahilan aku juga aku sangat takut mendekati wanita. Aku takut mereka tahu kebodohan dalam diri aku. Sering kali aku ingin dilihat sebagai sempurna, sama seperti lelaki soleh-soleh yang lain tapi aku tak mampu. Alangkah ruginya aku bila sewaktu kecil dahulu aku sering memonteng kelas agama, kelas mengaji Quran. Kalau aku mampu kembali ke masa silam mungkin aku sudah tampar-tampar diriku masa lalu.

Suatu hari, aku melakukan sesuatu yang aku rasakan sangat mulia semenjak tempoh bertahun lamanya. Aku mencari sejadah, tapi aku lupa aku langsung tidak punyai sejadah. Kerana aku tidak pernah solat. Lalu aku melihat kain pelikat aku. Mungkin ini boleh dijadikan sejadah aku. Ye, hari ini aku mahu solat.

Segera aku masuk kedalam bilik air untuk mengambil wuduk. Mengambil wuduk sangat senang bagi aku. Kerana aku pernah melihat dan mengikut rakan ku sewaktu sekolah dahulu. Di atas kain pelikat yang dijadikan sejadah itu, aku terdiam. Apa pula bacaan-bacaan yang perlu aku sebut. Al-Fatihah sahaja ke?

Lalu aku terus sujud. Di dalam sujud itu aku menangis. Aku berdoa.

“Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang jahil. Selama aku hidup, aku sentiasa melarikan diriku dariMu. Aku hindarkan suruhanMU, aku dekati laranganMu. Sungguh aku hamba yang berdosa. Sering kali aku terfikir mengapa aku dilahirkan ke atas dunia ini jika hidupku hanya untuk memberiMU murka. Apakah lahirnya aku didunia ini hanya untuk memenuhi nerakaMu?

Sesungguhnya aku tidak sanggup. Aku sangat takut dengan neraka Mu tapi mungkin Engkau akan menyoal jika aku sangat takut dengan azab Mu mengapa aku tidak cuba mengubahnya. Ya Allah, aku hamba yang lemah. Bukan fizikal ku lemah. Tapi hati aku, iman aku sangat rapuh. Aku tak terdaya. Aku cemburu dengan mereka-mereka yang Engkau sayangi. Mereka dilahirkan dengan hati dan iman yang kuat dibandingkan dengan diri aku?

Terlalu beza. Ya, Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Hari ini aku ingin bertaubat. Aku berharap kau sudi mengampunkan dosa hamba mu yang hina ini.”

Aku mengamin kan doa. Aku kesat air mata aku.

Benar kata orang, hati ini akan berasa tenang jika kita mengadu kepada Allah. Namun aku rasa ini tidak cukup. Aku mahu menjadi seperti seorang muslim yang sebenar… Alangkah bagusnya aku punyai pengetahuan agama seperti para alim ulama. Sewaktu kecil dahulu pernah juga aku berdoa agar Allah memberi aku terus pengetahuan-pengetahuan agama ke dalam kepala aku tanpa perlu perlu menuntut dengan guru dan tanpa perlu baca buku. Ah.. mustahil Allah akan membuat begitu. Itu hanya doa seorang yang pemalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience