BAB 5

Other Completed 2336

Pakcik aku sedang nazak. Orang sekeling sibuk membaca Yassin. Aku juga turut buat-buat membaca Yassin, sama macam aku buat ketika aku sekolah dahulu. Dalam hati ini aku berasa bersalah pula. Kerana aku tak betul-betul menyedekahkan Yassin buat Pak cik aku.

Tiba-tiba terlintas wajah ibu aku. Dia lah satu-satunya orang yang paling aku sayang. Tidak ada orang yang dapat menggantinya. Jikalau lah ketika ini dia berada di tempat pakcik ku berada. Apakah menyesalnya diri aku kerana tidak dapat membaca Yassin untuk ibu aku sendiri. Adakah aku akan menjadi seorang anak yang tak berguna?

Aku menitiskan air mata. Dalam hati aku menangis. Aku bodoh, Ya Allah. Tiada yang sehina dan sebodoh aku. Selama aku hidup apa yang telah aku lakukan? Ya Allah, mengapa aku tidak mampu membaca ayat-ayat Mu? Mengapa? Mengapa? Apakah aku layak untuk digelar sebagai hamba Mu? Adakah aku sememangnya hidup untuk meramaikan umat di neraka?? Ya Allah, bantu la aku. Aku ingin berubah. Aku ingin menyedekahkan surah Yassin buat ibuku.

Teresak-esak aku menangis. Aku sendiri tidak dapat mengawal perasaan aku. Aku benci diri aku. Seseorang mengurut belakang aku. Mereka ingat aku menangisi apa yang menimpa pada pakcik aku. Tapi mereka tidak tahu aku menangisi kejahilan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience