BAB 3

Other Completed 2336

Hari ini aku melayari laman sosial yang cukup terkenal oleh anak muda remaja masa kini. Rasanya bukan setakat remaja, orang dewasa juga gemar melayari laman ini. Tujuannya? Bergosip, berurusan niaga, berhuha. Kehidupan sosial kini hanya dihabiskan dihadapan meja dan komputer. Kadang-kadang aku fikir ianya bagus kerana tidak ada lagi anak perempuan mencuri keluar untuk berjumpa dengan teman lelaki. Dan kadang-kadang aku rasa sebaliknya.

Didalam laman tersebut terdapat gambar-gambar rakan dan orang yang aku kenali tidak bertudung. Sangat cantik dan comel. Fikir aku dalam hati. Tangan aku tidak teragak untuk menekan butang like. Tapi segera aku membatalkan balik semula like aku sebabnya aku pernah terdengar pesan jika kita tekan butang like pada gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat kita juga akan berkongsi dosa dengannya.

Adakah ia benar? Kalau lah benar. Gila! Dosa aku pun tak tertanggung sekarang ni, takkanlah aku mahu tambah dosa lagi. Share lah aku dosa dengan wanita yang tak pula aku kenal siapa.

Hmm, aku fikir semenjak aku bertaubat ni, aku mungkin dapat mengenal sedikit mana yang mungkar dan mana yang elok. Aku bangga dengan diri aku ni. Okey, ustazah pernah pesan, kalau terlalu membangga diri boleh menjadi riak. Aku geleng-geleng kepala laju-laju. Tarik nafas dan hembuskan. Jangan…Jangan…kau kan dah taubat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience