BAB 1

Other Completed 2336

Nama ku Adib Akram. Aku pernah juga belek-belek maksud nama aku di internet. Kau orang tahu kah Adib itu bermaksud sopan dan Akram itu bermaksud yang mulia? Bersopan lagi mulia? Apakah maksudnya itu. Aku tidaklah sesopan dan semulia nama ku. Sifat aku kasar dan paling penting diriku penuh kejahilan dan kekotoran. Mana mungkin boleh dipanggil mulia.

Maafkan aku ibu, dulu ibu pernah berkata, biarlah nama itu menjadi cerminan pada sifat diri. Aku faham maksud ibu aku itu. Dia mahukan kita bersifat bersesuaian dengan nama yang kita bawa ini. Tapi aku pula sebaliknya. Nama itu seakan tidak sesuai dengan diri ku ini. Aku rasa bersalah pula.

Walaupun aku malu untuk berbicara, tapi sebenarnya aku sangat jahil dalam agama ku. Dahulu semasa peperiksaan di sekolah jua aku gagal mendapatkan keputusan yang baik. Bayangkan, sewaktu solat berjemaah bersama rakan lain di sekolah, aku hanya tiru pergerakan mereka. Bacaan-bacaan tidaklah langsung aku ketahui. Begitu juga bacaan Yassin. Mulut ku terkumat-kamit, tetapi itu hanyalah mimikan. Tiada satu ayat pun ku sebut. Lihatlah betapa jahilnya aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience