BAB 7

Other Completed 2336

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal.” - Surah Ali-‘Imran ayat 135-136.

Potongan ayat itu sentiasa menjadi pegangan aku. Sekiranya aku ingin melakukan sesuatu yang aku rasakan Allah akan murkai, segera aku beristifar dan mengingati bait-bait ayat tersebut. Aku tahu aku bukanlah lelaki yang sempurna imannya. Oleh itu aku sentiasa berhati-hati. Setiap masa hatiku berzikir kepada Allah agar dijauhkan perkara yang dimurkaiNya. In Syaa Allah.

Dalam hati aku berkata. Ya mungkin ilmu para ustaz, ulama dan bijak pandai agama itu adalah umpama gunung dan diriku umpama busut. Namun aku tahu sekurangnya aku sudah menjadi busut yang mana pada pandangan semut-semut kecil, busut itu seluasnya gunung. Aku senyum. Aku bukan lagi semut kecil itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience