umm..what do you think about my story? let me know it :)
***
RAMBUT coklatnya dikuak ke belakang. Gril pintu belakang Clematis Bar ditarik Amore sebelum dia menguncinya. Macam biasa, jika bukan Vee ataupun Nicky, pasti dia yang akan mengunci pintu belakang bar. Pintu masuk hadapan akan dikunci oleh Smith sendiri. Setelah memastikan gril dan pintu betul betul ketat setelah dikunci, Amore menyimpan gugusan kunci itu ke dalam sling bagnya.
Kadang Amore juga takut jika dia terhilangkan kunci itu. Tapi nak buat macam mana, dah dia yang diamanahkan untuk menjaganya. Nafas dihela Amore perlahan. Jam hampir menginjak pukul 5 pagi. Hari masih lagi gelap. Amore menguap seketika. Mengantuk. Balik ni memang katil tempat pertama ditujunya!
Amore membutangkan baju kemeja putihnya. Semasa dia bekerja, dia perlu tampil seksi kerana itulah etika berpakaian di Clematis Bar. Sekarang ini sudah habis waktu kerja, jadi dia tidak mahu bahagian dadanya terlihat oleh mana mana orang. Baik lelaki mahupun perempuan. Semua tidak boleh pakai.
Amore berjalan perlahan menyelusuri lorong gelap itu. Sunyi. Langsung tiada sesiapa. Angin sejuk mulai terasa melayari kulit Amore. Kaki melangkah dengan perlahan. Amore berhenti seketika. Dia menyauk rambutnya lalu mengikatnya menggunakan getah hitam yang sedia berada di pergelangan tangannya.
Langkah yang terhenti disambung semula. Sampai di penghujung lorong, dahi dan kening Amore berkerut. Ada empat orang lelaki berkulit hitam bertubuh sado dan sasa sedang berkumpul sambil tangan mereka memegang botol arak.
Argh, sudah! Amore sudah tidak senang melihat mereka. Tambah pula, mata salah seorang dari mereka terpandang dirinya. Entah apa yang dikatakan lelaki itu dalam bahasa Jerman, membuatkan tiga lagi rakannya turut sama melihat Amore.
Pandangan mereka dalam. Amore tahu itu! Perlahan-lahan kaki Amore berundur ke belakang. Dan keempat empat orang lelaki berkulit hitam itu laju melangkah mendekatinya. Wajah mereka kelihatan tersenyum senyum sambil bercakap dalam bahasa Jerman. Amore langsung tidak paham!
Ktak!
Amore berhenti mengundur tatkala dia merasakan tubuhnya terlanggar sesuatu. Amore lantas mengalihkan tubuh ke belakang, melihat apakah yang dilanggarnya.
Gulp!
Amore telan air liur tatkala melihat seorang lelaki tinggi lampai dengan mata biru kristal berdiri betul-betul di belakangnya. Amore pusing semula ke hadapan. Keempat empat lelaki berkulit hitam itu menunjukkan pandangan tidak puas hati kepada sang jejaka di belakang Amore.
"You should not to disturb her, man.." Beku dan mendatar nada suaranya kedengaran.
Salah seorang dari empat lelaki itu berkata sesuatu kepada sang jejaka di belakang Amore. Amore tidak paham, tetapi jelas menunjukkan lelaki berkulit hitam itu seperti marah. Manakala nada suara sang jejaka bermata biru kristal masih mendatar dan agak 'tenang'.
Mereka berempat menghadiahkan jelingan tajam kepada sang jejaka dan Amore. Sebelum mereka beredar dari situ, tong sampah besi yang terdapat di situ sempat disepak salah seorang dari mereka. Amore kecut perut. Dia menikus sedari tadi.
"You should not walked alone at this street, lady." Ujar lelaki bermata biru kristal itu setelah beberapa saat keadaan sunyi.
Amore mengemam bibirnya. Dia kelihatan sedikit menggeletar. Amore mendengar lelaki itu menghela nafas kasar. Mungkin mengeluh.
"You can go home, young lady..By the way, he will send you home." Amore lantas angkat kepala, dia menunduk sedari tadi kerana dia merasakan aura lelaki bermata biru kristal itu sangat menyeramkan. Amore memusingkan tubuhnya ke kanan.
Terlihat jelas di mata hazelnya, Ralph dengan santai sedang duduk di atas sebuah superbike dan sedang menghisap rokok. Wajah Ralph sangat sangat dingin. Amore jadi takut melihatnya. Hampir sebulan tidak berjumpa dan melihat mata biru laut itu, buat Amore jadi rindu. Tapi riak wajah Ralph menunjukkan dia langsung tidak teruja melihat Amore.
"Er..is ok—" Amore pusing semula tubuhnya, lelaki bermata biru kristal yang memakai pelitup mulut tadi sudah lesap. Laju macam asap.
Ralph melemparkan puntung rokok ke atas tanah lalu memijaknya menggunakan kasut kombat hitam yang dipakai. Rambut perang gelapnya dikuak ke belakang sebelum wajahnya diraupkan. Manakala Amore masih lagi statik berdiri di situ. Kecewa melihat riak wajah dan tingkah Ralph.
Mata biru laut itu menikam tajam wajah jelita Amore. Langsung tiada senyuman di wajahnya seperti sebelum sebelum ini. Jari jemarinya diangkat, mengamit Amore ke arahnya.
"Come here, Amore!" Amore tersentak mendengar nada beku milik Ralph. Matanya tiba tiba terasa menghangat.
"What are you waiting for, Amore? Come, I send you home."
Amore menghela nafas sambil menahan air mata yang ingin mengalir sedari tadi. Amore mara ke arah Ralph. Tapi bukan dia mendekati Ralph, Amore terus sahaja berjalan melepasi Ralph. Tindakan Amore itu buatkan Ralph terkedu. Hatinya tiba-tiba membuak marah melihat tindakan Amore.
Beberapa langkah Amore berjalan, tangan kanannya direntap.
"Arghhh!" Amore terjerit kecil. Mata hazelnya bertembung dengan mata biru laut itu. Riak wajah Ralph masih lagi kekal dingin dan beku. Tapi di balik mata itu, Amore lihat terselit api kemarahan.
"I said, come and I send you home, Amore Helena!" Nada suara Ralph naik seoktaf. Amore tersentak dan terkejut. Air mata yang ditahan sejak tadi terus jatuh mengalir membasahi pipinya.
"Let me go, Ralph! I can go home alone! I don't need you to send me home!!" Amore rentap balik tangannya lalu memusingkan tubuh dan berjalan laju. Hatinya benar-benar kecewa dengan Ralph. Dia ingat Ralph juga ada perasaan dengannya, tetapi hampeh! Langsung tiada. Bahkan riak wajah Ralph jelas jelas menunjukkan Ralph dingin dan beku dengannya.
Ralph pegun. Bibirnya perlahan lahan mengukir senyuman sinis. Iphone dikeluarkan daripada kocek seluarnya sebelum nombor seseorang didail. Mata biru lautnya tidak terlepas mengikut langkah Amore yang sedang menyeberangi jalan.
Ralph berpusing dan melangkah ke arah superbike miliknya. Full face helmet dicapai dan dipakai. Dia naik ke atas motor dan menghidupkan enjin motorsikal.
VROM!
VROM!
VROM!
Ralph sengaja memulaskan handle motorsikal supaya bunyinya mengaum. Tindakannya itu berjaya membuatkan Amore mengalihkan pandangan ke arahnya. Namun, Amore cepat-cepat menjeling Ralph sebelum mengalihkan pandangan.
Senyuman sinis terukir di bibir merah Ralph.
"5, 4, 3, 2,.........." Kiraan dimulakan Ralph.
Mata biru lautnya tertumpu hanya pada Amore.
"one."
Kelihatan sebuah kereta jenis 4WD berwarna hitam berhenti betul-betul tatkala Amore mula masuk ke lorong di seberang jalan. Turun dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam, yang masing masing memakai kain menutupi wajah mereka. Mata salah seorang mereka melihat CCTV yang terpasang pada sebuah rumah kedai disitu.
Matanya kemudian memandang Ralph yang wajahnya ditutup penuh oleh helmet full face itu. Ralph menjatuhkan kepalanya. Dan dua lelaki itu terus sahaja berjalan mendekati Amore sebelum sebuah picagari dicucuk ke tengkuk Amore. Amore pengsan disitu.
Mereka berdua lantas mengendong Amore ke dalam kereta 4WD itu. Beberapa minit selepas itu, kereta itu berdesup meninggalkan kawasan itu.
Ralph senyum sinis.
Well, my amore....
***
BUNYI burung-burung berkecipan jelas kedengaran. Angin lembut meniup perlahan, menyegarkan suasana pagi. Amore buka mata. Pandangan kabur kelihatan di matanya. Beberapa saat kemudian, Amore mengerdip-gerdipkan matanya beberapa kali. Kali ini, baru jelas penglihatannya.
Amore bangun dan statik terus duduk apabila menyedari dia bukan berada di bilik yang disewanya. Jika bilik yang disewanya kecil sahaja, tetapi bilik ini bukan kaleng-kaleng. Sangat besar dan mewah. Dengan rekaan kebaratan Jerman, perabot juga sangat mewah.
Amore memandang pula pakaian di tubuhnya. Entah siapa yang menukarkan baju kerjanya semalam. Kini, di tubuhnya tersarung sebuah dress separas betis berwarna putih yang longgar dan off-shoulder. Amore mengurut ngurut tengkuk dan bahunya. Sangat lenguh.
Klak!
Amore pandang terus ke arah pintu putih yang terbuka. Kemudian, masuk seorang lelaki yang sangat dia kenali! Ralph!
Argh, pasti si Ralph yang menculiknya semalam!
Ya dia sudah ingat! Ada seorang lelaki yang tiba tiba datang kearahnya dari belakang sebelum mencucukkan sesuatu di tengkuknya.
Wajah Amore masam. Bukan apa, dia menyampah lihat Ralph yang sedang rilex berjalan ke arahnya.
Jejaka itu santai mengenakan sweatpants berwarna putih dan tidak berbaju. Jelas ada banyak parut dan ukiran ukiran tatu yang menakutkan di tubuh Ralph. Amore mengetap bibir.
Ralph hanya memaparkan riak wajah kosong dengan senyuman sinisnya. Dia santai berjalan ke arah katil miliknya yang diduduki Amore. Suka melihat 'amorenya' pada waktu pagi. Rindu akan wajah itu, maklumlah hampir sebulan dia tidak bersua muka dengan Amore.
"Awak culik saya kan?" Tanya Amore sambil wajahnya dibuat buat garang. Hakikatnya, dia takut.
Ralph ketawa sinis. Dia melabuhkan duduk di sisi Amore. Amore menginjak sedikit menjauhi Ralph. Ralph makin merapat.
Tangan Ralph melingkari tubuh langsing Amore. Itu membuatkan Amore tidak dapat menginjak lagi.
"Hey, my amore....you looked so beautiful when you sleeping...I like it." Ujar Ralph, keningnya diangkat berulang kali sebelum dia menarik Amore ke dalam pelukannya. Amore sedaya upaya menolak tubuh Ralph daripada memeluknya.
Ralph bengang dengan tolakan Amore, terus sahaja memeluk erat tubuh Amore. Disembamkan wajah Amore di dadanya. Amore mengetap bibir. Geram dengan tingkah Ralph! Huh!
"Lepaskan saya!" Jerit Amore.
Ralph hanya menggulingkan biji matanya. Dipekakkan telinganya. Yang dia tahu sekarang, dia mahu peluk Amore.
Amore diam seketika sebelum dia mencubit pinggang Ralph. Ralph terus melepaskan pelukan dan kebelakang akibat tindakan tak terjangka Amore. Mencerlung mata biru lautnya menikam wajah Amore.
Amore turunkan kaki ke lantai dan ingin bangun, tetapi Ralph lebih cekap merentap lengan Amore dan menarik Amore ke dalam pelukakkannya semula. Mereka bergelut beberapa minit sebelum Amore mengalah.
Fine!
Dibiarkan Ralph memeluknya. Rambut Amore sudah serabut. Ralph pula masih mengekalkan senyuman sinisnya. Bibirnya hinggap ke wajah Amore. Mengucup pacaindera indah milik si Amore Helena.
"Awak nak apa sebenarnya, Ralph?" Soal Amore, jengkel. Matanya mencerlung memandang wajah kacak Ralph.
Ralph berhenti daripada mengucup wajah Amore. Dileraikan pelukannya lalu dia memegang kedua dua pipi Amore. Senyuman nipisnya terukir. Tapi bagi Amore, senyuman itu tidak dapat memujuk hatinya.
"Of course...I want you."Balas Ralph kemudian melepaskan wajah Amore.
Ralph kemudiannya berjalan ke arah warbrobe yang menempatkan pakaiannya. Dibuka pintu wardbrobe dan sehelai baju Tshirt lengan pendek hitam dikeluarkan.
"Kalau kau nak mandi, ada tuala dalam almari. Dan baju...pakai jela baju aku...okay, if you need anything just call me.." Ralph memusingkan tubuhnya lantas keluar dari bilik itu. Meninggalkan Amore yang masih terpinga-pinga.
Tetapi, mata Amore sempat menangkap ukiran tatu di belakang tubuh Ralph. Seekor serigala hitam yang menggigit sekuntum bunga ros berwarna putih. Di hujung telinga serigala sebelah kanan itu terukir huruf 'F' yang sangat cantik. Tatu itu seperti yang diukir di lengan kanan Ralph.
Beberapa minit kemudian, Amore mengeluh.
Kehilangannya pasti disedari oleh Smith dan rakan rakan sekerjanya. Haihh, apalah nasib...
hey guys! enjoy reading! ;)
Share this novel