BAB 6

Action Series 2746

“Kini aku mula menyedari..
Sakit hati bila cinta tak dihargai..”

***

SUASANA pagi yang hening. Langit tidak berapa cerah, matahari punya malu-malu untuk menonjolkan dirinya kerana dikelilingi awan. Di langit, awan hitam mula berarak perlahan kerana ditiup angin. Dapat dirasakan deru angin yang bertiup sejuk menerpa kulit mulus milik Amore Helena.

Pagi tadi seawal subuh pada pukul 6, Amore terjaga kerana mendengar suara merdu seorang lelaki yang melaungkan sesuatu dalam bahasa Arab.

Buat pertama kali dalam hidup, Amore mendengar laungan itu. Dan laungan yang sangat merdu itu berjaya membuatkan air mata Amore jatuh setitis membasahi pipi mulusnya.

Amore tidak tahu itu laungan apa, tapi yang pasti Ralph sudah tidak ada di sebelahnya apabila Amore buka sahaja mata. Tapi, Amore dapat rasa kelibat Ralph yang memakai pakaian seperti mahu ke pejabat.

Mungkin ada kerja agaknya, fikir Amore.

Tapi Amore fikir jugak, kerja apanya subuh subuh begitu? Jadi, Amore akhirnya buat keputusan untuk keluar dari bilik yang dihuninya bersama Ralph sejak hampir sebulan itu.

Dasyat sungguh Ralph. Selama dia tidur sekatil di sebelah Ralph, belum pernah Ralph mengusik atau menyentuh dirinya. Bagaimana agaknya Ralph menahan nafsu lelakinya, sedangkan Amore yang maha cantik itu tidur di sebelahnya.

Jika lelaki lain, Amore pasti dia sudah dingap terlebih dahulu.

Apabila keluar sahaja dari bilik setelah laungan oleh suara merdu itu habis, Amore terkedu apabila melihat beberapa orang penghuni rumah agam Rosa Nera itu sedang berdiri dalam barisan melintang menghadap dinding.

Mereka semua sedang khusyuk berdiri sambil menyilangkan tangan. Mulut mereka terkumat kamit membacakan sesuatu. Manakala di hadapan mereka ada Riel Andrews Fernandez, iaitu abang Ralph.

Amore memerhatikan mereka semua mengikuti pergerakan Riel dengan begitu tekun. Suasana di tingkat dua itu sunyi dan kelihatan malap. Riel Amore lihat dia menghadap satu tingkap besar yang dibuka luas.

Amore tidak tahu mereka bersujud kepada siapa, tetapi melihatkan mereka Amore jadi tenang. Sayu mula bertandang di hatinya.

Lama Amore merenung dan memerhatikan gerakan mereka. Tapi, baru Amore tahu itu dinamakan solat subuh apabila Amore bertanyakan kepada Haikal setelah mereka selesai solat dan berdoa.

Amore sempat lihat wajah Riel yang kelihatan bercahaya itu. Adakah semua itu disebabkan solat? Tapi mereka bersujud dan berdoa kepada siapa sebenarnya?

Amore terus menerus memikirkan itu.

Mereka tentunya beragama Islam. Beritahu Haikal lagi, Alex dan Ralph bukan beragama Islam. Jadinya, mereka berdua akan duduk di ruang tamu tingkat 1, menunggu mereka sementara mereka selesai solat.

Amore lihat Namia dan Mel yang Amore baru kenal kira-kira seminggu yang lalu juga solat di belakang mereka.

Jujur Amore rasakan pada ketika itu, dia juga teringin mahu mengenakan telekung dan solat seperti mereka. Tapi, Amore bukanlah beragama Islam. Dia menganuti agama Kristian—  sejak lahir.

Namia rupa-rupanya adalah isteri kepada Riel. Patutlah Amore nampak Namia menyalam dan mencium tangan Riel, manakala Riel mengucup dahi Namia.

Sweet dan sepadan. Alangkah indahnya jika suatu hari dia dan Riel begitu.

Aish, Amore. Itu hanya angan-angan sahaja.

Berbalik kepada tadi, Amore sekarang sedang berada di kawasan taman mini rumah agam. Amore yang memakai satu abaya labuh berwarna hitam yang dipinjamkan Mel, sedang duduk termenung di atas kerusi batu putih bersebelahan kolam renang.

Titis-titis hujan mula jatuh ke dalam kolam renang. Air mula terpercik sedikit, namun Amore mengalihkan tempat duduknya. Jangan risau, di tempat Amore duduk ada bumbung lut sinar. Hanya kolam renang itu sahaja yang tiada bumbung.

Kerana laungan yang Amore tahu dari Namia itu adalah azan— Amore rasa bersemangat hari ini. Terima kasih buat Riel yang berjaya melaungkan azan yang membuatkan hatinya tersentuh sehingga menitiskan air mata.

Amore pandang ke langit. Langit yang gelap. Matanya merenung hujan yang turun.

"O Allah, if you are really one and only God, and if you exist, I hope you can give me a peacefull heart...If you the most powerful and the most merciful, please show me the true path..."

Perlahan dan lirih nada Amore mengucapkan ayat-ayat itu. Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Itu yang diberitahu Namia dan Haikal kepadanya.

Amore pandang lagi titisan hujan yang semakin lebat itu. Amore harap sangat dalam hatinya yang Allah itu memang wujud dan yang selama ini dia cari-cari.

20 tahun dia hidup dalam dunia ini, pertama kali ada orang mengenalkan dan memceritakan kepadanya tentang Islam. Dahulu semasa dia tinggal di Jurusalem, atau lebih tepatnya tebing barat Gaza yang dirampas secara haram oleh Israel dan Zionis, mereka menceritakan keburukan Islam.

Islam yang teroris. Itulah yang disematkan di kepala kanak-kanak yang lahir di sana. Padahal Amore sedar ketika itu, yang pengganas adalah Israel dan Yahudi sendiri.

Dan kerana itulah ketika disuruh memilih untuk menganuti agama Yahudi atau Kristian— Amore memilih Kristian.

Baju-baju yang dibelikan Ralph, Amore tolak ke tepi. Dia mahu pakai baju yang menutup sementelahlah melihat Namia menutup keseluruhan tubuhnya. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, langsung tidak terlihat oleh lelaki bukan suami— atau Namia dan Haikal panggil, lelaki ajnabi.

Maknanya, Ralph itu adalah lelaki ajnabi untuknya. Itulah yang difikirkan Amore juga sebenarnya.

"Amore..."

Amore angkat wajahnya apabila mendengar suara Namia yang memanggilnya. Dikalihkan tubuh dan kepala ke arah Namia yang sedang tersenyum memandangnya.

Di sebelah Namia ada Riel, suaminya. Amore lihat wajah Riel amat beku dan dingin. Takut pulak Amore tetiba.

"Awak bagitahu dia cepat." Namia cuit lengan Riel yang baju kemejanya disingsing sehingga ke siku.

Riel tunduk pandang Namia yang separas bahunya.

"Aku jugak.." Balas Riel buatkan Namia mencebikkan muka.

Amore sudah hairan melihat pasangan suami isteri tu. Apehal pulak dengan diorang dua ni?

Riel hela nafas lalu kepalanya diangkat semula. Wajah kacaknya kekal beku dan dingin. Mata biru kristalnya pula melihat tempat lain.

Tidak mahu melihat mana mana wanita selain Namia, isteri kesayangannya.

"Lagi 10 minit, Namia suruh masuk perpustakaan mini dekat tingkat 3. Ada hal nak cakap dan nak bagitahu kau."

Fuh, fluent betul si Riel ni speaking Dutch. Pekat nak mampus. Sesaat, Amore kagum.

Orang-orang dalam rumah ni memang pandai cakap macan macam bahasa. Tak payah cerita siapa, contoh terdekat Riel dan Ralph.

Amore angguk kepalanya.

Seketika kemudian, bayang Namia dan Riel sudah tidak kelihatan di situ. Hujan pula perlahan lahan mengucapkan bye bye kepada Amore.

Hujan yang lebat tadi sudah semakin reda.

Amore berkira-kira lalu bingkas bangun dari duduknya. Dia tiada jam dan tidak memakai jam di tangan, jadi dia tidak tahu jam sudah pukul berapa.

Jadi nak mudah, Amore akhirnya melangkah perlahan ke arah tangga lalu memijaknya.

Sehinggalah Amore sampai di tingkat tiga, Amore melangkah perlahan ke arah pintu berwarna hitam. Di hadapan pintu itu terdapat ukiran 'MINI LIBRARY'.

Jangan silap masuk pintu. Pintu bilik putih itu adalah bilik tidur Namia dan suaminya.

Dengan rasa ingin tahu yang mendalam atas sebab mengapa Namia menyuruhnya ke sinis, Amore menarik nafas lepas dan tangannya perlahan lahan membuka pintu itu.

***

KREKKK!

Semua mata memandang gerangan yang membuka pintu itu. Terkelu sebentar Amore ketika wajahnya dijengulkan di balik pintu kayu hitam itu. Sudahlah mereka semua memandangnya dengan riak wajah kosong.

Kecuali Namia dan Mel, dan juga Alex si lelaki Thailand.

"Come, Amore!" Ujar Mel lalu mengamit Amore kepadanya. Satu kerusi kosong sudah disediakan di sebelah kiri Namia. Manakala di sebelah kanan Namia, ada Riel yang sedang khusyuk membaca sebuah buku yang kelihatan seperti buku log.

Amore dalam keadaan teragak-agak perlahan lahan mampir ke arah Namia. Dilabuhkan punggung di kerusi sebelah kiri Namia. Amore angkat wajah, dia baru perasaan yang ada susuk tubuh Ralph sedang duduk berhadapan dengannya. Di sebelah Ralph ada Tengku Adam.

Manakala Ayden, Firash dan Haikal Amore tak nampak wajah. Mungkin mereka ada kerja yang hendak dilakukan.

Amore lihat wajah Ralph yang agak muram, tanda kurang sihat.

Eh? Bukankah pagi tadi Ralph elok lagi ke? Ni dah kenapa macam orang broken teruk-teruk ni. Kedua belah pasang mata biru laut milik Ralph, Amore lihat sangat merah— tanda seperti baru lepas menangis.

Di bawah rahang sebelah kanan pula ada kesan lebam kebiruan. Ada juga parut calar balar di bahagian pipi kiri Ralph. Kesan calar itu seperti  kesan torehan.

Dan yang paling Amore terkejut sekali adalah apabila ada banyak kesan 'hickey' di leher Ralph. Butang baju kemeja hitam milik Ralph yang di buka di bahagian atas turut menampakkan dadanya yang...

You know...

A lot of hickey appear..

Retak terus hati Amore apabila memandang semua itu.

Terasa sakit hati yang teramat sangat. Amore sudah agak, Ralph memang tidak pernah memiliki apa apa perasaan istimewa pon terhadapnya. Syukur juga yang Ralph tidak pernah sesekali pon menyentuhnya.

Nampaknya, Amore perlu menjauhkan diri daripada Ralph.

Ralph yang Amore sangkakan lelaki yang hebat kerana dapat 'mengawal' nafsu, ternyata lelaki yang sama seperti kebanyakan lelaki barat yang lain.

Padanlah semasa Amore masuk tadi keadaan di perpustakaan mini ini agak tegang. Ternyata, semuanya kerana Ralph.

Ralph Alpha Fernandez, lelaki yang dipuja dan dicintai Amore dalam diam.

Tetapi, Ralph langsung tidak punya perasaan terhadap Amore. Cinta pertama Amore nampaknya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Amore senyum hambar apabila teringatkan itu.

Tiba-tiba bahunya diusap Namia. Amore kalih pandang wajah polos Namia. Namia ni baik sangat...dah macam kakak kepada Amore...Walaupun Amore baru kenal dia. Sama juga macam Mel yang dia anggap kakak.

"Amore, I want to ask you something. But, you need to answer it honestly, okay?" Amore pandang Namia terpinga-pinga, namun Amore mengangguk.

Anggukkan itu buatkan Namia tersenyum nipis.

Amore tahu yang Namia sedari tadi melihatnya merenung Ralph. Dan Amore juga perasaan yang Ralph ada merenungnya. Cuma, Amore hanya buat tak tahu dan mengabaikan renungan tajam dari sepasang mata biru laut itu.

"Amore betul-betul teringin nak mendalami Islam kan?" Soal Namia dalam bahasa Inggeris buatkan Amore terjeda seketika.

Suasana sepi seketika.

Yang kedengaran adalah bunyi pen yang diketuk di meja oleh Alex. Ketukan itu umpama mengira detik. Dan jugak saat yang berjalan.

"Ya." Balas Amore, wajahnya tersenyum manis memandang Namia. Namia juga memberikan senyuman manis kepada Amore.

"Kalau Amore betul betul nak convert, memang hati betul-betul nak mendalami Islam, jangan risau Namia dengan yang lain akan sentiasa ada dan tolong Amore okay?"

Terus bersinar-sinar mata Amore tatkala mendengar kata-kata Namia.

"Tapi, mulai dari sekarang dan saat ini Amore tak boleh lagi tidur sebilik dengan Ralph. Kalau dalam Islam— itu adalah haram kerana seorang perempuan bersedudukan dengan lelaki yang bukan suaminya. Jika orang tidak tahu, maka akan jatuh fitnah."

Amore macam terkelu.

"Haram tu kira berdosa ke?" Terpacul soalan spontan dari mulut Amore.

Namia Amore lihat dia senyum apabila mendengar soalan itu.

"Ya, dan dikira dosa besar."

Amore angguk paham. Dia rasa seronok dan semangat pula nak belajar benda baru.

"Islam tu indah tau, Amore. Memang sebelum-sebelum ni Amore dah biasa berpeluk, berpegang tangan, teguk arak, pakai baju tak bertutup, rambut terdedah. Tapi bila nanti Amore dah convert, Amore dah tak boleh buat semua tu. Amore kena jaga betul-betul semua tu. Tak boleh biarkan mana mana lelaki sentuh Amore sesuka hati selagi dia belum bergelar suami kepada Amore...." Panjang lebar Namia menjelaskan kepada Amore.

Don't worry, masa banyak lagi.

Amore angguk paham.

"Jadi lepas ni Amore boleh pakai tudung macam Namia?"

Namia berpandangan dengan Riel. Kemudian, Namia pandang Amore semula. Sebuah senyuman yang sangat manis dan hanya pernah dilihat Riel muncul di bibir Namia.

"Mestilah boleh. Nanti Namia akan ajar Amore cara cara nak pakai tudung dengan betul. Nanti kita pergi shopping baju sekali, tau?" Namia kenyit mata kepada Amore buatkan Amore ketawa kecil.

Terserlah kecantikan Amore pada hari itu apabila dia mengenakan abaya hitam labuh sehingga ke buku lali. Dengan rambut yang coklatnya yang panjang separas pinggang, menjadikan Amore kelihatan cantik sekali.

Bagaimana agaknya rupa Amore kalau dia bertudung dan menutup seluruh tubuhnya? Pasti lagi cantik bukan?

Amore perlahan lahan hilang ketawa di wajahnya apabila matanya bertembung dengan sepasang biru laut itu.

Senyuman hambar dihadiakan kepada Ralph.

‘Maaf Ralph, saya nak kejar cinta Tuhan dahulu. Saya tahu saya tak layak untuk awak berbanding perempuan dekat luar sana. Saya harap bakal isteri awak nanti akan jaga awak baik-baik. Dan juga awak akan mencintai dia sepenuh hati. Jangan jadi macam saya, cinta bertepuk sebelah tangan.’

Detik hati Amore seketika.

hey guys ✨ i am sorry for late update, hope you guys enjoy reading ✨

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience