well, semua perkara ada permulaan, dan pengakhirannya, bukan? Enjoy reading, guys..
***
MACAM biasa, jika dia tiada di rumah dimana lagi dirinya. Secara terangnya, dia bukanlah typical gadis gadis seusia sama dengannya yang suka berjoli menghabiskan duit dan shopping. Dia sukakan perkara yang sunyi dan tenang. Contoh, macam sekarang nilah.
Sunyi.
Sepi.
Amore memejamkan matanya sambil menyandarkan tubuh ke kerusi. Beberapa minit kemudian, mata hazelnya terbuka semula. Nafas ditarik dan dilepas perlahan. Jiwanya terasa sesak. Dia kesini untuk mencari ketenangan sebenarnya. Tapi makin lama, dia rasa makin sesak. Fikirannya bercelaru.
Ingatan kembali mengingatkan mendiang ibu dan bapanya. Amore lelah. Secara tidak disedari Amore, air mata turun membasahi pipi. Kesunyian mencengkam lubuk hatinya. Akhirnya, Amore teresak-esak menangis. Terhinjut hinjut bahunya melepaskan tangisan.
Sudah lama dia dalam keadaan sebegitu. Seiingatnya, kali terakhir dia menangis adalah ketika dia dikhabarkan tentang kematian ibu bapanya yang terkorban ketika usianya 12 tahun. Dan kini, dia tewas dan menangis semahu-mahunya. Dia penat. Penat untuk menghadap lagi dunia. Dunia yang penuh dengan tipu daya dan lakonan manusia.
Dia berasal dari keluarga yang memegang pegangan agama Kristian dan Yahudi. Ketika diberi pilihan oleh makciknya untuk memilih agama apa yang dianutinya, Amore memilih Kristian. Berdoa di gereja setiap hari Ahad, itulah yang selalu dilakukan Amore.
Amore mengangkat kepala. Matanya tertancap pada tanda salib. Benarkah agama ini? Fikir hatinya....
Oh God, if you are really exist...Please give me a peace...and make me calm...I just need it right now....
Kemudian, mata Amore tertancap pada seorang biarawati yang tangannya memegang kitab Bible yang duduk tidak jauh di hadapannya. Amore melepaskan keluhan...
Amore bangun. Dia sudah tidak boleh berada lama lama di dalam gereja itu. Makin menyesakkan akal dan fikirannya. Kaki perlahan melangkah ke arah pintu masuk. Akhirnya, Amore sudah keluar dari gereja itu. Tidak ramai yang pergi ke gereja pada hari itu. Yalah, bukan hari Ahad...
Amore melangkah perlahan melalui jalan besar untuk pulang semula ke bilik yang disewanya di kawasan berdekatan tempat tinggal pelacur pelacur itu. Tidaklah berapa jauh sangat jaraknya, adalah dalam 1 kilometer. Huh, jauh tu Amore oi...
Dia tidak memiliki sebarang kenderaan. Di kota Berlin ini, nampak sahaja mewah dan penduduknya memilik kekayaan, tetapi jangan disangka tiada sisi gelapnya. Bukannya Amore tidak mampu untuk membeli sebiji kereta, tetapi bila difikir-fikirkan balik, lebih baik dia menyimpan sahaja duit gajinya. Mana tahu sesuatu berlaku di kemudian hari. Kawasan tempat tinggalnya berdekatan kawasan kelab malam dan pub serta bar yang terkenal dan dikunjungi ramai.
"Nobody wanna see us together...but it doesn't matter..I got you, baby..." Perlahan suaranya menyanyikan rangkap lagu Akon itu.
Hari yang agak panas bagi musim bunga. Bulan March bermula musim bunga. Sekarang sudah pertengahan April. Pastinya musim panas bakal bermula pada pertengahan Jun nanti. Amore meliarkan matanya melihat pemandangan sepanjang jalan raya yang dilaluinya itu. Sangat cantik akan bunga bunga yang kembang terdapat di sepanjang jalan raya.
Setelah hampir 1 jam berjalan kaki, akhirnya Amore sampai di kawasan tempat tinggalnya. Kunci dikeluarkan daripada beg silang berwarna hitamnya. Dimasukkan kunci ke dalam tempatnya lalu pintu dibuka. Pintu ditutup dan dikunci kembali.
"I am home!" Ucap Amore, perlahan meskipun dia tahu hanya dia yang tinggal di bilik itu.
Evening dress yang dipakainya tadi dibuka dan dilemparkan ke dalam bakul berisi pakaian kosong. Tuala dicapai lalu dia masuk ke dalam bilik air. Mahu membersihkan diri. Beberapa belas minit kemudian, Amore keluar dan segera memakai baju. Tank top putih yang menampak perut dan seluar jeans biru separas paha dikenakan. Sikat diambil lalu disikat rambut coklatnya yang panjang separas pinggang.
Iphone di atas meja solek di ambik dan dibelek. Jari jemarinya yang kukunya sudah digilap cantik menekan nekan papan kekunci Iphone.
-Hey Vee.
-I take an emergency leave tonight.
-So, take care & focus at your work ??
Smith sudah Amore beritahu akan ketidak hadiranku ke Clematis bar malam ini. Nasib baik orang tua itu bersetuju memberikan Amore cuti. Itupun gaji ditolak beberapa Euro. Argh, pedulikannya, Amore! Yang penting malam ini enjoy!
Gincu berwarna merah tua dioles ke bibir. Amore melihat lagi penampilannya di dalam cermin. Wajahnya langsung tiada sebarang make up, hanya skincare sahaja yang dioles ke wajah jelitanya.
Rambut dibiarkan lepas. Amore mengambil beg silangnya dan memeriksa isi di dalamnya. Ada beberapa keping wang Euro dan identity cardnya. Identity card yang menunjukkan dia adalah warganegara Jerman. Itupun nasib makcik dan pakciknya berjaya mendapatkan kewarganegaraan Jerman untuknya. Iphone dan sebatang gincu berwarna merah tua dimasukkan ke dalam beg silang itu. Begitu juga sebotol minyak wangi.
Sebuah cap berwarna putih berlambang NY dipakaikan di kepalanya. Amore membelek sekali lagi penampilannya di dalam cermin.
"Beautiful young lady..Muah.." Amore berikan flying kiss di hadapan cermin sebelum memakai sneakers Balenciaga berwarna putih.
Ayuh, mari kita enjoy ini malam!
***
BERKERUT kening Amore tatkala mata hazelnya terlihat akan susuk tubuh tegap seorang lelaki yang santai duduk di atas bonet sebuah kereta berwarna hitam. Kereta itu nampak seperti kereta mewah pada pandangan Amore. Kejap, sejak bila ada lelaki yang tinggal di kawasan perumahan pelacur ini? Kalau pondan adalah.
Lelaki itu mengenakan jeans skinny biru berserta tshirt putih kosong. Dikakinya terdapat sepasang sneakers yang juga berwarna putih. Lelaki itu memandang ke arah kiri, membelakanginya. Tiba-tiba mata hazel Amore bertembung dengan mata biru laut tersebut...
Ralph!
Amore kelihatan terkejut melihat Ralph. Terukir senyuman di wajah kacak Ralph tatkala melihat reaksi Amore. Ralph lantas turun dari bonet kereta dan membetulkan sedikit bajunya.
"Er..Ralph...What are you doing here?" Soal Amore, hairan.
Bibir Ralph merekah dengan senyuman manis dan menawan, khas buat si jelita, mia bella...Amore Helena...
Kedua tangannya diseluk ke dalam poket sambil melangkah santai ke arah Amore.
"Um..I am just waiting for you..."
Berkerut lagi kening Amore mendengar jawapan Ralph. Tunggu dia? Setahunya, dia tidak berjanji dengan sesiapa untuk keluar enjoy harini. Yang dia tahu, dia mahu santai dan enjoy harini sehingga pagi.
"Waiting for me?..But I...don't tell anyone that I...how did you know I lived here?" Jengkel nada Amore menyoal. Lelaki di hadapannya ini baru sahaja ditemui sekali, terus tahu apa yang dia mahu lakukan. Dasyat!
Satu senyuman manis terukir di bibir merah Ralph.
"Well...my heart said to me that my mia bella lived here...So, I come here with my Mustang...Just to take you, my mia bella..." Kepala didekatkan tatkala langkah Ralph betul-betul di hadapan Amore. Dengan jarak yang agak rapat, Ralph dapat merenung dan memerhati wajah jelita milik Amore.
She is so damn pretty...
Amore spontan meletakkan tangannya di dada Ralph. Tidak mahu lelaki tinggi di hadapannya menghapus jarak antara mereka berdua. Bukan apa, Amore rasa lelaki di hadapannya ini sangat misteri. Yalah, tahu dekat mana dia tinggal. Like a stalker, creepy...bisik hati Amore.
"What a nonsense, Ralph. By the way, your car is nice.." Amore tukar topik.
Ralph tersenyum senget. Wajahnya kekal innocent.
"So, mia bella..you looks so cute with this outfit.." Puji Ralph, separuh ikhlas tatkala matanya memerhati tubuh Amore yang mengenakan tank top putih dan jeans separas paha biru.
Terangkat kening kiri Amore mendengar pujian Ralph.
Tiba-tiba Ralph menghulurkan tangan kanannya kepada Amore. Sekali lagi, terangkat kening Amore melihat huluran tangan kekar berurat milik si jejaka kacak, Ralph.
Amore kelihatan seperti memikirkan sesuatu sebelum beberapa saat kemudian, tangan kanan Amore menyambut huluran tangan itu. Dilihat tangan kanannya digenggam tangan berurat berkulit tanned milik Ralph. Dapat dirasakan kasar kulit Ralph bersentuhan dengan tangannya.
Ralph senyum sinis beberapa saat sebelum tersenyum manis. Tangan kiri memeluk pinggang Amore. Amore hanya membiarkan sahaja. Entah kenapa, dia rasa selamat berada dalam dakapan Ralph sekarang.
"Boleh saya tahu, kenapa awak datang sini?" Tanya Amore, dalam bahasa Belanda. Jujur dia mahu tahu akan sebab Ralph boleh berada di situ dan bagaimana jejaka itu mengetahui tempat tinggalnya.
Ralph tersenyum. Kali ini, senyumannya penuh makna.
"Well, I just want to spend time with you, mia bella...And before you asking me again, I know you lived here from your boss, Mr Smith.." Jujur Ralph memberitahu Amore.
Amore hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali. Okay....
"Lucky you, my mood is okay today.." Perlahan Amore memberitahu. Dia tidak berniat mahu Ralph mendengar, tetapi telinga Ralph sangat lincah mendengar satu persatu perkataan yang keluar dari bibir mungil Amore.
"Where do you want to go, my amore...?" Tanya Ralph, sangat lembut nadanya bertanya.
Amore angkat muka dan mata hazelnya bersabung dengan mata biru laut milik Ralph.
"I just want to enjoy..Like take a break or something like release tension, you know..." Amore memandang lembut anak mata Ralph. Sejujurnya, sejak pertama kali dia bertemu Ralph di Clematis Bar, hatinya sudah terpaut akan Ralph. Bukan kerana rupa kacak yang dimiliki Ralph, tetapi kerana dia terpegun dengan anak mata biru laut milik Ralph.
Anak mata biru laut itu seperti pernah dilihatnya pada seseorang. Tetapi, Amore tidak pasti dimana. Yang Amore tahu, anak mata biru laut memang sangat cantik.
"Macam mana kalau kau, aku, um kita berdua, saling release tension harini...Aku janji kau happy harini.." Balas Ralph sambil jari jemarinya membetulkan rambut coklat Amore yang separas pinggang. Her hair...was damn beautiful...
Amore berpandangan dengan Ralph. Lama. Sebelum Amore akhirnya menjatuhkan kepala. Ralph tersenyum. Akhirnya, dapat juga dia meluangkan masa bersama gadis jelita di hadapanya.
Pintu kereta Mustang Gt berwarna matte black dibuka Ralph. Tingkahnya amat gentleman bagi mana mana gadis yang melihatnya. Tetapi tidak bagi Amore kerana, dia merasakan Ralph bagaikan misteri dan kurang ikhlas dengannya. Nampaknya, dia perlu meminta bantuan Martin yang sangat pakar dalam bidang hacker dan IT. Dia perlu mencari tahu siapa si Ralph.
Tutup sahaja pintu sebelah penumpang, Ralph tersenyum sinis.
My amore...it better for you than mia bella...
***
KERETA Mustang milik Ralph bergerak laju membelah jalan raya. Masing-masing sudah penat dengan aktiviti yang mereka lakukan bersama..Buat pertama kalinya, Amore merasakan hidupnya bagai dilimpahi kegembiraan. Mana tidaknya, jejaka pujaan hati menjadi penemannya hari ini. Pelbagai aktiviti yang mereka berdua lakukan bersama.
Walaupun hanya jalan-jalan di taman sambil makan aiskrim, itu sudah cukup mengembirakan hati kecil Amore. Ralph juga membawanya menonton wayang, jalan-jalan di shopping complex yang Amore tidak pernah masuk dan juga makan malam di sebuah restoran ekslusif di kota Berlin. Gambar dan video mereka berdua turut dirakamkan bersama. Mereka berdua saling tak tumpah seperti pasangan yang sedang dilamun cinta.
Ralph dengan sifatnya yang sangat sangat romantik, membuatkan Amore rasa dia sudah jatuh cinta buat kali kedua. Nada suara Ralph yang sangat lembut dan renungan mata biru laut Ralph tatkala merenungnya, bisa membuatkan Amore berkhayal seketika.
Ralph memberhentikan kereta di hadapan pagar kawasan perumahan pelacur yang dihuni Amore. Tali pinggang keledar dibuka. Ralph memusingkan tubuh menghadap Amore. Jelas di matanya, Amore sedang nyenyak tidur di atas seat kereta yang direndahkan.
Ralph merenung lembut wajah jelita Amore yang jelas kepenatan dalam tidurnya. Ralit, tanpa dia sedari.
Jari jemari Ralph yang terukir tatu nombor nombor roman perlahan-lahan menyentuh bibir bawah Amore kemudian naik ke pipi. Diusapnya pipi Amore.
She is so beautiful despite she is sleeping...
Ralph mendekatkan wajahnya sehingga bibirnya tunduk mengucup pipi kanan Amore. Dikucup lama sebelum bibirnya singgah di dahi Amore. Beberapa saat kemudian, Ralph menjarakkan semula wajahnya. Mata biru lautnya langsung tidak teralih. Jari jemari Ralph naik pula mengusap rambut coklat ikal mayang Amore.
Amore yang merasakan seseorang sedang mengusap rambutnya, lantas mencelikkan mata. Dia lihat Ralph yang sedang beriak beku sedang merenungnya dari jarak dekat.
"My amore...we have arrived..." Ujar Ralph sebelum tangannya lantas membuka tali pinggang keledar yang masih melilit tubuh Amore. Amore hanya membiarkan sahaja.
Terkebil-kebil Amore seketika sebelum dia tersedar. Sedap rupanya tidur atas seat kereta mahal ni!
"Kita dah sampai? Kalau macam tu saya masuk dulu, ya..Lagipun dah lewat sangat ni.." Ujar Amore sambil seat kereta dibetulkan. Dia hanya mengabaikan renungan Ralph.
Sling bag Amore betulkan di tubuhnya. Kemudian, Amore mengangkat wajahnya dan mengukirkan senyuman nipis.
"Thank you for accompany me, today...I am so happy..."
Ralph senyum apabila mendengar kata-kata itu. Tangan kanannya mengusap lembut tangan Amore sebelum dibawa ke bibir dan mengucupnya. Kedua belah pipi Amore sudah bertukar menjadi tomato. Merah!
"Nah, is okay, my amore...I love to accompany you..." Suara serak basah milik Ralph menjamu pendengaran. Makin merah pipi Amore mendengarkan itu.
"Saya turun dulu ya,... Terima kasih sekali lagi, Ralph..." Amore berura-ura mahu membuka pintu, tetapi tubuh langsingnya tiba-tiba ditarik dan dipeluk erat oleh Ralph. Ralph menyembamkan wajahnya di dada Amore. Memeluk tubuh itu seerat-erat mungkin.
Amore terkedu. Tetapi, tangannya naik mengusap kepala Ralph yang sedang menyembamkan wajah di dadanya.
"I hope we can meet again, my amore..." Ujar Ralph perlahan. Nada suaranya seakan-akan berbisik.
Amore tersenyum nipis.
"I hope too...Goodbye, Ralph. Thank you again for making me happy today.." Amore meleraikan pelukan setelah dia merasakan terlalu lama Ralph memeluknya. Pintu Mustang dibuka Amore dan Amore turun dari kereta.
Amore melambai lambaikan tangannya kepada Ralph setelah menutup pintu. Ralph juga turut melambai sebelum Mustang itu berlalu dari situ.
Seketika kemudian, Amore merasakan kehilangan. Entah kenapa, perasaan sunyi menyusup masuk ke jiwanya. Mata hazelnya hanya mengikuti gerak kereta Mustang yang berlalu.
Goodbye, Ralph...I hope we can meet again next time...Maybe as more than a friend..
Keluhan kasar dilepaskan Amore.
"Auk! Auk! Auk!"
Amore tersentak mendengar bunyi anjing yang menyalak. Lantas tubuh dipusingkan dan dia membuka pagar.
kalau saya ada kesilapan dan kekurangan, maafkan saya
Share this novel