BAB 1

Action Series 2746

maaf kalau ada kekurangan, you can coment it, and i hope you enjoy this story ;)

***

SUASANA indah melatari pagi Ahad. Permulaan hujung minggu yang baik. Juga, permulaan hari yang agak baik bagi orang lain. Namun, tidak bagi Amore! Wajahnya masam. Mulutnya muncung sedepa. Sepatutnya hari Ahad ini, dia kebiasaannya ke gereja. Tetapi boleh pula Smith, boss bar tempatnya bekerja menghubunginya.

Katanya dia diperlukan di bar. Hairan sungguh Amore! Bukankah bar beroperasi malam sahaja? Sejak bila bar tempatnya bekerja itu membuka perniagaan pada waktu siang? Sudah mahu bankrapkah?

Dia tahu, kebanyakan remaja-remaja zaman sekarang, mungkin seusianya jarang pergi ke gereja pada waktu Ahad. Tetapi bukan dia! Ahad sahaja hari yang dia boleh berehat seketika sambil memohon doa di gereja. Juga bertemu dengan biarawati di sana.

Amore melepaskan keluhan. Skrin Iphone yang masih memaparkan panggilan yang bersambung dengan Smith dijeling sekilas.

Amore mendekatkan Iphone itu ke telinganya.

"Fine...I will be there soon. Ya..ya..Don't worry..." Balasnya sambil mengulingkan biji matanya ke atas. Menyampah dengar nada suara Smith yang kedengaran seperti perempuan.

Pap!

Panggilan ditamatkan Amore setelah Smith mengingatkannya sekali lagi. Jam Iphone direnung Amore. Sekarang pukul 9 pagi. Smith kata ada beberapa tetamu VVIP yang ingin membuat perjumpaan di sana. Entahlah, mungkin mafia atau gengster. Tak mustahil.

Lagipun di Clematis Bar tempatnya bekerja, memang agak mewah dan terkenal. Pernah juga Amore ditawarkan untuk menjadi penari tiang disitu, tetapi ditolaknya. Dia masih lagi anak dara dan tidak suka disentuh oleh mana-mana lelaki. Nasib baik, Smith bertolak ansur dan memahaminya dengan menyuruhnya menjadi bar penyediaan minuman sahaja.

Jika tidak, dia tidak tahulah bagaimana nasibnya. Tambah pula, hidup di bumi Jerman ini bukanlah sesuatu yang mudah. Berlin, ibu negara Jerman yang terkenal dengan kota maksiat terbesar di dunia. Taraf hidup di sini juga tinggi.

Sejujurnya, Amore tidak pandai berbahasa Jerman. Dia hanya tahu English dan bahasa Belanda sahaja. Sementelah, dia berasal dari Amsterdam, Belanda.

Dia, Amore Helena. Gadis cantik berusia 20 tahun, berdarah kacukan Irish-Belanda, ibunya orang Irish manakala bapanya orang Belanda. Ibu dan bapa Amore meninggal dunia dalam sebuah letupan yang terjadi di Paris, Perancis. Letupan bunuh diri oleh seorang teroris di sebuah pusat beli belah.  Mengakibatkan kedua ibu bapanya yang berada berhampiran, tidak sempat melarikan diri terkorban.

Susur galur keluarganya tidak berapa disenangi Amore sebenarnya. Mana tidaknya, setelah ibu bapanya meninggal ketika usianya 12 tahun, dia telah dijaga oleh nenek dan atuknya yang berketurunan Irish-Israel. Jadinya, dia dibawa pulang ke Jurusalem dan tinggal disana bersama datuk dan neneknya.

Amore yang sememangnya bencikan zionis dan negara Israel kerana menindas Palestin dan mengakibatkan pembunuhan, mengambil keputusan untuk melarikan diri ketika usianya sudah 16 tahun. Dia berjaya memujuk makciknya, iaitu adik bongsu kepada ibunya supaya membawanya sekali ketika melawat nenek dan atuk di Jurusalem.

Nasib baik sahaja makciknya bersetuju membawanya bersama. Jadinya, dia tinggal bersama makciknya di London sehinggalah makcik berkahwin dengan seorang lelaki Yahudi Australia kemudian berpindah ke Jerman ketika usianya 17 tahun. Amore dibawa bersama. Ketika itu, Amore sudah tidak lagi bersekolah dan mula bekerja bagi meringankan beban makcik dan pakciknya.

Sehinggalah usianya 19 tahun, makcik dan pakciknya dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Amore membuat keputusan untuk keluar dan hidup sendiri. Perkara itu mulanya dihalang pakciknya. Katanya, kota Berlin amat berbahaya bagi gadis sepertinya. Setelah beberapa kali Amore memujuk mereka berdua, akhirnya mereka berdua pasrah sahaja. Dengan syarat, Amore mesti menjaga diri sebaik mungkin.

Lihatlah sekarang, meskipun dia hanya mampu duduk menyewa dengan pelacur-pelacur disini, tetapi baginya sudah cukup. Bilik kecil yang disewanya itu juga tidak jauh dari gereja. Amore juga sudah kenal biarawati di gereja. Pelacur-pelacur di sini pon sudah kenal dirinya. Melayannya seperti kawan-kawan mereka.

Ting!

Bunyi notifikasi daripada Iphone menyedarkan Amore daripada lamunannya. Ditekan power button dan skrin dilihatnya sekilas.

Smith boss bar
-Don't forget it my amore! 10 sharp!

Amore mengulingkan biji matanya! Menyampah! Tadi sudah diberitahu, ini diingatkan sekali lagi. Dan, sejak bila pulak dia milik si Smith.

Ergh, disgusting!

Amore bangkit dari katilnya yang sedari tadi menjadi tempat duduknya. Tuala dicapai dan kaki melangkah menuju ke bilik air. Beberapa belas minit selepas itu, Amore sudah bersiap. Dilihat penampilannya dalam cermin bersaiz besar berbentuk kuboid yang baru dibelinya itu. Dipusing tubuhnya beberapa kali di hadapan cermin itu.

"Wait, who are you? So pretty...." Ujarnya buat-buat terkejut sambil menunding jari ke cermin itu. Senyuman nipis kemudiannya terukir di wajah cantiknya.

"I am more prettier than Hadid's. Urm, beautiful young lady." Pujinya kepada dirinya sendiri. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, ye dak? Lagipula tubuhnya bukan kurus seperti adik beradik Hadid itu.

Wajahnya yang langsung tiada solekan dan hanya dioles oleh gincu merah tua sangat menyerlahkan kecantikan Amore.

"Lets go, pretty young lady."

***

BAHU Amore dicuit seseorang. Amore lantas memalingkan wajahnya ke kanan. Mahu melihat siapa yang mencuit bahunya sebentar tadi. Berkerut wajahnya melihat Veronica, gadis berketurunan British itu berwajah keruh. Haha, dipaksa hadir bekerja seperti dirinya juga! Amore tersenyum nipis.

"Just relax, Vee..." Pujuk Amore sambil mengusap-ngusap bahu Veronica yang dilapisi dress satin berwarna hitam. Etika bekerja di bar, perempuan perlulah memakai seseksi mungkin untuk menarik perhatian pelanggan.
Veronica bekerja sebagai pelayan pelanggan. Jangan tanya layanan apa, faham-faham sajalah dah nama pun di bar mewah itu!

"Oh, please..Amore..you know what, I want to rest today...but this old man called me and arghh...shit.." Balas Veronica, wajahnya memang habis keruh. Amore tertawa kecil.

Mata biru Veronica melihat penampilan Amore. Amore, si gadis kacukan Belanda sangat cantik. Sekalipun dia tidak pernah cemburukan Amore. Baginya, Amore kawan yang baik dia pernah ada. Bukan seperti orang lain yang suka tikam belakang member sendiri!

Walaupun hanya memakai kemeja putih yang dibuka dua butang atas menampakkan lurah dadanya, Amore kelihatan sangat mengancam. No wonderlah, ramai juga yang suka singgah lama-lama, minum sambil mata menscan tubuh Amore. Tapi dia tahu satu perkara. Amore takkan layan pon mana-mana lelaki.

"Omaigodd...Babe...You looks so damn beautiful tonight!" Puji Veronica, ikhlas.

Amore mengerutkan dahi sambil mengangkat sebelah kening kirinya. Seketika kemudian, wajahnya melakar satu senyuman nipis. Menyerlahkan kecantikkannya.

"Foolish. I don't know what are you saying, Vee.." Balas Amore bersahaja buatkan Veronica geram. Amore memang sebegitu, suka bermain-main.

"Vee and Amore! Come on! Works guys!"

Perbualan mereka berdua serta merta terhenti tatkala mendengar suara Nicky melaung. Nampaknya, mereka terleka berbual sehingga terlupa akan kerja. Aduhai.

Amore dan Nicky saling berpandangan. Wajah mereka serius. Beberapa saat kemudian, ketawa mereka berdua pecah. Kedua-dua mereka menggelengkan kepala. Tiada apa yang lawak pon boleh buat mereka ketawa, nampak sangat si Vee dan si Amore ni senang terhibur.

Vee akhirnya meminta diri untuk menyambung kerjanya. Yalah, beberapa orang tetamu VVIP sudah mula masuk ke dalam bar tersebut. Amore pula sedang menyediakan beberapa jenis minuman seperti Margarita, White Wain, beer, dan tequila yang berjenama dengan harga yang agak mahal. Dengan berhati-hati Amore supaya tidak terjadi apa apa perkara.

***

AMORE membasuh tangannya di sinki. Nasib baik tetamu tetamu VVIP itu jenis yang tidak cerewet akan setiap minuman yang dihidangkannya. Bukan juga yang jenis pervert. Kebiasaanya, jika Amore menghidangkan minuman kepada pelanggan, pastinya tubuhnya akan diraba oleh mereka. Tetapi kali ini, tidak. Nasib baik, fikir Amore.

Amore melangkah ke arah salah satu kerusi tinggi yang terdapat di bar. Dia melabuhkan duduk di situ. Menunggu mana-mana tetamu yang memintanya untuk menghidangkan minuman kepada mereka. Jika tidak mahu minum minuman beralkohol, soda dan Coke juga disediakan.

Tiada lagu rancak yang dipasang. Amore mengangkat wajah. Matanya memandang Vee dan Nicky yang sedang mengapit seorang lelaki bertubuh tegap dan agak tua di salah satu sofa baldu yang disediakan. Berkerut wajah Amore, hailah, sudah tua pon masih lagi pervert....

Amore menahan senyuman. Dari riak wajah Vee, dia tahu Vee tidak rela. Senyuman dan segala tingkahnya hanya palsu. Kalau bukan kerana itu kerjanya, pasti Vee sudah menghadiahkan tendangan kepada lelaki tua itu. Lihat sahaja tangan lelaki tua itu merayap-rayap di belakang tubuh Vee.

Mungkin ketua gengster, fikir Amore. Melihatkan wajah wajah mereka yang dingin dan beku. Yalah, mafia dan gengster selalunya memaparkan riak wajah sedemikian. Mata Amore tertancap pada batang tubuh seorang lelaki yang duduk di penjuru. Di tangannya ada sebuah glock. Aduhai Vee, jangan dibuat hal....Tak pasal-pasal nyawa melayang.

"So scared..." Gumam Amore sendirian.

Glock seperti itu pernah dilihatnya dulu. Mendiang bapanya ada menyimpan glock dan beberapa senjata api di rumah. Tujuannya sebagai keselamatan kerana mendiang bapanya bekerja sebagai pendakwa raya yang terkenal. Jika ada kes, pastinya bapanya akan diburu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahukan kepala mendiang bapanya.

Akhirnya, setelah beberapa jam dua orang yang bagi Amore mungkin ketua mafia berbincang, mereka bersurai. Tak, tak. Yang bersurai hanyalah lelaki tua gatal itu bersama orang-orangnya. Ingatkan kerja habis awal, pikir Amore. Sudahlah malam ini dia perlu hadir seawal jam 7 malam.

Vee dilihat Amore sedang asyik berbual dengan seorang lelaki berwajah Asia. Mungkin orang Thailand. Sebut pasal Thailand, Amore rindukan pantainya yang cantik disana. Kali terakhir dia bercuti di Phuket bersama sama Vee, Nicky dan Martin awal tahun lalu. Phuket dengan penginapan yang murah! Tiket kapal terbang pula ditaja oleh Martin yang semenangnya anak orang kaya menjimatkan perbelanjaan Amore.

Tuk! Tuk!

Amore mengangkat wajahnya tatkala terlihat ada tangan yang mengetuk perlahan meja bar. Di kekura tangan kanan lelaki itu terukir tatu bercorak sarang labah-labah dan nombor-nombor roman.

Zing!

Umpama filem animasi Hotel Translyvania, Amore dan lelaki itu saling berpandangan. Bagai ada sinar cahaya yang keluar daripada mata mereka berdua.

Amore, buat pertama kalinya merasakan bahawa dia sudah jatuh cinta. Cinta pandang pertama. Cinta yang sebelum ini dia tidak pernah merasakan. Yang tidak pernah dia kenal, dan ketahui. Diperhati pacaindera indah di hadapan matanya.

Lelaki bertubuh tegap mungkin berketinggian 180cm, berkulit tanned yang agak cerah. Wajahnya kacukan. Keningnya elok terletak. Bibirnya berwarna merah asli. Iris matanya berwarna biru laut. Wajah yang agak unik dan jarang-jarang dijumpai. Rambutnya berwarna perang gelap. Di lehernya terukir satu tatu serigala yang sedang menggigit sekuntum bunga ros. Wajahnya bersih tanpa sebarang cela mahupun bulu bulu nipis seperti kumis.

"Excuse me, miss." Amore tersentak dan menundukkan wajahnya. Alamak, kedua pipinya sudah merah kerana terlalu asyik merenung anak orang! Apa ni, Amore!

"Er..Maafkan saya.." Amore sudah malu teruk sehingga mengucapkan kata maaf dalam bahasa Belanda.

Lelaki kacak di hadapanya yang mendengar slang Dutch yang pekat keluar dari mulut gadis cantik di hadapanya, tersenyum senget. Dutch, jarang-jarang orang di Jerman mahu bertutur dalam bahasa itu.

"Er.. I mean.. I am sorry..What can I help you, sir?" Amore berdeham sebelum itu dan matanya terarah memandang lelaki itu.

"Nah is okay...By the way...Can you give me a glass of Coke? I don't drink alcohol actually..." Dengar suara serak-serak basahnya sahaja pon dah buatkan Amore rasa suara itu amat seksi.

Eh?

Behave, Amore! Dia anak buah ketua mafia tu. Tak pasal melayang nyawa kau harini!

"Okay...sir.." Amore dengan kalut memusingkan tubuhnya untuk mengambil botol kaca berisi air Coke yang disimpan di dalam peti sejuk. Setelah itu, Amore menuangkan air tersebut ke dalam sebuah gelas lut sinar berkaki tinggi setelah mengisi beberapa ketulan ais.

Ditolak gelas itu kepada lelaki kacak tadi yang duduk sambil memerhatikannya dengan penuh minat. Diperhati wajah cantik milik Amore. Ketinggian yang cantik buat gadis gadis barat, mata bundar berwarna hazel, berambut panjang separas pinggang berwarna coklat dan memiliki wajah bujur sirih bak kata Ayden, si orang Melayu. Kulit yang berwarna putih pucat dan tubuh yang langsing serta menawan. Wajahnya amat cantik walaupun hanya dioles gincu sahaja di bibir mungilnya.

"Grazie..mia bella.." Ujar lelaki kacak itu dan air Coke diminumnya rakus.

Amore berkerut dahi. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Tapi dia rasa di bahasa Itali. Mungkin.

"Pardon me?" Tanya Amore.

Lelaki itu ketawa kecil. Nampak sangat kacak di mata Amore melihat lelaki itu ketawa. Nampak bahagia dengan hidupnya, meski Amore nampak ada 1001 cerita yang tersirat di iris mata biru lautnya.

"Aku cakap...Terima kasih..my beautiful.." Terkejut Amore apabila mendengar slang dutch yang agak pekat dari lelaki itu. Nampaknya, lelaki di hadapannya ini pandai bertutur dalam kebanyakan bahasa. Yalah tadi Itali, lepastu Dutch.

Agak-agak kan, lelaki di hadapannya ini pernah bunuh orang tak? Namapun mafia, memang akan bunuh orang kan, ye dak. Fikir Amore sendiri.

"By the way, mia bella...what is your name?" Tanyanya. Jarang-jarang dia mahu berkenalan dengan mana-mana perempuan sebenarnya.

Amore kelihatan seperti berfikir lalu tersenyum.

"My name is Amore Helena. You can call me Amore." Lelaki itu tersenyum nipis apabila mendengar suara Amore yang kedengaran seperti penyanyi Bebe Rexha. Sexy voice, she had...

"Oh, I see. My name is Ralph. Nice to meet you, Amore.." Lelaki itu menghulurkan tangan. Amore memandang wajah kacak Ralph dan tangan kekar Ralph yang berurat bersilih ganti. Jika dia tidak terima, mahunya lelaki ini mengecopnya sombong dan mungkin membunuhnya. Memikirnya sahaja ngeri. Ah, terima sajalah Amore! Buat apa pening-pening kepala.

"Yeah, nice to meet you too Ralph.." Amore menyambut huluran tangan Ralph dan menghadiahkan senyuman manisnya.

Ralph tersenyum nipis sebelum dia mengucup tangan Amore. Amore terkedu. Omaigoddd!!! For the first time in her life, someone kiss her hand like a princess. How lucky you, Amore!

Mata biru laut Ralph melihat seorang lelaki yang memiliki wajah kacukan Itali dan bermata coklat yang sedang duduk di salah sebuah sofa di bar itu. Senyuman sinis terukir di wajah lelaki Itali itu. Begitu juga wajah Ralph selama beberapa saat.

Tapi, tanpa Amore sedari itulah permulaan kepada kisah hidupnya selepas ini. Perkenalan yang biasa-biasa, akan menjadi luar biasa dalam hidup seorang Amore Helena!

tell me guys, how about this story.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-03-15 17:53:41 

best suka crita vibes2 mfia like this ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience