“Say I love you under my breath, more times than you can diggest.”
***
HARI berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik, sudah hampir seminggu Amore di situ. Yang hairannya, sepanjang satu minggu itu tiada satupun rakan dan Si Smith, bos bar tempat Amore bekerja mencari Amore!
Hairan bin ajaib!
Dan selama satu minggu itulah Amore duduk terperuk dalam rumah agam itu.
Rosa Villa.
Itu nama rumah agam yang gah itu. Amore tahupun daripada si Alex, jejaka Thailand yang pandai berbahasa Belanda. Alex sangat ramah dengannya. Itu yang Amore boleh kata.
Dan sepanjang satu minggu itu, Amore hanya pakai baju dan seluar Ralph sahaja. Betapa kedekutnya si Ralph untuk keluarkan duit belanjakan dia baju. Sudahnya, dia malas bertekak dengan kerana lelaki itu asyik asyik mahu menang sahaja.
Kau nak menang sangatkan? Hah amik aku bagi!
Sama jugak untuk harini, Amore duduk 'cangak'. Kalau dia tak layan Netflix dekat TV dalam bilik Ralph, dia akan join si Alex dan Haiqal main snooker dekat tingkat 3.
Ralph? Hmmm, macam biskut. Kejap ada kejap tiada. Tapi yang Amore paling pasti, Ralph akan tidur di sebelahnya tiap kali malam tiba. Entah dari manalah lelaki itu menghilang di siang hari. Jadi kalau nak bertekak pon, hanya di waktu pagi sebelum sarapan. Lepastu, memang tak nampak dah bayang Ralph.
Sampai hari ni Amore tertanya tanya apa function Ralph bawa dia ke sini. Oops, bukan bawa...Frasa betulnya, culik.
Amore termangu di halaman belakang rumah. Cantik. Dengan rumput karpet hijau yang ditanam dan dijaga baik. Amore duduk di atas kerusi besi putih yang terdapat di situ.
Dengan memakai baju T putih milik Ralph yang labuh sehingga ke paha dan memakai seluar track hitam. Nasib baik seluar tu padan biarpun sedikit longgar.
Amore tak tahu dia sekarang di negara mana. Tapi, Amore dapat lihat ada bendera Malaysia yang terletak di atas sebuah meja di ruang tamu. Mungkinkah Malaysia...hmmm.
Amore letak tapak tangan bawah dagu dan siku diletakkan di atas lutut. Mata memandang halaman belakang rumah yang dikelilingi oleh pagar besi hitam yang agak tinggi. Ada satu pintu pagar kecil untuk keluar masuk. Mungkin untuk orang dalam rumah keluar dan masuk.
Bak kata Alex, ada lebih kurang 10 orang pengawal yang berkawal di sekeliling rumah. Di hadapan pagar utama pula ada 4 orang. Amore tak pernah lihat mereka, tapi berdasarkan cerita Alex— mereka agak membahayakan kerana senjata sentiasa dipegang mereka.
"Who are you?"
Hampir terlompat Amore tatkala mendengar suara husky seseorang. Amore urut dada lalu angkat kepala memandang gerangan itu.
Tak kenal.
Amore tidak kenal dia.
Tapi wajahnya memang bukan seperti kebiasaan yang Amore pernah jumpa setakat 20 tahun dia hidup.
Dan yang menarik perhatian adalah, tubuh lelaki itu tidak berbaju dan ukiran tatu yang menakutkan memenuhi tubuh kekarnya.
Badan yang tegap dan nice. Solid seperti Ralph.
Amore tayang sengih hambar. Dia bukan segan mahu bercakap dengan gerangan di hadapannya ini. Cumanya dia tidak tahu nak cakap apa. Takkan nak bagitahu,
"Hai, saya Amore. Ralph yang culik saya. Dah nak dekat seminggu saya di sini."
Macam tu ke? Agak agaklah oi!
Amore garu kepala yang tidak gatal.
"Bila kau balik ni?" Tiba-tiba suara yang amat Amore kenal menjengah pendengaran.
Amore jengah kepala lihat Ralph yang sedang membuka cuff link di pergelangan tangan sambil wajah beriak kosong.
Amore lihat Ralph melangkah tenang mendekati mereka berdua.
"Baru je...and who is she?" Soal lelaki yang sergah Amore tadi.
Terangkat kening kiri Ralph. Mata biru lautnya tajam merenung wajah lelaki itu.
"Watch your eyes, man. Dia bakal bini aku." Amore terkebil kebil bila dengar Ralph bercakap dalam bahasa Melayu.
Lelaki itu kemudiannya memandang Ralph tajam sebelum satu senyuman senget terukir di wajah kacaknya. Wajahnya yang kacak agak misteri sebenarnya.
"Since when Ralph?"
Ralph Amore lihat menggulingkan biji matanya ke atas. Since when? For what tanya soalan centu? Getus hati Amore.
"Since I hate when you guys keep asking me that annoying stupid question." Balas Ralph selamba sebelum dia menarik lengan Amore.
Amore terpinga pinga dan blur apabila ditarik lengannya oleh Ralph.
"Lets go, Amore...Just think he is not exist."
Jatuh rahang Amore bila dengar apa yang keluar dari mulut Ralph. Jenis laser ni payah!
Amore hanya ikot langkah Ralph yang Amore rasa agak laju menarik dirinya. Sudahlah kaki Ralph yang panjang tu langkah juga panjang. Amore sampai perlu berlari.
Dari hujung mata ketika menaiki tangga untuk ke bilik Ralph di tingkat dua, Amore lihat lelaki tadi memandang mereka berdua dengan riak wajah dingin. Agak menakutkan bila wajah beku itu dilihat Amore.
Amore kembali pandang Ralph dan baru sedar yang mereka berdua sedang berada dalam bilik Ralph apabila Ralph dengan senjaganya menghempaskan pintu.
Amore jeling Ralph lalu melabuhkan duduk di atas katil. Dia lihat Ralph sedang membuka kemeja yang dipakainya lalu melemparkan kemeja itu kepada Amore.
"Hey!" Jerit Amore lalu wajahnya ditayangkan masam. Boleh buat jeruk dah muka dia ni punya masam...
"Kau jangan pergi mana-mana...aku keluar dari bilik air kau takde dalam bilik ni siap kau.." Ralph mengugut dalam bahasa Belanda. Siap wajahnya dibuat buat garang lagi.
Amore yang mendengar buat muka toya sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Dia malas nak gaduh dengan Ralph harini.
Amore angkat wajah pandang Ralph yang sedang seakan akan tertekan melihatnya.
"Apa? Pergilah. Tadi kata nak mandi." Ujar Amore bersahaja lalu badan ditolak ke belakang. Kedua tangan pula ditekan ke katil menahan tubuhnya. Matanya masih memandang Ralph.
Ralph menjeling Amore lalu mencapai tuala dan menapak masuk ke dalam bilik air.
"Dahlah pakai baju aku.." Amore buat muka bila dengar ayat Belanda itu. Lantak lah. Siapa suruh kedekut sangat tak belikan dia baju.
Esok nak pakai baju tshirt Ralph yang mahal itu pula.
Nice! Fikir Amore.
Amore pandang kembali kemeja Ralph yang dilemparkan Ralph kepadanya tadi. Amore ambil kemeja yang diletakkan di sisinya itu lalu dibawa ke hidungnya.
Mengambil bauan Cologne maskulin yang dipakai Ralph.
Amore senyum apabila bauan itu menusuk masuk ke dalam hidupnya. Sukanya! Dahla malam malam dapat peluk tuan punya badan!
Tapi, wajah Amore muram semula. Dia memang sukakan Ralph semenjak kali pertama dia berkenalan dengan Ralph di Clematis Bar kira kira hampir 2 bulan lepas.
Dia cair dan fall in love teruks bila Ralph cium tangannya. First time! Macam princess dah Amore rasa waktu tu!
Amore senyum hambar. Ralph pastinya tidak mempunyai apa apa perasaan kepadanya, kan? Dia usia 20 tahun, masih mentah. Sudahlah hidup terumbang ambing, kerja pun sebagai pelayan bar. Pasti kerja itu di Malaysia dipandang hina oleh masyarakat.
Amore rebahkan tubuh ke atas katil Ralph yang dibaluti cadar dan duvet berwarna putih itu. Lembut dan empuk.
Amore dengar bunyi pancuran air. Ralph sedang mandi.
Amore lepaskan keluhan perlahan. Bilalah dia dapat balik ke 'rumah'.
Tapi, betul ke dia ada 'rumah'?
Diam diam Amore memikirkan itu dan tanpa dia sedar dia telah terlelap.
enjoy reading
Share this novel