BAB 1

Horror & Thriller Completed 691

" Bayangan hitam...pasti orang ingat bayang bayang sendiri atau jelmaan sesuatu. Tapi apa yang menarik...bayangan hitam sentiasa menghantui diri. Sentiasa mengekori kemana anda pergi seperti dia mencari anda atau anda telah buat sesuatu yang salah!...bayangan hitam!..."

" Nori , jum kita keluar malam ni. Nak tak?..." tanya rakan serumah ku. Nama dia Afeefa . " pergi mana?...kalau kelab ke tempat yang boring boring aku tak naklah. Rimas aku." jawapku pada Afeefa . " alaaa..kita jalan lah ke mana mana jer. Janji seronok. Saya ni bosan tau sejak si Wana tu balik kampung. Kalau ada dia kecoh rumah kita ni dengan suara die jer." sahut Afeefa .

" betul juga tu, memang sunyi kalau Wana tu tak der kat rumah. Okaylah, kita pergi makan lepas tu kita pergi tengok wayang." ujarku. " okay, cantik." kata Afeefa seronok. Teringat kejadian tahun lepas, menyeramkan aku sendiri.

Aku ( Nori ), Wana , dan Afeefa , kami tinggal serumah. Satu pejabat, satu tempat kerja. Kami ni bukan nak kedekut sangat tapi disebabkan ada perumahan di kawasan tempat kami kerja, kami bertiga cadang sewa rumah. Boleh serumah, nak ke pejabat pun senang. Dekat boleh jalan kaki kalau nak bersenam. Mula mula aku tidaklah rapat dengan mereka ni tapi selepas sebulan, aku rasa seronok bergaul dengan mereka berdua.

Satu hari tu..." eh, korang...kita bertiga duduk rumah sewa nak tak korang?..yela, senang kita nak ke pejabat hari hari." tanya Wana sewaktu kami bertiga keluar makan tengahari. " bagus juga idea tu. Tapi nak sewa rumah kat mana?.." tanyaku ingin tahu. " yang tu serahkan pada saya. Kebetulan rumah sewa tempat kawan saya tinggal dulu dia nak sewakan pada orang lWana sebab dia nak pindah. So kita boleh sewakan. Tak jauh dekat area perumahan dua belah office kite ni jer." ujar Wana dengan pasti.

Aku dan Afeefa berfikirlah sebentar idea Wana tu.5 minit kemudian, " okaylah, saya fikir bagus juga idea tu. boleh jimat kos perbelanjaan kita seharian. So macam mana Nori ?..." tanya Afeefa padaku. " aku ni, boleh jer tak de masalah pun. Tapi make sure tempat tu selamat." jawapku ringkas. Wana pun tersenyum " okay, cantik. So hujung minggu ni, kita boleh pindah lah. Saya pastikan dulu dengan kawan saya tu. Kalau jadi, kita boleh duduk situ dah. Jangan risaulah, mesti selamat punyer " kata Wana pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience