BAB 7

Horror & Thriller Completed 691

Pantas kami menoreh ke arah itu. " aaahahhhhhhhaaahhhhhrggg!...." serentak itu juga kami bertiga menjerit sekuat hati.Tak disangka selepas itu kedengaran bunyi tangisan itu lagi. Makin mendekat dan nyaring seperti mengilai gilai. " dah lah, kami janji kami akan uruskan kamu. janganlah kacau kami lagi. Tolonglah. " rayu ku.

Bayangan hitam tu muncul semula dari cahaya telefon Wana . Wana menghalakan cahaya ke dinding bilik air itu. Perlahan lahan bayangan itu muncul. Dia tersenyum sambil matanya yang merah tu mengalirkan warna merah seperti menangis.

Aku rasa macam ada sesuatu yang dia minta. Aku mendekatinya lalu membelai kepalanya seumpama dia ada didepanku.Lama kelamaan bayangan hitam itu pun hilang serta bunyi tangisan itu pun reda.Keadaan kembali terang semula. Kami bertiga mengeluh lega. " tak sangka kan, rupa rupanya ada mayat baby kat dalam ni." kata Wana memecah kesunyian.

Aku pantas menghubungi pihak berkuasa. Malam itulah mencatat sejarah buat kami bertiga. Malam bulan purnama.

Semenjak itu, tiada lagi bayangan hitam yang menghantui kami bertiga. Kami masih tinggal di rumah itu memandangkan ia nya bukan salah kami tetapi salah yang dibuat penghuni sebelum ini. Pihak berkuasa masih mencari si pelakunya. " kejamnya manusia."Aku tak mahu lagi mengingatkan " bayangan hitam " itu. Menyeramkan sungguh. " bayangkan!..."

" jumlah, cepat." tegur Afeefa menyedarkan aku dari lamunanku . Kami pun keluarlah jalan jalan. Tiada lagi ' bayangan hitam' yang menghantui kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience