BAB 5

Horror & Thriller Completed 691

Aku dah nak sampai rumah dah tetiba aku dengar bunyi ..." tok..tok..tok..." bunyi macam bunyi tongkat. Aku perhatikan sekeliling tiada sesiapa. Semua jiran sudah tidur. " siapa tu?..." tegurku. Aku berhenti seketika...lampu yang tadi terang tetiba pun tertutup sendiri.

Aku dalam kegelapan. " tok...tok...tok..." bunyi tongkat itu lagi. Aku sudah seram sejuk. Hendak berlari ke rumah, aku tak nampak sebab keadaan gelap." nnngeeeee...eeewwww..." bunyi yang lWana pula. " sudahlah jangan ganggu aku." rayuku. " Ya Allah, lindungilah hambumu ini. Berikan aku cahaya dan jauhkan segala yang ingin dekati aku." doaku dalam hati. Aku merasa ingin menangis.

2 saat selepas aku berdoa, lampu itu dihidupkan kembali. Pantas aku berlari ke rumah. Ketuk ku pintu, Wana bukakan terus aku masuk ke dalam. " Terima kasih Allah." ucapku.Wana dan Afeefa tertanya tanya. " kenapa ni?.." Aku memandang wajah mereka dengan serius. " aku penat dah kena kacau. Aku rasa rumah ni tak selamat. Bagus kita cari rumah lWana ." ujarku pada mereka.

1 saat lepas aku kata begitu, keadaan jadi gelap. Terkejut kami bertiga. " inilah yang aku maksudkan. benda ni ikut aku dari pejabat sampai ke rumah tau tak." bisikku pada mereka berdua. Wana pantas ambil telefonnya. Dia on flash light.

" apa sebenar benda tu?.." tanya Afeefa ingin tahu. " pangggg!..." bunyi kaca pecah dilantai. Kami tak tahu apa yang pecah." Kalau berani, tunjukkan dirimu!.." teriak Wana pada sesiapa ntah. Aku tidak melihat ada sesiapa pun.

Wana tampil ke depan. " kami tidak bersalah padamu, jangan kau kacau kami lagi." jeritnya lagi agak kuat." hihihi...hahahaaaaa!!!!...nggiieeeeewww!!!!..." bunyi suara itu muncul. Afeefa dah ketakutan. " zzzzrrmmmm....." bunyi deruan angin. Aku menoreh ke arah bunyi itu. Aku pegang tangan Wana sebagai isyarat. " zrrmmmhhmmm.." bunyi angin itu lagi.

Kami mencari cari lalu aku ternampak bayangan yang perlahan lahan muncul dari cahaya lampu telecom Wana . Menggigil aku ketakutan." aaaiiinnn...dekat cahaya tu." kataku tersekat sekat. Pantas Wana melihat pada cahaya tersebut. " apa benda ni?..." tanya Wana . Aku menggeleng tanda tak tahu. Wana sengaja menghalakan flash lightnya ke dinding. Bayangan itu ikut ke arah cahaya tersebut.Afeefa pegang tangan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience