BAB 3

Horror & Thriller Completed 691

" tok tok...tok..." bunyi ketukkan pintu. " Siapa pula ketuk pintu malam malam macam ni?.." tanyaku sendiri. Aku ke depan sebalik aku buka pintu, aku ternampak jemaan bayangan itu lagi. Pantas aku tutup semula pintu dan berlari masuk ke bilikku semula. Ambil ku selimut, terus aku selimuti seluruh badan ku. " janganlah kacau aku." kataku menggigil sendiri.

Tak disedari aku dah tetido sampai ke pagi. " Nori , bangunlah...nanti lambat kita ni." kejut Wana . Aku pantas buka mataku " pukul berapa dah ni?.." tanyaku. Wana pun masuk ke bilikku. " dah pukul 6.50 ni. cepatlah mandi." jawap Wana . Aku pun bangun ambil tuala terus ke bilik mandi.

Syok syok tengah aku mandi. Aku rasa ada sesuatu yang menghampiriku. Dekat, delay semakin dekat. Meromang bulu romaku. " janganlah kacau aku..." kataku. Dia seperti mendekat, dan mendekat lagi. Aku rasa seperti dia memeluk aku.

" aaarrrggggghhhh!!!!!..." jeritku sepuasnya. Pantas aku keluar dari bilik air. Wana terkejut " kenapa ni?..." tanya Wana . " aku rasa ada orang peluk aku tadi dalam bilik air tu." jawapku tersekat sekat. Wana pun ketawa. " mana mungkin ada benda tu siang hari. mengarut." jawap Wana . Aku terduduk seketika di katilku. " betul juga, mungkin khayalan aku jer kot." Wana pun pantas beredar " dah, cepat bersiap. nanti kita lambat nanti." Aku pun segera bersiap .

Kami bertiga pun ke pejabat macam biasa. Wana ada kereta jadi kami tak payah jalan kaki.

Begitulah kehidupan kami selama duduk di rumah sewa, bayangan hitam tu kadang kala muncul juga tapi tidak selalu. Kami bertiga tidak mahu hiraukannya sehinggalah bulan purnama menjelma...

Aku hari ni balik lambat sikit. Wana dan Afeefa pun dah balik dulu. Aku kena siapkan tugasan aku. Keadaan pejabat sunyi sepi tinggal aku seorang jer.Tetiba lampu terpadam " alamak...kenapa pula ni?...dah tak nampak ni." bebelku seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience