BAB 3

Thriller Series 1265

“Aduh, balik lambat lagi! Kau lah ni! Asyik makan je kerja.” Kata Medina. Sempat lagi menyakat Aisyah.

“Eh! Aku pulak dipersalahkan”

Dalam perjalanan pulang dari restoran, tiba-tiba Medina terjumpa dengan seseorang yang amat dia kenali dikedai buku bersebelahan kedai makan tadi. Rupa-rupanya bekas kekasihnya, Fikry.

“Eh! Tu bukan Fikry ke?” Kata Aisyah.

Sudahlah cakap kuat kuat, malu dibuatnya.

“Hmm.. jom wey.. nak cuba sembang dengan dia.. Hope dia okay dengan aku..” kata Medina. Dia takut Fikry berdendam dengannya kerana ‘masa lampau’ bersamanya dahulu.

“Hai Fikry..” kata Medina.

“Eh. Hai!” Kata Fikry yang sudah berhenti mencari buku.

“Hmm.. awak buat apa dekat sini? Means dekat Taiwan ni.” Tanya Medina.

“Dekat kedai buku ni mestilah nak cari novel Melayukan.. tak akan nak cari basikal pulak. Tapi kalau kat Taiwan.. saya memang dah stay sini dari bulan 2 lagi.” Fikry cuba membuat lawak hambarnya. “Oh, btw korang datang sini mesti sebab bercutikan?” Tambah Fikry.

Medina dan Aisyah hanya mengangguk.

“Ohh, stay hotel mana? Tak takut ke malam malam ni? Hehe saya tanya bukan sebab benda tak elok”

“Hmm.. kita duduk hotel Shaman. Kenapa?”

“Eh! Shaman? Tapi orang kata hotel tu ada ‘sejarah’. Maaflah bukan nak takutkan korang cuma nak korang berhati-hati.”

“Hmm tapi selama kitaorang tidur situ tak ada apa apa pun (sedangkan diorang baru tidur 1 malam je) lagi pun kitaorang tinggal 2 malam je lagi termasuk malam ni, lepas tu nak balik Malaysia dah” kata Medina.

“Hmm oklah kalau macam tu. Tapi kalau ada apa apa, call saya. Ada nombor saya kan? Sebab saya boleh recommend hotel. Baik punya!” Kata Fikry sambil menunjuk ibu jarinya.

“Hehe ok.. we are okay. Don’t worry about us. Hmm oklah.. dah malam ni.. kitaorang balik dulu ya.” Medina dan Aisyah pun pergi.

“Ok. Bye!”

Di dalam kereta, “tapi wey, kau ingat tak yang pagi tadi yang aku tunjuk kertas tu? Sebenarnya ada tertulis “Saya Nak Ikut Awak Boleh?” Hah macam tu.. kalau kau.. tak seram ke?” Aisyah berterus terang.

“Alahh.. jangan fikir sangat.. kau ni jangan fikir negetif sangat..” jawab Medina, jawapan relax.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience