BAB 6

Thriller Series 1265

“Ok dah.. jom!” kata Aisyah. “ Eh, dah kenapa kau tercengak kat situ?” boleh pulak Si Medina ni tercengak dekat tepi katil.

“Ni hah..” Medina menunjuk ke arah dinding di hadapannya. “Saya Nak Ikut Awak Boleh?”

“Ayat ni lagi! Jap! Macam mana dia tahu Bahasa Melayu ni? Ni Taiwan bukan Malaysia! “ tanya Aisyah, blurr. Pertanyaan Aisyah itu bagaikan angin. Medina malas nak menjawab, sekarang dia nak memikir ini darah, crayon atau hanya ‘fake blood’?

Tiba tiba Medina terperasan ada lagi satu ayat ayat yang dituliskan dia atas meja, tepi katil. “I love you. Please accept me.”

“Ahh sudah! English pulak?” Aisyah menepuk dahi. “Dah lah! Jom check out!” Medina terus menarik tangan Aisyah untuk keluar dari bilik 612.

•••

“Tengah on the way. Sekejap je lagi nak sampai.”
“Ye ye.. cepat sikit.”
Medina menekan ‘end’.

“Hah, sampai pun..” kata Fikry selepas kereta Honda yang disewa oleh Medina kelihatan.

“Kenapa Fikry ‘recommend’ hotel ni?” Aisyah pandang sekeliling. Cantik hotel ni! “Kalau nak tahu ni hotel ayah saya. Top 10 hotel paling cantik dekat Taiwan ni. Kira macam hotel 5 stars lah.” kata Fikry. Bangga sungguh. “Citt.. angkat bakul sendiri.. nasib baik ni EX aku.” Bisik Medina kepada Aisyah. Sengaja menekankan Ex tu. “Owhh. Wahh! Awak tak pernah cerita pun.” Medina buat muka pelik. “Sebab hotel ni baru je lagi.. baru setahun lebih macam tu.” jawab Fikry sambil jalan.

•••

“Nah, bilik 303.” Fikry menyerahkan kad bilik tersebut. “Thank you. Oh, berapa ni?” Medina sudah keluarkan beg dompetnya. “Ohh tidak perlu.” Fikry mengelengkan kepala.

“Eh! Jangan macam tu! Berapa ni?” Kata Medina. Aisyah hanya melihat. Macam tengah tengok drama. Orang dah belanja kot, rezeki jangan ditolak. Aisyah menepuk dahi.

“Tak perlu.. saya belanja. Lagi pun ni kan hotel ayah saya.” uhh masih nak menyelit tentang hotel ayah dia. “Hmm.. yelah. Terima kasih banyak.”
•••

“Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam” jawab Aisyah. Selamba.

“Hmm.. wey kenapa Fikry tu tiba tiba baik pula eh?” tanya Medina. “Lahh.. dia nak getback lah tu.” jawab Aisyah. Dengan selamba. “Ehh kau ni. Sampai ke situ pulak!” Kata Medina sambil menekan butang ‘on’ remote tv. “Dah tu! Kau husnuzon je.” Kata Aisyah sambil membuka tudung.

“By the way, kenapa kau clash dengan dia? Aku tengok baik je dia.” tanya Aisyah. “Ushhh! Nasib baik aku tak minum air, kalau tidak memang dah tersembur dah!” Kata Medina. “Alahh.. ada lah sebab.. budak budak tak perlu tahu!” Tambah Medina. “Budak budak kau kata? Kita sama umur tahu? Kita dah tua! Dah 21 dah ye.” Aisyah mencekak pinggang.

“Ohh.. aku nak tanya, bila kau nak sambung belajar? Aku maybe tahun depan insyaAllah..” tambah Aisyah. “Hmm.. aku pun maybe tahun depan.” Jawab Medina. Ringkas. “Uhh ikut nak ikut aku lah tu.”

“Dah lah. Jom makan. Laparr..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience