BAB 5

Thriller Series 1265

“Medina.. ohh Medina.. Nur Medina!” Median terbangun dari pengsan. “Ehh, macam mana aku boleh ada dekat sini?” tanya Medina. Dia sendiri pelik. Mana tidaknya, dia buka mata sahaja dia berada di depan lift aras 6. “Patutnya aku yang tanya kau. Ini kau tanya aku? Tak payah nak buat muka terkejut tu, pergi mandi cepat!” kata Aisyah.

•••

“Malam tadi kau pergi mana sebenarnya? Dah lah kau sanggup tinggalkan aku malam tadi! Cer cita cer cita..” kata Aisyah sambil membetulkan tudung.
“Kau jangan main main..” situasi makin pelik. “Eh! Ok jap jap.. malam tadi aku terbangun nak buang air, aku nampak kepala kau ke arah tv tapi masa tu kau tengah cari barang kat beg. Aku ingat kau perasan aku turun katil. Pastu aku keluar tandas je, kau dah tak ada.” Kata Aisyah. Medina menggaru kepala yang tak gatal.

“Aikk.. malam tadi bukan aku ajak kau teman aku ambil phone aku ke? Habis, malam tadi siapa?!” Kata Medina yang sudah tidak fokus dengan pemanduannya.

“Ehh! Takut takut pun fokus lah sikit depan kau tu! Nanti hah.. tak pasal pasal kita pulak yang jadi hantu!”
“Oii! Nanti.. celupar mulut tu nanti!” Medina tepuk dahi. Malang sungguh dapat kawan mulut macam ni.

“Ok macam ni, kan kita ada lagi 2 malam lagi kan? Apa kata kita kita tidur je kat hotel yang Fikry ‘recommend’ kan tu.” kata Medina. “Aku ok je. Kau call lah dia.” “Nah phone.. aku tengah drive. Tak akan nak call pulak”
“Wut.. sekarang ke?” Kenapa nak cepat cepat pulak? “Sekarang lah! Nanti penuh pulak bilik hotel tu.” Uhh alasan. Takut nak duduk hotel tu lagi lah tu.

•••

“Macam mana boleh aku tak nampak Aisyah pergi tandas? Dia tu berat.. tak akan tak rasa dia bangun?” Bisik Medina. Harap Aisyah tak dengar.

Aisyah pun menekan ‘end’ “Dia kata ok.. lepas kita kemas beg kita jumpa dia kat hotel tu terus. Nanti dia share location.” “Ok. Lepas ni.. kita terus kemas kemas barang pastu terus check-out. Aku tak nak berlenggah” kata Medina.

“Kenapa kau nak cepat cepat ni? Rilex lah.. bertenang.. Allah kan ada.” Citt nak bagi ayat deep konon Si Aisyah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience