BAB 2

Thriller Series 1265

“Hmm.. wey sekarang dah pukul 8. Jom pergi hotel dulu, esok kita ‘explorer’ Taiwan.” Kata Medina

“Oklah, aku pun penat”

Mereka pun sampai ke hotel menaiki kereta sewa. “Wey, jom check-in” kata Medina.

“Hmm, tapi lepas kemas barang kita pergi makan, boleh?” Tanya Aisyah yang sedang mengusik perutnya, konon konon lapar lah tu.

“Hmm yelahh.. kerja kau pun memang makan je tahuu”

“Ehh”

Selepas check-in, “Dah wey, jom turun.” Kata Medina.

“Ok ok, jom” kata Aisyah yang tergesa gesa. Mana tidaknya, boleh pulak dia berendam dalam tandas tu.

Selepas mereka pergi ke restoran, mereka pun pulang ke hotel. Pada pukul 11, Medina tidur dahulu dahulu dan membiarkan Aisyah keseorangan kerana Aisyah tidak dapat tidur.

Tiba-tiba Aisyah berasa tidak tahan untuk membuang air. Semasa didalam tandas, tiba-tiba dia terdengar seperti televisyen seperti sekejap volumenya kuat dan kejap-kejap volumenya perlahan. Yang lebih memelikkan Aisyah terdengar seperti pintu bilik terbuka sedangkan pintu itu perlu guna kad untuk membukanya, sama seperti pintu hotel yang lain dan pintu itu ditutup rapat.

Apabila Aisyah keluar sahaja, pintu itu tutup dengan rapat dan televisyen volumenya sudah normal seperti biasa. Aisyah pun tidak mengambil serius kerana dia berfikir mungkin dia mamai. Aisyah pun cuba untuk melelapkan matanya, tiba-tiba dia terdengar seperti ada orang meng’flush’ jamban dan terdengar barang terjatuh. Aisyah terus pergi ke depan tandas untuk mengambil barang tersebut.

Rupa-rupanya, jadual percutian mereka dan beg tangannya tetapi tiada siapa di tandas tersebut. Mungkin dia mamai sekai lagi, fikirnya. Aisyah pun meletakkan barang itu ke tempat asal.

Keesokkannya, apabila Aisyah hendak keluar mengambil ‘angin Taiwan’ bersama Medina. Dia pun mengambil beg tangannya. Tiba-tiba Aisyah ternampak sehelai kertas kecil bertulis “Saya Nak Ikut Awak Boleh?” seolah-olah memang dikhaskan kepadanya. Aisyah terus memberitahu Medina.

“Di, Di! Tengok ni!”

“Hah? Kenapa?” Medina terus mengambil kertas tadi. Bunyi seperti sangat penting.

“Err.. tak ada apa-apa pun” Medina mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ehh!! Tadi ada weyy! Dia tulis macam ni..” Aisyah belum sempat menghabiskan kata-katanya, Medina mencelah “Dah dah.. kau ni.. jom pergi.. lambat nanti nak pergi makan.” Aisyah pun pergi dengan kebingungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience