BAB 4

Thriller Series 1265

Mereka pun sampai ke hotel. Hotel itu kelihatan sangat gelap. Di kaunter juga tiada seperti tiada siapa.

“Ushh wanginyaa bauu. Bau apa ni?” kata Medina.

“Dahlah.. jom cepat. Aku dah ngantuk dah ni.” kata Aisyah yang sedang menekan butang atas. Lif pun buka dan Aisyah cepat cepat menarik tangan Medina untuk masuk kedalam lif.

Sesudah mereka sampai kearas 6 iaitu tingkat mereka menginap, tiba tiba hidung Medina tertangkap bau yang sangat busuk.

“Ehh, bau apa nii! Busuknyaa!” bisik Medina dalam hati . Nasib baik dalam hati sahaja. Kalau tidak.. memang celupar sungguh mulutnya!

“Hmm.. wey.. kau ada bau apa apa tak?” Tanya Medina.

“Eh, tak ada. Kenapa?” Jawab Aisyah.
“Hidung kau tersumbat ke?”
Soalan apa ni? Aduh Medina ni. “Mana ada! Hidung aku ok lagi tahu.” Medina tunjuk hidungnya yang mancung. Citt sengaja nak menunjuklah tu.

Kali ini, situasinya berbeza dengan semalam. Kali ini, Medina pula tidak boleh tidur. “Wutt, mana phone aku ni? Tertinggal ke?” Medina garu kepala. Dia baru perasan, telefon bimbitnya tertinggal di dalam kereta. “Nak ambik ke tak eh? Aduhh” Tiba tiba Medina teringat tentang apa yang Fikry katakan tadi. Tiba tiba dia terdengar seperti ada orang memanggilnya. “Medina.. oh Medina..” Medina terus mengejut Aisyah yang sedang tidur.

“Aisyah, Syahh oii.. bangunn weyy.. teman aku ambik phone aku kat kereta.”
Tanpa berkata apa apa, Aisyah terus bangun mengambil tudungnya.

•••

“Ok dah jumpa. Jom”
“Ishh.. awat Aisyah ni tak cakap apa apa?” Bisik Medina dalam hati.

Sesudah mereka masuk ke dalam hotel. Medina terperasan seperti ada 3 orang warga Taiwan sedang menari dia lobi. “Wey, ada persembahan apa malam malam ni? Pelik pelik tarian mereka ni.”

“Alah.. jangan takut.. kan kau juga.. cakap.. mcm tu..”
“Ehh.. mana ada takut.. ada ada je kau ni. Kau yang penakut.”
Aisyah hanya senyum sinis.
“Dah kenapa Aisyah ni..” bisik Medina.

“Kejap ye.. saya.. nak pergi ke tandas sebentar..” Ehh.. sejak bila kata ‘saya, awak’ ni? Waitt! Dia ni ada sesak nafas ke apa? Sepatah sepatah cakap.

“Eh, kan kita nak naik atas. Nanti je lah.”
Kan nak naik ke bilik nanti, tak boleh tahan ke?
“Saya.. dah tak boleh tahan, lagi pun suka hati aku lah.. nak tandas di bawah atau tandas di dalam bilik!” Lainnya Aisyah kali ini! Dia tak pernah tengok Aisyah begini. Selalunya Aisyah marah pun sebab dapat makanan lambat.

“Hmm.. yelah.. nak aku tunggu ke tak?” Tanya Medina.
“Tunggu lah.. apa salahnya menunggu kan? Kau boleh tengok persembahan tu.. hehe” kata Aisyah. Sungguh lain macam mamai Aisyah ni.
“Hmm.. yelah yelah.. cepat sikit.” Medina duduk di kerusi.

•••

“Hihihihi” Siapa mengilai tu?! “Weyy Aisyah! Cepatlah sikit!” Jerit Medina. Medina memandang sekeliling. Aik! Mana pergi penari tarian pelik tu? Dia pandai atas, tiba tiba dia pernampak kain putih. “Apa tu?!” Medina hampir menjerit.

Makin lama kain putih itu semakin dekat. “Hihihihi!” Makin kuat mengilai tu. “Aisyahh!” Ehh kenapa dia tak boleh berdiri dari tempat duduk ni? Medina terus pengsan kerana terlalu takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience