Rate

Bab 2

Romance Series 2601

Tidak ada kesedihan melainkan selepasnya ada kegembiraan.. Begitulah perjalanan hidup seorang musafir didunia yang fana ini. Begitu juga perjalanan seorang gadis dalam menempuh dugaan demi dugaan dalam hidupnya.

Qalbie Insyirah tergesa-gesa keluar dari perpustakaan universiti sains islam malaysia. Dia baru sahaja menuntut di universiti itu. Terasa cepat masa berlalu merintis hari-hari dalam kehidupan. Terasa baru semalam dia melangkah kaki memasuki sekolah menengah, tiba-tiba dah memasuki alam universiti.

Dalam tergesa-gesa dia ingin keluar dari perpustakaan tiba-tiba dia terasa badannya dilanggar seseorang yang entah bila, dan dari mana datangnya. Habis berterabur buku-bukunya jatuh. Dah jadi satu kerja nak dibuat.. Huh! Mengeluh sedikit Insyirah dalam hatinya.

Tiba-tiba dia terdengar suara garau seorang lelaki yang bercakap.

"Maaf cik! Saya tak sengaja sebab nak cepat. Maaf sekali lagi.. Tutur suara itu lagi. "

Insyirah mengangkat wajahnya. Dia terpaku melihat wajah itu. Bukan kerana rupa yang kacak, tapi wajah itu mirip seseorang. Seseorang yang membuat hidupnya berubah. Yang telah membuka hatinya secara tidak sengaja untuk berhijrah. Ya allah, apakah aku bermimpi? Tolong sedarkan aku dari mimpi ini ya rabb! Rintih insyirah.. Tapi tak mungkinlah orang yang sama. Mungkin pelanduk dua rupa.

Lelaki itu terpinga-pinga kerana melihat gadis tersebut tidak memberi apa-apa reaksi. Dia memetik jari di hadapan muka gadis tersebut.

Insyirah tersedar dari lamunannya. Ya allah, malunya! Macam mana aku boleh mengelamun ni.
" Ehh tak apa, lagipun awak tak sengaja kan?.. Lagipun saya bersalah jugak sebab keluar tak tengok dulu. Maaf.. " Ucap insyirah lagi. Pertemuan mereka berakhir di pintu masuk perpustakaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience