Rate

Bab 1

Romance Series 2601

Hujan renyai di kelam malam membuatkan seorang gadis kedinginan. Yaa.. Kedingingan setelah dia terjaga dari tidurnya. Mata nya sudah tidak mahu tertutup kembali setelah terjaga dari tidur. Dia keliru, resah. Tidak tahu mengapa semua ini harus berlaku dalam perjalanan hijrahnya. Mungkin ini sudah ketentuan, dan ujian dalam hijrahnya. Dia pasrah, redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya.

"Dah bangun?" Tanya roommatenya.. Wawa.

"Ha'a.. tapi, kenapa kau tak kejutkan aku waktu kau nak tido atas?.. Aku penat sangat lepas solat maghrib tadi.. Sebab tu boleh tertidur sekali dengan telekung ni.. " Katanya sambil mengukir senyuman kepada temannya.

"Lahh patutla... Penat sangat kau ni, dah macam menteri gamaknya.. Kau buat apa sampai penat macam ni sekali? "

"Ntahh lahh.. Aku, tak ada buat apa-apa pon.. Cuma aku terfikir sesuatu, yang.... Huh! Dia melepaskan rengusan kecil, menandakan apa yang ditanggungnya itu seoalah-seolah mengganggu fikirannya..

"Kau storylah kat aku, mana tahu aku boleh tolong. " dengan muka mengharap wawa meminta penjelasan.

"Kau tahu kan, aku tak suka kalau orang bagi apa-apa harapan kat aku? Dan aku tak suka orang paksa-paksa aku buat apa yang aku tak nak.. Tapi, dalam masa yang sama, aku tak tahu macam mana nak jelaskan semua ni.." Dengan lirih dia meluahkan.. Allah! Ujian apa lagi untuk hambamu yang lemah ini ya rabb?

Wawa kelihatan bersimpati dengan apa yang menimpa sahabatnya.. Temannya itu bukanlah calang-calang orang. Dia punya prinsip tersendiri. Perasaannya sukar untuk digambarkan. Saat terluka, sedih kecewa jarang sekali ditunjukkan.. "Kau memang betul-betul tabah Qalbie Insyirah.. Nama yang cantik, akhlaknya yang baik dan rupanya yang sentiasa menenangkan sesiapa sahaja yang pasti boleh memukau sesiapa sahaja. Moga segala kekusutan dan kekeliruan yang menimpamu akan berakhir sahabat. Doa wawa di dalam hati buat sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience