Rate

Bab 4

Romance Series 2600

Insyirah sudah panik apabila melihat kad matriknya tiada di dalam poket bajunya. Puas dicari tapi masih juga tak dijumpai.
"Ya Allah! Mana pulak aku letak ni?" Tanyanya yang sudah pasti tiada siapa yang akan jawab persoalan nya.
Seingatnya dia dah masukkan betul-betul dalam poket baju tadi. Takkanlah boleh terjatuh, bukannya poket bajunya terkoyak pon.
"Ntah-ntah aku cuai tak? Letak kat mana hala, tiba-tiba cari dalam poket mesti la tak ada" insyirah mula buat spekulasi sendiri.

"Baik aku pergi library, mana tahu kot-kot ada kat atas meja terlupa nak ambik ke. "

Bergegas insyirah ke library untuk mencari kad matriknya di tempat yg duduki tadi. Tiba-tiba dia ternampak kad berwarna biru di atas meja terus diambil tanpa sempat melihat terlebih dahulu.
"Jumpa pon akhirnya." Monolog insyirah dalam hati. Seingatnya tadi dah diambil, tak perasan pula bila dia tertinggal atas meja itu. Itulah bila menghadap buku, benda yang ada disekeliling pon dah lupa ingatan.

"Ehh! Lepas ni aku dah janji nak lunch dengan Wawa." Sekilas insyirah melihat jam dipergelangan tangan. Habislah kena bebel dengan si Wawa mulut kepoh tu. Lambat sikit pon perlinya berhari-hari. Haihh!

Berlari anak insyirah ke kafe untuk bertemu dengan Wawa. Sampai sahaja dimana Wawa duduk, tercungap-cungap dia mengambil nafas.

"Kau ni gaya macam berlari 100 meter dah. Padahal lari tak hebat mana pon". Perli Wawa. Haa kan dah cakap, mesti kena perli punya dengan minah ni. Redha je laa insyirah.

"Eh! Cakap baik sikit Wawa, aku dulu wakil sekolah kot dalam acara larian. Kau apa tahu? Sengih bangga insyirah bila memberitahu Wawa. Perangai jenis tak nak kalah bila bercakap.

"Ye la tu.. " Wawa mengiakan. Malas nak panjangkan cerita. Kalau dipanjangkan, kebulurlah jawabnya. Perut dah buat dance sakan dah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience