Rate

Bab 5

Romance Series 2600

Di cafe kelihatan agak ramai student2 yang menikmati makan tengah hari. Semua berkejar-kejar dengan masa untuk makan dan selepas itu ada pulak kuliah. Jadinya ramailah yang bertenggek di cafe.

Qayyum dan khalish dah selamat duduk dan bersedia untuk makan. Perut dah lapar, tak boleh tunggu lama dah.

"Kita makan kat meja hujung sana lah. Kebetulan diorang dah nak habis makan" tunjuk khalish si suatu tempat. Lagipon ramai orang yang dah keluar dari cafe.

Si insyirah dan Wawa pulak baru terkedek-kedek nak cari tempat. "Dah tahu orang agak ramai hari ni, datang lambat siapa suruh. Ni kau punya pasal insyirah"

"Ye lah, salah aku. Aku semua benda nak lambat, sorry lah kalau selalu susahkan kau" rajuk insyirah. Tapi dalam hati sengaja nak kenakan Wawa. Hasilnya wawa pulak yg serba salah. Dia tak berniat nak cakap macam tu.

"Aku, Mintak maaf eh insyirah, aku tak berniat nak salahkan kau pon." Wawa mula tayang muka sedih. Insyirah dah tekup muka tahan gelak. Nasib kau Wawa selalu Kena bahan. Ketawa yang hendak meletus bila2 masa Cuba ditahan sebaik mungkin.

Wawa dah gelabah, dia ingat insyirah menangis sebab dia salahkan kawannya itu. Wawa dah bergerak ke tempat insyirah duduk untuk memujuk sahabatnya itu sambil duduk dibawah. Tangan pulak memegang erat lutut insyirah.

Sedang Qayyum dan Khalish menikmati makanan, ada dua orang perempuan yang mengambil meja belakang mereka. Awal2 lagi Khalish diberi amaran oleh Qayyum. Jangan nakal2 katanya, jaga pandangan. Mereka hanya mendengar dua orang perempuan itu berbual.

Khalish yg duduk bertentangan dengan meja belakang memandang pelik kepada Wawa yg duduk atas lantai sambil memegang lutut kawannya. Dah kenapa dia ni? Buang tabiat ke apa duduk atas lantai, mcm tak ada kerusi. Khalish mencuit Qayyum supaya melihat ke arah belakang. Qayyum hanya mengangkat sedikit kepalanya. Kenapa dengan seorang lagi tekup muka?. Yg seorang lagi gaya mcm nak pujuk je. "Sudahlah tak perlu ambik kisah apa yg berlaku." Adalah tu masalah diorang.

Insyirah agak terkejut bila lihat Wawa duduk atas lantai. Lagi lah dia nak tergelak. Terus tawanya meletus tapi tidak terlalu kuat. Wawa yg mendengar kawannya ketawa itu terus menarik muka masam. Sampai hati Insyirah kenakan dia. Tapi, tak apalah sekurang²nya kawannya itu tak terasa hati.

Wawa terus duduk dikerusinya sambil menyuapkan makanan. Insyirah pulak yg keliru, dah kenapa dengan dia ni?
"Wawa, aku tak terasa pon lah apa yg kau ckp tu."
"Aku tahulah, kau bukannya ambik kisah pon apa yg aku kata kat kau. Cuma kau tu lah, selalu nak kenakan aku. Malu tau tak ramai orang tengok aku pelik."

"Mana ada orang tengok pon. Kau tu yg perasan. "
"Eleh meja depan, meja sana, tengok. Kau mana nak nampak sbb kau tekup muka" Omel Wawa sambil mulut penuh dgn mknn.

Tiba-tiba Wawa tersedak. Mulalah Insyirah gelabah cari air. Rupa-rupanya mereka lupa ambik air. Dah lah sorang pon tak perasan yang diatas meja air satu gelas pon tak ada.

Dengan muka tebal seinci, Insyirah terpaksa meminta air di meja orang belakang nya, kerana kalau dia pergi beli air pon takut si Wawa tu tak bernyawa aje sebab tercekik.

"Maaf, boleh saya borrow satu gelas air tak? Sebab kawan saya tercekik nasi. Nanti saya gantikan air awak" aduh! Sumpah ini Kali terakhir aku terpaksa buat perkara yg aku tak pernah buat. Kerana sahabatnya dia sanggup. Cewah kau Insyirah sempat lagi monolog ye.

Tercengang Qayyum dan Khalish. Dalam hati nak tergelak pon ada. Mungkin dah terpaksa sangat ni. Tanpa banyak bicara terus Khalish hulurkan airnya yg Masih tidak diminum lagi. Insyirah dgn tergesa-gesa mendapatkan Wawa yg dah tercungap-cungap.

Selepas dah hilang rasa tercekik, Wawa menarik nafas lega. Nasiblah, Insyirah cepat dapatkan air. Kalau tak dah jalan dah dia.

"Macam2 lah kau ni Wawa. Malu aku sebab terpaksa Minta air kat orang belakang ni. Dah satu bab aku nak kena belikan air yg baru untuk mamat belakang ni. "

"Terima kasih sahabatku cintaku."Wawa mula lah buat otak biul dia. Nanti aku gantilah balik duit kau. Dah kau pergi beli cepat, gantikan balik air dia. Nanti dia pulak tercekik macam aku. "

"Banyak cekadak kau. Yelah aku nak pergi beli la ni. " Selesai membeli air untuk lelaki tadi dan untuk dia sekali, Insyirah menapak ke meja dua orang lelaki tadi.

"Minta maaf sebab terpaksa ganggu awak berdua makan dan terima kasih sebab sudi berikan air awak untuk kawan saya". Insyirah memulakan bicara sambil meletakkan minuman yg baru dibeli.

"Sama2, tak apa. Lagipon kawan awak dalam kesusahan tadi. Apa salahnya saya tolong. " Khalish berbahasa.

Insyirah hanya senyum mendengar bicara lelaki itu. Kemudian dia meminta untuk beredar ke tempatnya.

Qayyum yang melihat, memandang pelik ke arah Insyirah. Macam pernah tengok, perempuan tu, tapi kat mana eh? Tanya Qayyum kpd Khalish. Dan Khalish juga turut mengiakan apabila merasakan dia pernah tengok perempuan itu.

"Eh, cuba kau tengok kad matrik tadi." Suruh Khalish. Qayyum mengeluarkan kad matrik daripada poket seluarnya.

"Weh, perempuan tu lah, yg tertukar kad dengan aku" beritahu Qayyum tiba-tiba. Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak orang yg tertukar kad dengan dia.

"Dah tu, jomlah gi tukar ngan dia sebelum dia keluar dari cafe ni." Mereka pon berjalan mendekati Insyirah dan Wawa.

"Kenapa dorang tu datang sini pulak Insyirah? Ada apa2 hutang lagi ke kau tak bayar? " bisik Wawa.
"Mana lah aku tau. Aku dah ganti balik la minuman dia tadi". Dia pon pelik, kenapa lelaki-lelaki tu tiba2 datang sini pulak?.

Qayyum memulakan bicaranya. "Awak ada tertukar kad matrik dengan saya ke? " tiba2 si Qayyum ni main terjah aje tanya. Dia bukannya pandai berbunga-bunga bila bercakap. Cakap benda yg penting sudah.

Insyirah pulak yg terkebil-terkebil tak tahu apa. Aku ada tertukar ke dengan dia? Setahu aku, aku guna kad matrik aku lah, takkan nak guna kad dia kot? Dah lah lelaki, kalau perempuan boleh diterima lagi. Haihh.
"Eh, takkan lah saya ambik kad matrik awak, waktu bila? " sangkal Insyirah yg Masih tak perasan yg kad matrik yg diambil tadi bukan kepunyaannya.

"Ni, awak punyakan? " Qayyum menunjukkan kad matrik yg dipegangnya kepada Insyirah. Terlopong Insyirah yang melihatnya. Macam mana pulak boleh ada dekat dia?. Ayayai!

"Ha'aa itu saya punya." Habis dalam kocek baju aku tu pulak siapa punya? Soal dia dalam hati. Lambat2 dia keluarkan kad dari dalam kocek bajunya. Nak terkeluar biji matanya apabila melihat kad matrik tersebut adalah milik lelaki itu.

Qayyum hampir ketawa apabila terpandang wajah perempuan di hadapannya. Itulah, tak perasan sangat ambik kad matrik orang, kan dah malu. Eleh, kau pon samalah Qayyum. Mengata org.

Qayyum menyerahkan kembali kad matrik kepada Insyirah. Insyirah juga menyerahkah kembali kad matrik kepada Qayyum.
"Saya minta maaf sebab tak perasan tu awak punya. Saya pon tak tahu macam mana boleh tertukar. "

"Tak apalah. Nak buat macam mana, saya pon tak sangka boleh tertukar pulak. Mungkin waktu kita terlanggar depan library tadi kot. Tak apa lah kami berdua pergi dulu, sebab ada kelas. Nanti terlambat pulak" Qayyum dan Khalish menapak keluar daripada cafe.

Insyirah susah memerah muka menahan malu. Kenapalah aku tak perasan eh tadi. Kalau tak, tak ada lah aku blur sangat. Hailah, Nasib hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience