Rate

Bab 3

Romance Series 2601

Di dalam perpustakaan kelihatan ramai pelajar disitu sedang meluangkan masa mereka dengan membaca dan membuat rujukan. Suasana sedikit lengang kerana jam sudah menunjukkan waktu tengahhari. Ramai pelajar yang turun untuk mengisi perut.

Di suatu sudut, seorang lelaki sedang duduk sambil mengelamun. Kemudian datang seorang sahabatnya menyergah.
"Weh! Kau buat apa? " sergah khalish.
"Allahuakbar! "Terperanjat pemilik nama Qayyum Irsyad. "Ehh kau ni dah kenapa main sergah-sergah? Terperanjat aku.. Kalau ya pun sekurang-kurangnya bagi lah salam dulu, ini tak buat aku sakit jantung aje kau ni. Tak ada adab langsung!.. Panjang lebar dia mengomel kepada sahabatnya.

"Alahh kau ni, itu pun nak terperanjat. Itulah berangan tak ada ingat sekeliling.. Padan muka kau.. Hahaha. Btw Assalamualaikum wahai sahabatku yang hensem.. " Khalish buat muka menyampah. Berani pulak si khalish ni buat muka macam tu depan Qayyum. Kang tak pasal² kena ceramah free dengan si Qayyum ni.

"Haa.. Macam ni lah sahabat till jannah. Apabila bertemu sahabatnya, benda pertama yang dibuat ialah mengucapkan salam, kemudian bersalaman dan ukirkan senyuman.. Itu baru sunnah. Ini tak.. " ucap Qayyum.
Ahh sudah si Qayyum ni. Dah keluar dah ceramah dia.. Itu lah kau khalish jangan main-main dengan dia ni.

"Ehh jom lah lunch. Kau tak lapar ke dok terperap dalam library ni dari tadi. Jap gi kita ada kelas. Kang lambat, tak pasal-pasal kena leter ngan lecturer. Aku tak nak kena macam tu, bikin malu oii!! "

"Ha'ah kan?? Jap bagi aku 5 minit nak settlekan apa yang patut. Kau jalan dulu. Nanti aku follow"

"Ye lahh.. Aku jalan dulu. Tunggu kau kat koridor depan tu ehh! " ucap Khalish sambil melambai tangan kepada Qayyum.

"Dah kenapa si khalish ni, buang tebiat ka apa siap lambai tangan kat aku. Apa-apa je lah khalish... Haih, mana pulak kad matrik aku ni? " Automatik tangannya menggaru kepalanya yang tak berapa nak gatal tu. Rasanya tadi aku ada pegang, lepastu, letak atas buku dan aku tak tinggal kat mana-mana pon.. Aduh, time² macam ni lah segala benda nak hilang. Mana ehh?? Jap gi dah la ada kelas. Habiss lah aku.. " omelnya lagi

"Woii kau ni, tadi cakap 5 minit, ni bukan 5 minit dah ni, 50 minit dah aku tunggu kau. Kau cari apa ni?? gelisah semacam je aku tengok. "

"Aku cari kad matrik aku la.. Entah mana aku letak. Rasanya aku bawak tadi. Tak tinggal kat mana² pon. "

"Cuba kau cari kat dalam poket seluar kau ke, baju ke..? Mana tahu kau ada letak dalam tu. " cadang Khalish.

"Ehh! Ni kad matrik sape yang ada dalam baju aku ni? Perempuan pulak tu, takkan lahh???" Qayyum menggaru sikit belakang kepalanya menandakan dia sedang resah.

"Kad matrik sape yang kau simpan ni? Bak sini aku tengok. " Giliran khalish pulak yang melihat kad matrik tersebut.
Tak pernah nampak pun sebelum ni. Siapa perempuan ni? Ermm boleh tahan cantik, manis pulak tu senyuman dia. Khalish dah miang semacam..

"Heyy kau ni, pantang nampak perempuan.. Cuba tundukkan sikit pandangan tu"
"Ehh.. Ni dalam gambar la.. Kalau tak tengok macam mana nak tengok siapa punya. Tapi, macam mana kau boleh ada kad perempuan ni??

"Hurmm... Qayyum seakan mengingati sesuatu. Mungkin waktu aku terlanggar dengan perempuan tu kot tadi kat depan library ni. Macam mana ni, takkanlah aku nak pakai kad matrik dia kot. Malu lah kalau orang tengok. Aduh! Minta-mintalah perempuan tu perasan yang kad matrik dia tertukar dengan aku. Monolog Qayyum dalam hati. Dia membelek-belek kad matrik tersebut. Nama dia Qalbie Insyirah binti Baihaqi. Course pentadbiran islam sem 1. Patutlah tak pernah nampak sebelum ni, dia student sem 1 lah khalish.. Kita ni kira senior dia la.." Beritahu Qayyum.

"Jom lah, kita pergi makan dulu, nanti tak sempat pulak nak makan. Untung-untung kalau jumpa perempuan tu, boleh la kau tukar balik kad matrik kau. "Ujar Khalish lagi.

"Hurmm jom lah.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience