HCS 2-Tinggal bersama Opah

Family Completed 11410

Puan Fatimah kasim, adalah ibu kepada Puan Latifah, dia sudah 7 tahun kematian suami, Puan Fatimah tinggal di rumah peninggalan suaminya, Anak sulung dan anak keduanya membina rumah di tepi dan belakang rumah Puan Fatimah. Puan Fatimah tidak menyukai sikap menantunya Sharifuddin kerana dia seorang yang bongkak, tetapi Puan Fatimah paling sayang pada Sara kerana Puan Latifah merupakan anak bongsu Fatimah yang paling di sayanginya.

Puan Fatimah menunggu kedatangan Sara, dia sudah dihubungi oleh Latifah supaya menjaga Sara sepanjang kehamilan gadis itu.

Sebaik mendengar keputusan suaminya, Puan Latifah senyap senyap masuk ke biliknya dan menghubungi Puan Fatimah.

"Mak,Pah nak hantar Sara ke rumah mak, boleh tak mak tolong Pah jagakan Sara untuk Pah"ujar Puan Latifah.Puan Latifah tahu rumah Puan Fatimah tempat paling selamat Untuk Sara, dan Encik Sharifuddin juga tidak akan pergi ke rumah ibu mentuanya itu selepas mereka berdua berselisih faham beberapa tahun yang lalu.

Selepas itu Puan Latifah meminta Naina memandu Sara ke kampung Puan Fatimah.

"Mak tak kisah pun nak jaga Sara tapi kenapa tiba tiba macam ni?"soal Puan Fatimah.

"Sebab Sara dah hamil mak, Abang Din halau sara dan tak benarkan Sara tinggal disini lagi"balas Puan Latifah.
"Sara hamil?, bila Sara berkahwin?"Puan Fatimah sedikit hairan dengan perkataan anaknya.

"Itulah yang menjadi punca kekecohan di rumah ini tadi mak, nanti mak cuba tanya Sara kalau dia ingat siapa yang menghamilinya boleh tak, dia ada pergi ke pesta ulang tahun kelahiran kawan dia bulan lepas!"pesan Puan Latifah.

"Baiklah Pah, mak akan jaga Sara sama seperti mak jaga kamu dulu."balas Puan Fatimah.

Tiap tiap bulan Pah akan hantar duit pada mak macam biasa, Abang Din pun nanti akan hantar duit pada Sara, soal duit mak jgn risau ya."ujar Puan Latifah.

"Soal duit Pah tak perlu risau, duit yang selalu Pah kirim pada mak masih tak terusik dalam bank, anak si along, Fahmi pun dah abis belajar di U, kalau mak nak beli apa apa, mak minta tolong dari Fahmi saja"balas Puan Fatimah.

"Kalau ada apa apa mak cepat cepat telefon Pah ya."pesan Puan Latifah lagi.
"Ish kamu ni Pah, layan mak macam budak tadika."sungut Puan Fatimah.

"Bukan maksud Pah begitu mak, Pah pesan jer, lagipun Pah mana pernah berjauhan lama lama dengan Sara tu,mak pun tahu kan"ujar Puan Latifah.
"Iya mak faham, tak mengamuk ke Cikgu Sharifuddin tu?."soal Puan Fatimah.
"Mestilah mengamuk mak bergegar alang rumah ni dengan jeritan Abang Din tu, sebab tu Pah cepat cepat hantar Sara ke rumah mak, "kata Puan Latifah.
Selepas mendengar keputusan suaminya untuk menghalau Sara,Puan Latifah tahu rumah ibunya tempat yang paling selamat untuk Sara berlindung, Latifah juga akan rasa senang hati kerana tahu Sara dalam keadaan yang selamat dan ada yang melindunginya.

****

"Sara jangan tidur ya, Kak Ina dah lupa arah nak pergi ke rumah opah Sara tu. Kalau nak ke kampung opah tu Kak Ina masih ingat, dari pintu gerbang kampung tu Kak Ina dah lupa"kata Naina.

"Kalau Kak Ina kahwin dengan Abang Fahmi mesti tak lupa kan?"usik Sara. Tersipu sipu merah wajah Naina mendengar nama lelaki itu disebut.

****
"Opah..... Mi datang ni"Fahmi meluru masuk ke dalam rumah opahnya.
"Amboi pakai lawa lawa nak kemana, nak jumpa gepren ke?"usik Puan Fatimah.

"Mana ada jumpa gepren, Mi datang nak bawa opah pergi pekan, kita makan mee Bandung kemudian minum air Bandung, jom opah"ajak Fahmi.
"Opah tak boleh pergi ke mana mana, opah tengah tunggu Sara ni, dia dah on the way"ujar Puan Fatimah dengan ceria .

"Sara nak datang sini, Yes untung juga Mi pakai ganteng begini, siapa yang hantarkan dia opah,abah budak perempuan yang dulu tu ke?"soal Fahmi.
"Opah tak tahu sebab opah tak tanya. Mak Su kamu cakap Sara nak tinggal di rumah opah ni dalam setahun,itu jer maklumat yang opah tahu "kata Puan Fatimah.

"Itu ada kereta masuk sini kereta Sara la kot"Puan Fatimah semakin tidak sabar untuk bertemu dengan cucu kesayangannya.

Sara sudah melihat opah dan seorang lelaki muda di sisi opah.

"Yay, Abang Fahmi ada,baru je sebut, panjang umur dia... Tak bosanlah hidup sara di sini Kak Ina."jerit Sara.

"Abang Fahmi yang mana? "soal Naina pura pura. walaupun dia teramatlah kenal dengan lelaki bernama Fahmi itu.

" Ala.. abang sepupu Sara, anak pak long. Kak Ina kenal la, Abang Fahmi yang bawa Kak Ina pergi ke dusun buah dulu. "Sara memberikan idea supaya Naina dapat mengingati siapakah Fahmi.

"Oh si penakut tu."kata Naina.
"Abang Fahmi penakut? Kak Ina salah orang ni"ujar Sara.
"Kak Ina tak salah orang, Fahmi yang bawa Kak Ina pergi ke dusun buah dulu, ada seekor pacat memanjat ke atas selipar Kak Ina lalu Kak Ina minta tolong dia untuk buang pacat tu tapi dia tak nak tolong sebab dia pun takut, geli dia kata. Sotong la tu."kutuk Naina.
"Kak Ina tengok tu. Hensem dan gagah macam tu boleh ke jadi sotong?."Sara memuji Fahmi.

Kereta yang di pandu Naina berhenti di hadapan tangga rumah Puan Fatimah.

Sara berlari keluar mendapatkan puan fatimah.
"Opah..... Opah opah.. Opah.. .. Oppa gangnam style, sara rindu opah."jerit Sara.
"Apa ni Sara terkinja kinja menari macam ni."Puan Fatimah memarahi cucunya yang nakal itu.
"Ala opah tak tengok channel korea ke, ini la tarian oppa gangnam style... Nanti Sara ajar opah tengok drama korea ok."balas Sara.

"Sara, ini beg Sara, Kak Ina balik dulu ya. "ujar Naina. Fahmi mengambil beg dari Naina dan membawa beg itu ke atas rumah.

"Tunggu la dulu cik driver. Kita makan tengahari dulu, Sara, jemput kawan naik."Ajak Puan Fatimah.

"Jemput naik Ina."ajak Fahmi, menatap Lama wajah kesayangan yang dirinduinya.

"Opah suruh Sara,tapi Fahmi pula yang melebih lebih."sindir Puan Fatimah.

"Opah ni buat buat tak kenal Kak Naina pula, tu kan Crush abang fahmi dulu. "Sara berbisik di telinga opahnya.
"Oh, Cucu menantu tak jadi dulu tu ke?. "Puan Fatimah turut berbisik di telinga Sara.

"Apa ni opah dan cucu perempuan berbisik berdua, mengumpat ke?. "marah Fahmi.
"Syuh syuh, pergi bercinta di sana, sibuk jer nk join geng gossip cucu dan opah ni"Kata kata Puan Fatimah menyebabkan Naina bertambah malu.

"Tapi Mi pun cucu opah lah. "kata Fahmi.

"Sorry Abang Mi, girls talk only. "ujar Sara.
"Oergilah sana layan tetamu special Mi tu. "Puan Fatimah memberi arahan.

Fahmi memandang ke arah Naina yang hanya berdiri di tepi sofa rumah Puan Fatimah. merona merah pipi gadis cantik itu bila mendengar arahan dari opah, melebar senyuman naina.

Fahmi terpana melihat kecantikan naina sebagai seorang wanita muda. Pertemuan pertama mereka ialah ketika mereka berumur 15 tahun. Waktu itu masing masing masih comot, kini Naina sudah berubah menjadi gadis yang jelita. Rusuk kiri Fahmi tiba tiba bergetar.

"Ya Allah Inikah jodoh darimu untuk aku."bisik hati kecil Fahmi.
"Fahmi apa khabar."gembiranya hati Fahmi mendengar suara merdu itu.
"Alhamdulillah, sihat, Ina buat apa sekarang."soal Fahmi.

"Ina sekarang tengah tunggu tawaran kerja."balas Naina.
"Mi happy dapat jumpa Ina semula."
"Ina pun sama."
"Ok sudah sudahlah bercinta tu, sejuk pula lauk pauk opah masak, bukan kenyang pun klau renung merenung macam tu."teguran dari Puan Fatimah mematikan renungan dua anak muda itu.
"Jom Kak Ina, masuk bilik Sara, kita salin baju. "Sara menarik tangan Naina.

Sara meminjamkan bajunya kepada Naina.
"Kak Ina tak nak stay sini seminggu, teman Sara."Sara memujuk Naina.
"Tak boleh la Sara, Kak Ina datang sehelai sepinggang jer sara oii."kata Naina.

"Ok esok kita keluar shopping baju Kak Ina. Temanlah Sara Kak Ina, Abang Mi pun mesti suka kalau Kak Ina di sini untuk seminggu."pujuk Sara.
"Baiklah, Kak Ina akan stay."balas Naina.

Fahmi ialah crush pertama Naina, walaupun Fahmi kuat mengusik tetapi Naina tahu itu caranya budak lelaki menarik perhatian daripada orang kesayangan mereka, Naina akan gunakan tempoh seminggu ini untuk menduga hati Fahmi. Naina juga sudah jatuh cinta melihat kematangan dan ketampanan fahmi yang lebih tampan dan segak bergaya itu.Sara dan Naina menuju ke dapur selepas selesai bersalin pakaian.
"Ada apa apa yang Ina boleh tolong opah?"Naina menawarkan diri untuk membantu.
"Semua dah siap, jom kita makan"opah menarik tangan Naina ke meja makan itu.

Sewaktu makan tengahari.
"Abang mi, esok bawa Sara dan Kak Ina keluar ya, kak Ina nak beli baju untuk seminggu, Kak Ina akan stay di sini selama seminggu boleh kan opah?"soal Sara.

Fahmi tak sabar menanti jawapan dari opah. Puan fatimah sedar kelakuan cucu terunanya itu, opah mahu mengenakan cucunya yang nakal itu.
"Mi suka tak?."soal Puan Fatimah
"Suka"balas Fahmi
"Mi suka apa?.'Puan Fatimah memerangkap cucunya yang asyik memandang wajah kesayangannya.
"MiSuka Ina. "Tanpa sedar Fahmi meluahkan isi hati.
"Oh barulah opah tahu tapi Ina tak boleh stay sini kalau Mi ada dalam rumah ni."usik Puan Fatimah.
"Ok ok Mi balik rumah mak bapak Mi sekarang juga "balas Fahmi dengan nada merajuk.
"Ala, kesiannya Abang Mi Sara ni, sedih ke merajuk, tu, tapikan, Abang Mi saja nk buat lawak kan. Kalau Abang Mi keluar dari pintu rumah opah, pusing kanan, jalan 5 langkah dah sampai depan pintu rumah Abang Mi tu"kata kata Sara disambut dengan gelak ketawa oleh opah dan Naina.
"FAHMI, TAK RETI NAK BALIK MAKAN TENGAHARI KE? "Suara Fatihah,umi Fahmi memanggil nya pulang.
"MI TENGAH MAKAN KAT RUMAH OPAH NI UMI"Fahmi membalas laungan uminya
"Apa menjerit ni Ni, balik dulu beritahu umi baik baik, kemudian datanglah semula, lama lagi Sara dan Naina stay di sini."pujuk Puan Fatimah.
"Tapi ina di sini seminggu jer."Fahmi
"Lebih baik kamu balik beritahu mama kamu tu dah gatal nak kahwin. seminggu tu lama tahu tak 7 hari lamanya."ujar Puan Fatimah.

Puan Fatimah cuma mempunyai tiga orang anak sahaja. Anak sulungnya, lelaki bernama Latif iaitu ayah Fahmi. Anak kedua bernama Latisha dan yang ketiga ialah puan Latifah. Puan Latisha juga sudah bergelar janda, suaminya menceraikannya untuk bersama wanita lain, sejak itu dia pulang ke rumahnya yang berada di belakang rumah ibunya. Latisha pernah menaruh hati pada sharifuddin terapi sharifuddin telah masuk meminang adiknya, sejak itu Latisha berdendam dengan latifah. Puan fatimah mengetahui tentang dendam dan amarah latisha bimbang jika Sara menjadi mangsa dendam ibu saudaranya itu. Latisha bertambah benci kerana dia tidak dianugerahkan seorang anak pun.
Hal inilah yang menyebabkan puan fatimah tidak mrnyukai menantunya sharifuddin. Shariffudin baru menjejakkan kaki ke maktab perguruan ketika itu, dia menyulam Asmara bersama Latisha sejak di bangku sekolah, pada satu hari raya, Shariffudin bertandang je rumah latisha dan jatuh cinta pada Latifah yang lebih muda dan lebih cantik. Shariffudin masuk meminang Latifah, akibat marah, Latisha pantas menerima pinangan Ghazali. Ghazali menceraikan Latisha kerana Latisha gagal memberinya zuriat. berlakunya pergaduhan kepada dua orang anak perempuan Fatimah menyebabkan Puan Fatimah membenci Shariffudin.
"Abdng Mi tak ada teman wanita di universiti ya?"sial Sara.
"Kunci pintu hati Abang Mi dah lama hilang"balas Fahmi
"Gilang di mana?"soal Puan Fatimah.
"Hilang di dusun buah atuk, tapi Abdng Mi takut dia dah buang kunci tu, "kata Fahmi.
"Macam mana Kak Ina, ada lagi tak kunci tu?"soal Sara kepada Naina.
"Kunci apa pula ni, Ina tak adapegang apa apa ya"Naina menyangkal dakwaan Fahmi.
"Mi pernah luahkan perasaan Ni pada Ina ni?"soal Puan Fatimah.
"Tak pernah tapi Mi tahu kami ada perasaan yang sama "Fahmi berkata dengan yakin.
"Betul ke Aina ada perasaan pada Fahmi, sukakan Fahmi ni?"soalan Puan Fatimah kini ditujukan kepada Naina.
"Tidak, Naina tak suka kepada Fahmi "dengan yakin Naina membalas.
"Dengar ru Fahmi, selama ni awak cuma bertepuk sebelah tangan sahaja."sindir Puan Fatimah.
"Abang Mi, mak panggil balik. Assalamualaikum Opah, hai Kak Sara dan Kak Cantik... Umi... Abdng Mi tengah main mata dengan Kakak Cantik "laung Fahim lalu berlari pulang ke rumahnya.
"Ina, Abdng balik dulu ya, esok kita pergi ke pekan ok Sara"Ujar Fahmi sebelum pulang ke rumahnya.
"Sara, Kak Ina nak balik terus selepas solat Zohor, segsn pula nak stay sini untuk seminggu "kata Naina.
"Ala, janganlah begitu Kak Ina, opah ok jer, kita bukan tinggal di rumah ok pak long Atsu mak ngah, kita berdua tinggal di rumah opah kan opah"kata Sara
"Apa yang Naina nak segan, malu dengan bakal mentua ya?"soal Puan Fatimah.
"Naina ni anak pemandu je opah, kerja pun belum ada, mana layak berganding bahu dengan graduan universiti."Naina menyuarakan isi hatinya.
"Sara anggap Kak Ina seperti kakak Sara sendiri maknanya Kak Insan pun cucu opah tak gitu opah "Sara, meminta pertolongan daripada opah untuk memujuk.
"Betul tu, lagipun rumah ni ada banyak bilik, dan Naina boleh teman opah memasak bila Sara dah sarat nanti, Naina tak kesian kat Ipah ke?"ratu Puan Fatimah.
"Assalamualaikum mak, mana bakal menantu tiha tu, "umi Fahmi muncul di hadapan tangga rumah Puan Fatimah.
"Naina berlari masuk ke biliknya.
"Kamu datang mengejut Tiha, dah lari masuk bilik tetamu tu"balas Puan Fatimah.
Fatihah pergi ke bilik Naina.
"Assalamualaikum... buka lah pintu ni Umi nak berkenalan saja"pujuk Fatihah.
"Mak long balik dulu, esok lusa pun boleh jumpa,Sara bawa ke rumah mak long ya"pujuk Sara.
l

jika ada typo harap maaf ya, edit masa tengah mengantuk, mungkin ada satu dua yang terlepas pandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience