HCS 1-Aku mengandung.

Family Completed 11410

Kereta sederhana mewah itu berhenti di hadapan sebuah rumah yang besar,  sebuah rumah kampung yang cantik, ukiran-ukiran yang terdapat pada kayu melambangkan ketinggian darjat pemilik dan penghuni rumah itu.  Pemandu itu,
Encik Murad terkocoh kocoh keluar membukakan pintu kereta untuk cik muda rumah iaitu Sara.

Sepasang suami isteri dalam lingkungan usia 55 tahun sedang menikmati minum petang di beranda rumah

"Apa kata doktor Sara?"soal Latifah.

"Erm. Sa... Sara mengandung 6 minggu ibu. "balas Sara.

"APA??? Dengan siapa kau melakukan perkara terkutuk ini? Cakap pada aku, aku nak bunuh lelaki itu. "Encik Sharifuddin sudah menyinga.

"Sara tak tahu ayah. "balas gadis itu.

" APA AKU DAH BERI KAU AJARAN SALAH KE SELAMA INI SARA?"soal Encik Shariffudin dengan lantangnya
"Kanda... Bertenang, kalau kanda marah marah, Sara  lagi takut,  tak ke mana perbincangan kita ni. Suara tu kendurkan sikit, nanti satu kampung datang bertandang. "Puan Latifah memujuk suaminya itu. Dia faham benar dengan kemurkaan suaminya itu.

"Sara.. Sara... Sara tak tahu macam mana  Sara boleh mengandung?"ujar Sara.
"Aku berani bersumpah aku tak tahu, aku masih waras untuk membenarkan lelaki yang bukan suami menyentuh tubuh aku, sedangkan Ikmal kekasih hatiku tidak pernah memegang tanganku ini. Aku juga bukan seperti ibunda Nabi Isa, iaitu Siti Maryam yang telah di berikan keistimewaan untuk mengandungkan nabi Allah Isa tanpa ada kehadiran suami di sisi. "fikir Sara.

"Kau tak tahu, sini aku ajar,  kalau seorang lelaki memasukkan spermanya ke dalam rahim seorang wanita melalui hubungan seks, maka mengandunglah wanita itu,  sekarang kau cakap jantan mana yang rela hati dah dermakan sperma dia pada kau? "Kemarahan Encik Sharifuddin masih belum sirna.
"Sara betul betul tak tahu ayah. Sara tak ada ingatan tentang perlakuan sumbang sebegitu. "ujar Sara.

"Sara kata Sara mengandung sudah 6 minggu, bukankah bulan lepas Sara minta izin nak tidur di rumah kawan Sara tu, apa jadi masa tu?. "soalan dari Puan Latifah menjentik ingatan Sara ke satu pesta ulang tahun kelahiran seseorang yang rapat dengannya.

'Iya Ibu Sara baru teringat, Sara minta izin untuk pergi ke majlis hari lahir Mahfuzah, dia ajak Sara ke majlis dia yang dilangsungkan di kota, kami semua tidur di bilik hotel yang ditempah, Sara tidur sebilik dengan semua tetamu perempuan, tiada apa apa pun yang berlaku ibu,"cerita Sara.

"Puan Latifah, awak beritahu saya. Macam mana saya tak marah, dia melakukan hubungan seks dengan lelaki yang dia tak kenal. Sekarang siapa yang nak bertanggungjawab.  Gugurkan.. Gugurkan kandungan kau sara. ,"jelas arahan daripada Encik Sharifuddin.
"Tidak, ini anak Sara, Sara akan jaga anak ini. "balas Sara.
"Ayah bagi Sara cuma 2 pilihan saja, gugurkan kandungan Sara, atau keluar dari kampung ini. Ayah tak ada anak macam Sara. Dan ayah tak nak besarkan anak haram Sara tu. "kata Encik Sharifuddin.

"Ya Allah kanda, kemana Sara nak pergi. Kita sepatutnya melindungi dia, bukan menghalaunya pergi"Puan Latifah jelas tidak bersetuju dengan permintaan daripada Encik Sharifuddin.

"Jadi awak nak orang kampung ni tahu Sara  mengandung anak luar nikah?  Saya ni bekas guru besar sekolah, satu kampung sanjung saya sekarang mana saya nak letak muka saya ni anak perempuan sorang pun saya tak boleh nak jaga. Pergi kemas kain baju Sara dan keluar dari kampung ni, jangan harap ayah nak bagi duit pada Sara, dan awak Puan Latipah, Awak jangan cuba cuba nk tolong Sara ya. "Amaran diberikan oleh Encik Sharifuddin.

Sara berlalu ke biliknya dengan lemah.. Dia masih merasa lemah kerana muntah tak berhenti sepanjang perjalanan pulang dari klinik tadi, sepanjang perjalanan tadi sara cuma berharap untuk baring di atas tilamnya... Tilam yang dia miliki untuk 20 tahun.

Sara masih teringat saat kekecohan ini berlaku. Pagi ini Sara bangun dengan perasaan kurang enak, badannya sedikit panas, Sara sangka dia demam selesema, tiba waktu sarapan, semua makanan tidak nampak menyelerakan.

"Ibu, dah lama ibu tak masak bihun singapore kan?"soal Sara.

"Sara mengidam ke?, pelik betul tanya bihun goreng Singapore pula"sindir Encik Sharifuddin.
"Bukanlah ayah, dah lama ibu tak masakkan bihun goreng Singapore, tekak ni tiba-tiba teringin."balas Sara.
"Ala,, bihun dah habis, nanti kanda belikan bihun ya, Sara, petang ni kita hi tea dengan bihun goreng Singapore. Sekarang Sara makan nasi lemak ni, nasi lemak ibu pun favourite food Sara kan?. "ujar Puan Latifah.

Selepas suapan pertama, Sara berlari ke singki untuk memuntahkan apa yang baru di makannya.
"Pah, bila kanda tengok Sara sekarang ni teringat kenangan Dinda muntah saat mengandungkan Sara dulu, Sara tu mengandung ke? "soal Encik Sharifuddin.
"Tidak ayah, dari bangun tidur lagi Sara sudah rasa tak enak badan, rasa seperti nak Demam, cuba ibu check"ujar Sara. Puan Latifah mendekati Sara dan menyentuh dahi anaknya.
"Betullah kanda, dahi Sara ni panas, kanda ni nama jer cikgu, kalau perut masuk angin orang lelaki pun boleh muntah tahu, tapi orang lelaki tak boleh mengandung betul tak?"ujar Puan Latifah.
"Makin melarat panas Sara ni ibu, pening macam nak pitam. "rungut Sara.
"Kejap ibu nak telefon Pak Murad, minta hantar ke klinik. "kata Puan Latifah.

Sara kembali termenung di atas katilnya itu.
"Kalau ayah dah halau aku keluar, tak adalah bihun Singapore hari ni. Sara mula mengeluarkan pakaiannya untuk dikemaskan seperti arahan daripada bekas cikgu besar pencen itu.

Sewaktu Sara melipat kain bajunya, tangan milik Puan Latifah mencapai pakaian Sara.Sara terkejut dan melihat ke arah ibunya.

"Jangan tolong Sara bu... Nanti ayah marah ibu pula "pujuk Sara.

"Berani ke ayah nak marah ibu."Puan Latifah berlagak.
"Amboi ibu, belakang ayah macam singa betina, depan ayah terus jadi tikus mondok. macam cencorot "gelak Sara.
"Tak pe, itu urusan ibu dengan ayah, ni ambil.
Sara membuka uncang yang diberi oleh Latiffah dan terdapat beberapa utas rantai dan gelang emas di dalamnya. Sara mahu menerima pemberian ibunya tetapi takut jika ibunya turut dihalau dari rumah tersebut kerana telah membantunya.

"Sara tak nak ibu, ini barang barang ibu."tolak Sara.
"Ini semua bukan barang barang ibu, ini barang barang milik sara, tengok gelang kecil ni, ini gelang pertama Sara masa Sara masih bayi. Dan ini rantai leher Sara, kan ada nama Sara pada rantai ni. Ibu memang beli untuk Sara dari Sara baby untuk kegunaan Sara. Ayah tak bagi ibu tolong Sara tapi ayah tak boleh larang ibu hantar duit pada opah. Naina sudah tunggu Sara di depan rumah. Ibu dah minta Naina hantar Sara ke rumah opah, Sara tinggal dengan opah ya, lega hati ibu bila tahu di mana Sara tinggal.

Emak Puan Latifah, iaitu Puan Fatimah, tinggal 100 kilometres dari rumah Encik Sharifuddin. Naina juga memang selalu menghantar Sara pulang ke rumah opahnya sejak dia memiliki lesen memandu sendiri. Naina juga sudah sering berlaku sandang ke rumah Puan Fatimah dari zaman sekolah kerana menemani Sara.Naina sudah dianggap sebagai kakak Sara oleh Encik Sharifuddin dan Puan Latifah.

Naina, anak Encik Murad, berusia tua 2 tahun dari Sara, Naina selalu menjadi pemandu peribadi Sara selain Encik Murad, selepas Naina memiliki lesen nemandu. Naina sudah menamatkan pengajian nya dan sedang menunggu tawaran kerja.

Sara menarik beg trolinya keluar dari bilik,
"Percaya pada diri.... Nyanyian Sara mati bila terpandang wajah dingin lagi tajam milik Encik Sharifuddin. Niatnya untuk mem'parodi'kan detik pemergian peserta Akademi Fantasia yang terkeluar pada setiap minggu gagal.

"Bagi pada ayah semua wang yang ibu bagi pada Sara tadi sebelum Sara melangkah kaki keluar dari sini"ujar Encik Sharifuddin menghulurkan tangan.
"ibu takde bagi duit pun..'balas Sara.

Dan sara tidak menipu kerana Puan Latifah cuma memberikan Sara barang barang kemas miliknya sahaja.
"Sara dah fikir nak pergi kemana?."soal Encik Sharifuddin dan Sara cuma menggelengkan kepalanya.

"Kalau tak ada tempat tinggal, Sara gugurkan kandungan tu, dan teruslah tinggal di sini dengan kami. Petang ni kan ibu nak masak bihun singapore, kejap lagi ni ayah nak pergi belikan bihun untuk ibu, kenyanglah perut ayah mkn bihun tu sorang sorang. "Encik sharifuddin menepuk nepuk perutnya dan membuat memek muka kesedapan menikmati bihun yang bakal di makannya petang nanti untuk memujuk anaknya.

"Sara pun dah pandai masak bihun singapore tu,mudah jer"balas Sara yakin dengan keputusannya Untuk pergi dari rumah ibu dan bapanya.
"Tapi air tangan Sara tak setanding dengan air tangan ibu"perli Encik Sharifuddin lagi.

Sara akui bihun Singapore yang dimasak ibunya the best in the world.
"Ya Sara akui air tangan ibu memang terbaik tapi.. Sara tak sanggup untuk membunuh kandungan ini, Sara tak akan sesekali gugurkan kandungan Sara. Ayah jangan risau, Sara pasti jumpa tempat berteduh nanti."Sara kental dengan tekadnya.

"Nah ambil ni, ayah cuma ada cash rm2000 ni sajae,nanti ayah bank in ke akaun Sara lagi. Pergi cepat. Dah lama Naina tunggu kamu tu"Encik Sharifuddin menghulurkan sebongkah wang kepada Walaupun marah, Encik Sharifuddin mahu pastikan kebajikan anaknya itu terjaga.

"Terima kasih ayah, Sara minta maaf, Sara akan buktikan kepada ayah Sara tak berzina seperti anggapan ayah terhadap Sara"ujar Sara,dia menyalami tangan kedua ibu bapanya.

Sara turun dari rumah lalu berpelukan dengan Naina.
"Sini Kak Ina tolong bawakan beg Sara. Naina memasukkan bagasi Sara ke dalam Bonet kereta dan bersedia untuk memulakan pemanduannya.
"Fasten your seatbelt princess"ujar Naina.

"Cikgu...Puan kami pergi dulu"Naina memberi lambaian terakhir kepada ibu bapa Sara. Sara pula langsung tidak mahu memandang kedua ibu bapanya Untuk kali terakhir.
"Naina tolong tengokkan Sara ya"sempat Puan Latifah berpesan.

Setelah Sara dan Naina hilang dari pandangan mata...

"Elleh abang.. Tak bagi saya tolong konon..."sindiran pedas dari Puan Latifah.
"Saya sengaja minta duit jer dari Sara sebab saya tahu awak pasti beri barangan emas pada dia, bijak betul isteri saya ni."Encik Sharifuddin membalas sindiran isterinya.
"Mestilah Saya pandai, bini guru besar...."balas Puan Latifah sambil tertawa riang.

"Ya mak ayah dah pandai tapi dapat anak perangai bengap tu dari siapa?"soal Encik Sharifuddin.

"Apa ni kanda, mengata anak sendiri bengap, Sara tu mudah percayakan orang, sebab tu mudah kena tipu."kata Puan Latifah membela anak tunggalnya itu.

"cepat betul Naina sampai, bila awak panggil dia?"soal encik Sharifuddin.
"Sebelum saya masuk jumpa Sara tu saya mesej Naina dulu"kataPuan Latifah.

"Awak telefon Naina sekarang, minta patah balik sekejap, saya pergi belikan bihun, awak masakkan untuk Sara ya, rasa tak sampai hati nak biarkan dia pergi sebelum sempat makan apa yang dia mahu. Lagipun saya nak pergi ambil duit lagi RM 3000"kata Encik Sharifuddin. Puan Latifah menghubungi nombor Naina dan meminta Naina patah balik semula ke rumah mereka.

"Kak Ina singgah pasaraya sekejap, Sara nk beli groceries dan sedikit pakaian baru.'kata Sara.

"Sara nak tahu abah Kak Ina dah cite pada Kak Ina apa yang berlaku pada Sara"kata Naina.
"Sara terdiam, Ya sepanjang perjalanan pulang dari klinik Sara membebel bebel keseorangan tentang nasib buruk yang menimpanya, pasti Enncik Murad sudah mendengar semua keluhan Sara ketika itu

Di pasaraya Sara membeli beberapa helai pakaian mengandung. Jurujual di kedai itu tidak memandang serong kepada Sara walaupun jelas wajah Sara masih seorang pelajar. Jurujual itu, Azlina, memberitahu Sara tentang beberapa pakaian sesuai untuk ibu mengandung seperti maternity underwear, dan juga stocking. Azlina sempat berpesan supaya Sara membeli susu untuk ibu mengandung.

"Mesti akak ni dah berpengalaman mengandung. "hati kecil Sara berkata.

"Eh sara.... Kenapa beli pakaian untuk orang mengandung ni, kau mengandung ya." Mahfuzah yang tiba-tiba muncul mengejutkan Sara.

"Ada peraturan ke tak boleh beli pakaian mengandung untuk orang lain? Kenapa kau nak menyibuk."Naina mengusir Mahfuzah dari situ .

"Tapi kan kalau aku lihat dari seri wajah Sara ni ada seri Ibu mengandunglah"Mahfuzah kembali ke sisi Sara.
"Ya sebab Sara ni cantik dan kau tu pula cuma ada seri penyibuk."Naina kembali menyelamatkan Sara .

"Sara dah bayar semua ni kan, jom Sara, kita pergi, abaikan langau ni."Naina menarik tangan Sara untuk pergi dari situ.

"Kak Ina, Sara yakin Sara telah diperangkap, sekarang ni entah Kenapa hati Sara yakin bahawa Mahfuzah ialah dalang dan penyebab keadaan Sara sekarang ni."ujar Sara.

"Sara, Allah sentiasa ada bersama kita, Sara minta petunjuk dari Allah ya.
Sara kena sabar tau,Doa orang teraniaya ni makbul, doakan semoga orang yang dah aniaya Sara dapat balasan yang setimpal."kata Naina sebelum berhenti ditepi keretanya kembali.

Usai membeli Naina memandu kereta pulang ke rumah Encik Sharifuddin. Sara tidak menyangka akan kembali ke rumah itu semula.

"Kenapa kita balik ke sini?"soal Sara.
"Jom kita masuk dulu, sebenarnya kan Kak Ina pun belum sarapan lagi, Tadi Puan call cakap nak buat bihun goreng Singapore, teringin juga Kak Ina nak makan, abah cakap sedap"balas Naina.

"Baiklah jom kita makan dulu, bihun goreng Singapore ibu tersedap di seantero dunia"jerit Sara dengan gembira

"Sara ini ayah nak beri RM 3000 lagi, Sara kena belajar manage duit sendiri. jangan lupa makan makanan yang berkhasiat dan beli susu ibu, jangan Asyik KFC dan McDonald's saja, tak berkhasiat fast food tu Untuk baby Sara"Pesanan daripada encik Sharifuddin sambil merakam video Sara menikmati juadah permintaannya pada hari itu. Walaupun dia kecewa dengan apa yang berlaku tapi Sara satu satunya permata hati Encik Sharifuddin dengan Puan Latifah, mustahil untuknya menanam kebencian pada anak itu, tetapi egonya tetap tidak berubah untuk tidak membenarkan anaknya tinggal di situ lagi.

"Terima kasih ayah."balas Sara.

"duit untuk Naina cikgu bagi pada abah Naina ya'kata Encik Sharifuddin.
"Duit apanya cikgu?soal Naina.
"Duit upah sebab jaga Sara dan upah memandu "balas encik Sharifuddin.
"Tak perlu bayar upah kepada Naina cikgu, Naina buat ni sebagai kawan baik dan kakak Sara, Naina janji akan jaga Sara dengan baik"balas Naina.

bagaimana dengan versi yang baru ini,puas hati Atsu membosankan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience