HSC04-Pertama kali ke kota

Family Completed 11441

POV Sara,

Apa agaknya perasaan anda jika tiba tiba disahkan mengandung tanpa nikah dan tidak ada suami yang boleh memegang tanggungjawab sebagai bapa kepada anak itu.

Itulah yang berlaku kepada aku, Aku tidak ada ingatan apa yang pernah berlaku kepada aku yang menjadi penyebab kepada kehamilan ku ini.

Dugaanku benar, ayah mengamuk lalu menghalau aku keluar dari rumah, ibu mencadangkan agar aku pulang ke kampung opah.

Seminggu pertama di kampung opah berjalan dengan lancar. Kak Ina ada bersama sama dengan aku, Mak Long Fatihah dan Pak Long Latif sangat sayang kepada aku, Abang Fahmi selalu mencarikan apa saja yang aku inginkan. semua keinginan aku terpenuhi, sesekali ibu datang melawat dengan alasan melawat opah, ayah tidak datang bersama ibu kerana dia masih marah kepada opah, opah mencadangkan agar aku tidak bertemu dengan Mak Ngah Latisha.

Sedari kecil aku tahu Mak Ngah Latisha tidak suka padaku kerana aku anak kepada ibu dan ayah, entah apa persengketaaan antara mereka,hal orang tua aku tak masuk campur kerana aku masih lagi kecil. Mak Ngah Latisha tidak memiliki anak dan tidak pernah menganggap aku sebagai anaknya waima anak saudara.

Kini usia kandungan aku sudah masuk 5 Bulan, Satu Hari Mak Ngah Latisha datang ke rumah opah dan menyebabkan opah terjatuh dan tidak dapat diselamatkan.

Opah telah pergi untuk selamanya dan Mak Ngah Latisha telah melarikan diri ke selatan Siam untuk berkahwin dengan Pak Haji Man. Ibu datang untuk membawa aku pulang ke rumah tetapi aku menolak dan masih ingin tinggal di rumah opah.Aku tak nak berjumpa dengan ayah. Jujur aku masih marah kepada ayah.Ibu kembali pulang ke rumah ayah dan Kak Naina kembali sebagai penjaga menggantikan opah.

Cukup tempoh kehamilan aku merasakan sakit yang teramat sangat. Kak Ina menjangkakan bahawa aku sudah mahu melahirkan. lalu Abang Fahmi membawa aku ke hospital. 4 jam berlalu aku masih belum melahirkan, aku sudah rasa nak putus nyawa menanggung siksa, aku tidak faham kenapa bayi ini seperti ingin menyiksa aku.

Tiba tiba terdengar suara Abang Fahmi di sisi. Dia meminta agar aku merelakan pemergian opah dan memaafkan semua orang yang telah menyakiti aku.

Kata kata Abang Mi membuka minda aku tentang konsep memaafkan. Aku merelakan pemergian opah, Aku memaafkan Mak Ngah Latisha dan juga ayah, serta memaafkan mereka yang telah mengakibatkan kehamilan aku,lalu dengan senangnya bayi aku meluncur keluar dengan laju. tangisan bayi adalah muzik yang paling indah terdengar ditelinga aku waktu itu . Rasa seperti tidak menyesal aku melawan ayah dan mempertahankan bayiku ini.

Keesokan harinya keluarga Pak long tiba dan Abang Fahmi mendaftar nama Anak pertamaku itu. Aku memilih nama Sharif sempena nama ayah, menurut pendapat pak long, ada lebih baik jika nama Sharif itu dibinkan kepada nama Fahmi daripada Abdullah, kerana jujur aku sendiri tidak tahu siapa bapa kepada anakku ini. Aku menyerahkan semuanya kepada Pak Long dan Abang Fahmi untuk menguruskan segalanya.

Setelah beberapa hari ibu tiba di hospital Untuk menguruskan urusan discharge aku keluar hospital. Aku dan Sharif di bawa pulang ke rumah ayah.
Aku nampak Binar kebahagiaan di mata ayah bila melihat Sharif di hadapan matanya, tetapi aku tetap tidak dapat melupakan saat di mana ayah meminta aku supaya menggugurkan anak yang comel ini,
Ayah menghulurkan tangan untuk mendukung Sharif tetapi Aku tidak ingin ayah menyentuh anak yang pernah dia sebut sebagai anak haram itu.

"Apa rancangan Sara selepas ni.?"soal ayah.

"Sara bercadang untuk pergi cari kerja di kotaraya."balas Sara.

"Sara nak bawa anak sara?."ayah menyoal lagi.

"Ya, sebab ayah tak nak tanggung anak Sara, jadi Sara akan bawa Sharif ke mana saja Sara pergi"balas aku dengan yakin.
Aku percaya ayah kecewa dengan keputusan aku untuk pergi mencari kerja sambil membawa Sharif.
"Bagilah ayah pegang cucu ayah tu sebentar saja"pinta ayah.

"Bukankah ini anak haram, tangan halal lagi suci ayah tak boleh pegang anak Sara"balas aku.

Beberapa peluang pekerjaan aku jumpa melalui satu syarikat mencari pekerjaan, 'Jobhunt.com'. Aku mahu mencari pekerjaan yang memberikan Aku tempat tinggal supaya lebih mudah untuk aku tinggal bersama sama dengan Sharif.Namun belum ada rezeki untuk aku bekerja, aku terus menetap bersama ibu dan ayah dirumah mereka.

Dalam diam ayah diminta oleh ibu untuk menjaga Sharif ketika Puan Latifah sedang memasak. Sara tidak boleh memarahi ibunya kerana memberikan peluang kepada Encik Sharifuddin untuk menyentuh Sharif.

POV penulis

Sara menerima panggilan interview Untuk sebuah syarikat pemasaran di kota raya. Puan Latifah meminta Sara untuk pergi sendirian ke ibu kota dan meninggalkan Sharif bersama mereka.
Sara tidak sanggup untuk berpisah dengan Sharif.

"Sara nak cari kerja betul tak, bila Sara dah dapat pekerjaan nanti Sara boleh balik ambil Sharif. Masa tu ibu tak halang Sara untuk bawa Sharif.
sekarang ni Sara nk pergi interview, siapa nk Jaga Sharif masa Sara di interview nanti?"soal Puan Latifah.

Sara Setuju dengan pendapat ibunya. Sara mengemas beberapa pakaian untuk di bawa ke kota.
Sara berat hati untuk meninggalkan anak tapi demi masa depan mereka berdua,Sara perlu lebih matang dalam membuat keputusan, Sara dihantar oleh Naina, mereka berdua mendaftar masuk ke sebuah hotel.

Awal pagi jumaat Sara perlu berada di syarikat swasta yang telah menawarkan pekerjaan kepada mereka.

Sara sudah hampir melelapkan mata bila Pintu bilik hotel mereka diketuk dengan kuat.
"Kak Ina!"seru Sara.
"Sara ada janji dengan sesiapa tak?"soal Naina.
"Tak ada pun, siapa lagi yang tahu kita ada disini cuma ibu Sara seorang saja"ujar Sara.

"Ok Kak Ina buka pintu, Sara pegang phone dan menyorok ok."Naina memberikan cadangan. Pintu dibuka perlahan lahan.
"Surprise"Fahmi membuat kejutan.
"Sara, abang Mi je"kata Naina.
"Kecewa nampak abang Mi, abang fikir Ina suka tengok abang"ujar Fahmi.

"Abang Mi!,buat apa disini?"soal Sara.
"Mak Su risau Sara dengan Ina berdua di kota besar ni, dia bagi tahu Abang Mi lokasi Sara dan Ina, kenapa tak beritahu Abang Mi Sara nak datang ke Kuala Lumpur ni?"soal Fahmi.

"Tak sempat nak beritahu pada semua, esok pagi Sara dah kena ada di syarikat yang panggil untuk interview tu"balas Sara.
"Kat mana?"soal Fahmi.

Synergy corporation di Putrajaya."balas Sara
"Kalau interview di Putrajaya kenapa menginap di Kuala Lumpur, jauh tu nak kesana, esok pagi Abang Mi hantar. sekarang Abang Mi nak balik ke bilik Abang, Kunci pintu dan jangan buka lagi kalau ada orang ketuk. kalau abang nak datang sini Abang Mi akan beri salam ok"pesan Fahmi.

Pukul 6 pagi Fahmi mengetuk pintu bilik Sara sambil memberi salam untuk memberikan roti sebagai bekalan sarapan mereka.
Pintu dibuka oleh Sara.

"Nah makan roti ni untuk alas perut, Restoran hotel ni menyediakan buffet sarapan pada pukul 7 pagi. 6.30 kita dah nak bertolak ke syarikat tu, so kita breakfast dalam bilik saja ya, boleh minta tolong Ina buatkan nescafe untuk abang, ini cawan dan nescafe dari bilik abang "ujar Fahmi.

"Jemputlah masuk, Sara dan Kak Ina dah siap Mandi,baru nak pakai mekap jer ni Kak Ina cik abang awak minta buatkan nescafe"usik Sara

Usai sarapan yang ringkas Fahmi memandu keretanya menuju ke Putrajaya.
"Jawab dengan yakin, nak menipu pun perlu dengan keyakinan yang tinggi ok"pesan Fahmi.
"Mana ada orang bagi nasihat supaya menipu untuk interview."kata Sara.

"Siapa jer tak menipu dalam interview pada zaman sekarang ni, lebih lebih lagi untuk soalan.
"Apa yang awak gambarkan diri awak lima tahun akan datang?untuk soalan tu Sara jawab Dalam Lima tahun akan datang saya nampak seorang Sara yang lebih matang dan sebagai seorang Head of departments"ujar Fahmi.

"Ina tak menipu dalam interview ya"Sampuk Naina.
"Sebab tu sampai sekarang belum dapat kerja kan, dah berapa bulan Ina pergi interview tu?"soal Fahmi.
"Dah cukup 12 bulan"balas Naina.
Sara mengikuti interview dengan penuh semangat.

"Baiklah cik Sara, apa yang cik Sara gambarkan diri cik Sara 10 tahun akan datang?"soal penemuduga itu.
"Alamak, 10 tahun aku nak jadi apa ya?"fikir Sara.
"10 tahun akan datang saya nampak diri saya yang lebih berpengalaman dan sebagai pemilik syarikat ini"balas Sara dengan yakin.

Penemuduga menamatkan interview itu selepas tidak ada lagi soalan untuk diajukan"Cik Sara saya akan berikan keputusan interview sekarang juga, saya minta maaf, cik tak menepati kelayakan yang kami mahu?"kata si penemuduga tersebut.

****
"Kenapa monyok ni, ?"soal Naina bila Sara kembali ke kereta.

"Abang Mi cakap soalan dia untuk 5 tahun tapi kenapa orang tu tanya untuk 10 tahun, Sara tak bersedia dengan jawapan Sara masa tu "rungut Sara.
"Sara jawab apa?"soal Fahmi.

"10 tahun akan datang,saya nampak diri saya yang lebih berpengalaman dan sebagai pemilik syarikat ini"balas Sara dengan yakin.

"Patutlah kau tak dapat kerja dik,mana ada orang terus terang cakap nak ambil alih syarikat"Meledak tawa Sara dan Fahmi dengan keyakinan Sara itu.

Setelah mereka kembali ke hotel Sara menuju ke arah kaunter pertanyaan hotel.
"Hai cik ada yang boleh saya bantu?"soal resepsionis hotel, seorang lelaki yang lembut.
"Kat mana saya boleh cari shopping mall ya?"soal Sara.
"Oh,shopping mall, bangunan di sebelah kiri ni memiliki shopping mall di dalamnya. "ujar resepsionis itu lagi. Sara tersenyum lalu mengucapkan terima kasih dan kembali ke biliknya.

"Kak Ina rehat dulu ya, Sara nak pergi ke shopping mall di sebelah ni, nak belikan hadiah untuk Sharif"kata Sara. Sara kemudian bertukar pakaian lalu keluar dari situ. Tiga jam berlalu dan Sara masih belum pulang.Naina menjadi risau, dia menghubungi Fahmi untuk memaklumkan perkara tersebut.

"Sara cakap dia pergi ke mana?"Soal Fahmi.
"Dia kata dia nak pergi ke shopping mall sebab nak belikan Hadiah untuk Sharif"balas Naina.

"Abang Mi akan tanya staff hotel di mana ada shopping mall yang berdekatan, Ina bersiap ya, kita pergi cari dia.
sepuluh minit berlalu.
"Ina jom ada shopping mall di bangunan sebelah kiri ni jer.

Keluar dua pasangan kekasih itu untuk mencari Sara. ternyata shopping mall itu sangat besar. Fahmi menahan seorang lelaki untuk bertanyakan di mana ruangan permainan kanak kanak berada.

"Kalau encik dan puan nak cari permainan kanak kanak, boleh naik ke tingkat dua"balas lelaki itu.
"Abang Mi tak perasan ke, wajah lelaki tampan tadi Sama macam Sharif"soal Naina.

"Ya betul maksud Ina apa?"Fahmi mengajukan soalan kembali kepada Naina.
"Ina agak saja, mungkin itulah lelaki yang telah menghamili Sara, cepat kita mesti bawa Sara pulang ke kampung dengan segera"balas Naina.
"Ya juga, cepat cari Sara"gesa Fahmi.

Setelah Sara ditemui, Fahmi membayar harga mainan tersebut dan mengajak Sara untuk pulang

"Sara belum puas lagi nak belanja belanja kat sini. Jom Kak Ina kita shopping baju pula, Sara nak beli sedikit buah dulu Abang Mi "Kata Sara tidak mahu keluar dari situ.

Gaddafi melihat ke arah sumber suara.

Ghaddafi melihat seorang wanita dewasa di paksa oleh sepasang kekasih untuk keluar dari pasaraya miliknya. Dia mahu meleraikan pergaduhan itu yang pasti akan mengundang perhatian daripada ramai pengunjung pasaraya lainnya.

"Cantik wanita itu, macam pernah aku lihat,tapi di mana ya?"fikir Ghaddafi.

"Oh, pasti wanita itu pengunjung di kelab malam yang biasa Aku pergi, tak mengapalah nanti aku akan jumpa dia lagi dan pertemuan kali kedua itu tak akan aku sia siakan, "tekad Ghaddafi kepada dirinya sendiri.

Satu panggilan telefon mengganggu tumpuan Ghaddafi.
"Ghaff,Sayang....."rengek wanita di dalam telefon itu.
"Huh!,nak apa?"soal Ghaddafi
"You janji nak ambil I keluar makan pukul 6.30 petang, sekarang dah pukul 8 tau, penat I tunggu You kat rumah ni"kata wanita itu.

Ghaddafi mulai rasa rimas dengan kerenah wanita seperti itu, Dia pernah menyukai seorang wanita yang manja dan bergantung kepadanya, tapi kini dia sudah bosan, dia mahukan seorang wanita yang boleh berdikari sendiri dan tidak menyusahkannya lagi.
Sehingga kini Ghaddafi sedang menunggu seseorang, seseorang dari setahun yang lalu.
Seorang gadis One night stand tapi meninggalkan seribu kenangan manis untuk dirinya. Gadis itu Masih lagi suci dan dara, buktinya daripada kesan tompokan darah di atas tilam selepas malam itu. Selain itu, alat sulit si gadis yang masih ketat memberitahu Ghaddafi bahawa gadis itu masih lagi dara, Sebelum sempat Ghaf mahu mengambil nombor telefon si gadis, dia sudah tidak sedarkan diri. pengaruh ubat tidur yang diberikan kepada gadis itu adalah penyebab utama mengapa gadis itu tidak sedarkan diri sepanjang aktiviti intim mereka.

Ghaddafi melakukannya atas desakan seorang kawannya Dia pasti tidak akan melakukan aktiviti terkutuk itu tanpa kebenaran si pemilik tubuh, itulah perkara yang menjadi kekesalan dalam diri Ghaddafi. Dia cuba mencari gadis itu semula tapi tidak berjaya. Ghaddafi mahu meminta maaf kepada gadis itu dan bertanggungjawab atas keterlanjuran perlakuannya. Selama setahun Ghaddafi di ganggu oleh mimpi buruk daripada perbuatannya itu. Arwah mommy Ghaddafi juga pernah muncul dalam mimpinya meminta Ghaff mencari gadis yang teraniaya itu untuk memohon keampunan.

Fahmi dan Naina berjaya membawa Sara pulang ke rumah dengan menggunakan Sharif sebagai alasan.
"Mana anak Sara?"soal Sara ketika sampai di bilik hotel
"Sara ada di rumah ibu Sara la, Jom Abang Mi akan drive Sara dan Naina balik ke rumah Mak Su Tipah"ujar Fahmi. Sara mengemas pakaian miliknya dan bersedia untuk pergi. Perjalanan pulang lebih cepat kerana Fahmi membawa kereta dengan kelajuan yang sedikit tinggi.

Puan Latifah terkejut dengan bunyi ketukan pada pukul 1 pagi. Sara meluru masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan Sharif.
"Kenapa ni Sara?"soal Puan Latifah.
"Mana Sharif, dia tak sihat ke ibu?"soal Sara.
"Entah kenapa semalam dia merengek tak nak tidur, rindukan Sara agaknya, ayah bawa tidur dalam bilik ayah"balas Puan Latifah. Sara menyerbu bilik ayahnya. dan mendapati Sharif tidur dengan lena dalam dakapan datuknya.Perasaan Sara mula tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience