HCS03-Mak Ngah Latisha.

Family Completed 11410

Secara rasminya sara tinggal di rumah opah Fatimah. Naina pula sudah mendapat kebenaran encik murad untuk menemani Sara di situ.
Pada malam pertama Puan Fatimah memanggil Sara untuk curhat.
"Ya opah?"soal Sara.
"Ok Sara, opah nak Sara jujur dengan opah ya. Siapa yang buat Sara macam ni?"soal Puan Fatimah dengan berhati hati.
"Subhanallah opah, Sara memang tak ingat apa apa pun"balas Sara.
"Ibu Sara cerita Sara pergi birthday party tu, Sara ada minum minuman beralkohol ke?"soal Puan Fatimah.
"Opah, Sara tahu halal haram, Sara minum air oren fanta jer masa tu, mustahil air oren boleh buat Sara hilang ingatan. "cerita Sara dengan jujur.
"Tak mengapalah Sara, opah cuma nak Sara jujur. Ok opah panggil Sara ni sebab nak bincang dengan Sara, lagi beberapa bulan, perut Sara tu akan timbul, masa tu opah nak Sara duduk dlm rumah jer, jgn keluar tau, mak ngah Latisha Sara tu dah join group CNN kampung. Kecoh pulak nanti."pesan Puan Fatimah.

Selepas 5 bulan, perut Sara sudah menampakkan baby bump nya, kerana tubuh Sara yang kecil mungil.

Latisha sedang menuju ke rumah ibunya

"Assalamualaikum mak"Mak Ngah Latisha memberikan salam.

"Sara, masuk bilik cepat, itu suara Mak Ngah Latisha, sara duduk diam diam dalam bilik tu ya"pesan Puan Fatimah.

"Baiklah opah"balas Sara
"Waalaikumussalam, jemputlah naik Sha. "ajak Puan Fatimah.
"Mana budak bertuah tu?. "soal Mak Ngah Latisha.
"Kamu cari siapa?. "Puan Fatimah sengaja mempermainkan Latisha.

"Budak Sara anak Tipah lah mak, sekali pun dia tak datang menjenguk mak ngah dia ni,Kalau bukan sebab mak ngah dia ni, tak wujud dia tu."ujar Latisha .
"Allah dah tetapkan jodoh Tipah dengan si Din, berpisahlah antara benua pun pasti bertemu juga. lagipun bukan Tisha yang tentukan jodoh mereka. "balas Puan Fatimah tidak setuju.

"Mak mesti dah lupa ni, anak kesayangan mak tu sudah rampas kekasih Tisha. Abang Din tu dulu Boyfriend Tisha mak, bila Abang Din datang beraya kat sini,Latipah sudah sailang boyfriend Tisha. Sudahnya Tisha terpaksa berkahwin dengan Ghazali yang kaki pukul tu.Ghazali tu pun mandul pula tu "Latisha menyesali apa yang telah terjadi kepada dirinya.

"Pudin tu kalau suka kamu dia dah masuk meminang kamu Sha, tapi dia masuk meminang Tipah bukan Tisha, tak perlu Tisha nak ungkit kisah yang dah berlalu lebih 20 tahun tu.'kata Puan Fatimah .

"Anak Tipah nak tinggal sini berapa lama mak?, "soal Latisha.
"Ini rumah dia, tak kisah la berapa lama dia nak tinggal. "jawab Puan Fatimah.
"Apa mak ni, harta warisan sepatutnya bagi pada anak anak, bukan pada cucu. "ujar Latisha tak puas hati.
"Abang long mak dah bagi sebidang tanah di kanan, kamu sebidang tanah di belakang. Tapak rumah mak ni untuk Tipah, dan Sara tu anak Tipah, dia boleh duduk sini. Kalau tak cukup juga, tanah dusun tu mak bagi pada kamu,cukup tak?"soal Puan Fatimah.
"Macam tu baru cukup mak, tanah sawah mak tu nak bagi siapa.?"soal Latisha.

"Tanah kebun getah mak bagi abang long, tanah sawah pada tipah. "balas Puan Fatimah.
"Mak memang adil dan saksama, Tisha setuju dengan pembahagian harta pusaka mak tu"balas Mak Ngah Latisha.
"Ya mak tahu dan mak tak sanggup tengok anak anak mak bergaduh sebab harta pusaka."Ujar Puan Fatimah.

"Dah setengah jam Tisha kat sini, tak keluar pun cucu kesayangan mak tu, Buat apa dalam biliknya tu "soal Latisha.
"Tadi dia kata nak berehat, agaknya dia tidur la tu, kejap lagi zohor dia bangun la.'ujar Puan Fatimah.
"Takpelah mak, , Tisha da terlambat ni nak pergi rumah Leha pula, ada party tupperware, nanti Tisha bawa balik katalog untuk mak ya"kata Latisha.

"Party tupperware ke mesyuarat agung CNN kampung.?"soal Puan Fatimah dengan sinis.
"Mak ni, mak ingat Tisha nak sangat ke jaja kisah hidup orang?"Soalan berbalas dengan soalan.

"Tapi kan Sha, mak dengar kata, rumah tangga Hajah Rogayah dengan Haji Man dah musnah sebab kamu buat cerita Haji Man nak tekel kamu, betul ke?"soal Puan Fatimah.

"Itu Sha bukan buat cerita, Haji Man sendiri tanya boleh tak dia nak masuk minang Tisha, sejak jadi janda ni Tisha laku macam goreng pisang panas tau tak mak.Tisha tanya Haji Man, Hajah Rogayah tahu tak dia nak meminang Tisha, dia kata dah tahu,so Tisha pergi konfirmkan dengan Hajah Rogayah, tup tup mereka bercerai, sekarang Haji Man dah boleh minang Tisha, dia ada duit ada anak, mak jangan tak terima pulak."pujuk Latisha.

"Yea nanti mak terima lamaran kawan sekelas mak tu untuk Tisha ya."sindir Puan Fatimah.

"Sha tahu la Haji Man tu sebaya dengan mak, so Tisha harap mak jangan nak u - turn lamaran tu untuk mak ya, jangan nak sailang jodoh anak mak ni, macam mana adik Sha pernah buat pada Sha dulu tu"Ujar Latisha.

"Mak tak berkenan la dengan Haji Man tu, kamu kata nak ke parti tupperware pergilah cepat lambat pulak nanti "kata Puan Fatimah.
"Sha nak pergilah ni." Latisha bergerak pergi dari rumah ibunya.

Sara keluar dari bilik setelah melihat Mak Ngah Latisha bergerak pergi dari rumah opah.
"Opah, apa maksud mak ngah, sara wujud sebab mak ngah?"Soal Sara.

"Itu semua cerita lama Sara, ayah Sara tu dulu kekasih mak ngah, dari sekolah lagi mereka dah mula bercinta, tamat MCE, ayah kamu diterima masuk ke maktab perguruan di Perak, masa tu hari raya Aidilfitri, sebab dah lama tak berjumpa kekasih hati, ayah Sara datang nak berjumpa dengan Mak Ngah Latisha, tapi masa tu Mak Ngah Latisha dah pergi ke rumah kawan perempuan dia, ibu Sara ada di rumah dan melayan ayah Sara, menyebabkan hati ayah Sara sudah beralih sukakan ibu. ketika ayah cakap Nak hantar rombongan meminang, dia datang meminang Ibu Sara dan bukannya Mak Ngah Latisha.Oleh sebab itu Mak Ngah Latisha anggap pertemuan ibu dan ayah sara terjadi sebab dia.Tapi dia tak tahu jodoh pertemuan di tangan tuhan, opah rasa jodoh Sara ialah bapa kepada anak yang Sara tengah kandung ni.Anak ini akan menjadi asbab pertemuan Sara dengan bapa kandung anak ini sendiri"kata Puan Fatimah.

"Sara tak nak terima lelaki dayus tu jadi suami Sara."bantah Sara.
"Sara boleh kata tak nak, sebab nya jika itulah jodoh Sara, siapa boleh tolak.?"pesan Puan Fatimah.
"Sara akan tolak, Sara tak akan benarkan dia sentuh anak Sara ni.Dia dayus sebab dah rosakkan Sara dan tidak mahu bertanggungjawab"ujar Sara.

Pintu rumah Puan Fatimah di tolak dengan kuat, Latisha bergegas masuk.
"Maaf, Tisha tertinggal phone dan purse mak. Eh Sara, tak tidur pun. " Sara menyalami tangan mak ngah nya.
"Eh,Sara mengandung ke?. Kenapa dunia ni kejam mak, Tisha berkahwin dengan Abang Jali selama15 tahun tapi langsung tak dikurniakan anak, budak ni masih belajar kan, tapi dah mengandung, eh kejap Sara belum kahwin kan?. "soal Mak Ngah Latisha.
"Tisha, mak rayu tolong jaga maruah keluarga kita, tolong jangan hebohkan hal ni. Mak merayu Sha"Puan Fatimah merayu agar anaknya itu tidak menghebohkan perkara memalukan itu.

"Mana cukup dengan merayu jer mak, dulu masa Tisha rayu mak agar batalkan perkahwinan Tipah dengan Abang Din, mak buat donno jer, mak ingat tak?"Latisha tidak mengendahkan rayuan daripada Puan Fatimah.

"Tisha tunggu sekejap, Puan Fatimah masuk ke biliknya dan keluar dengan satu uncang kuning.
"Mak nak nak bagi tisha semua emas mak ke?.'Latisha teruja melihat uncang kuning milik ibunya itu.
"Ya mak nak bagi Tisha, tapi Tisha kena janji jangan hebohkan hal Sara."rayu Puan Fatimah lagi.

Latisha merampas uncang kuning itu mnyebabkan Puan Fatimah jatuh tersungkur, dahinya terhantuk pada bucu dinding.
Sara terkejut dengan tindakan mak ngah nya, dia mencapai telefon dan menghubungi Fahmi. Fahmi membawa Opah Fatimah ke hospital. Opah fatimah meninggal selepas 10 jam di masukkan ke ward,
PuanLatifah terpaksa mengambil Sara kerana tiada siapa boleh menjaga Sara di kampung itu. Latisha pula telah melarikan diri dari kampung itu setelah mendapat berita kematian ibunya.

"Saraara tak nak pulang bu, Sara nak duduk di sini."pinta Sara.
"Siapa nak jaga Sara di sini."soal Puan Latifah.
"Ada pak long, mak Long dan Abang Fahmi.Kak Ina pun boleh jagakan Sara di sini ibu"balas Sara.

"Baiklah ibu akan minta Kak Naina datang sini untuk jaga Sara ya."balas Puan Latifah.

Kini tugas menjaga Sara terketak di bahu Naina, Sara cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi sebelum melahirkan.
Mak long Fatihah turut membantu Naina menjaga Sara sepanjang tempoh trimester ketiga kehamilan Sara. Hubungan Mak Long Fatihah dengan Naina juga bertambah baik. Mak Long Fatihah mahu meminang Naina untuk Anak sulungnya Fahmi bila tiba masanya.

Selepas Tiga minggu puan Fatimah dikebumikan Encik murad sudah pun tiba bersama Naina dan sekaligus untuk mengambil Puan Latifah pulang.

"Abang long, kak long, Tipah serahkan anak perempuan Tipah bawah jagaan abang dan akak ya, Tipah tak boleh bawa Sara pulang sebab Abang Din masih lagi marah,lagipun Sara dah rasa selesa tinggal di sini."ujar Puan Latifah.

"Boleh jer Tipah, lagipun kami berdua tak ada anak perempuan, kalau Fahmi tu jadi anak lelaki kesayangan Pudin , Sara ni anak perempuan kesayangan Abang Latif."balas Fatihah dengan gembira. Sara satu satunya cucu perempuan dalam keluarga itu dan menjadi kesayangan semua ahli keluarga kecuali Mak Ngah Latisha.

Fahmi menjadi insan paling gembira melihat kepulangan Naina dan kali ini, Naina akan tinggal bersama Sara sehingga Sara melahirkan.

"Abang long tak tahu ke kemana Kak Ngah Tisha pergi?."soal Latifah.

"Menurut kata Leha, ketua CNN kampung, Latisha dah ikut Haji Man ke sempadan siam, mereka nak berkahwin di sana.

"Mereka berdua tu masing masing dah bujang kenapa tak ikut saluran betul jer?"soal Latifah.

"Tisha tu nak lari sebab dia yang jatuhkan mak, Haji Man pula tak dapat keizinan anak anak untuk berkahwin dengan Tisha."jawab Latiff.
"Takpelah along, kita doakan kak ngah baik baik jer."sambung Latifah.

Cukup tempoh 9 bulan mengandung, Sara mula terasa sakit nak melahirkan. Naina menghubungi Fahmi sebab nak pinjan kereta untuk membawa Sara ke hospital
_Assalamualaikum Naina buka pintu....."panggil Fahmi dari luar rumah.
"Fahmi dah sampai cepat nya...,"ujar Naina.
"Ina boleh pergi ambil kunci kereta Abang Mi di rumah minta dengan umi ya"pinta Fahmi.
Naina pergi ke rumah Fahmi untuk mengambil kunci kereta lelaki itu.
"Nak Abang Mi, kuncinya "Naina menghulurkan kunci kereta itu sebelum masuk ke dalam bilik dan membantu Sara untuk keluar dari rumah.
"Ina tepi sikit, Abang Mi nak angkat budak kecik ni"Fahmi menolak Naina je tepi dan mencempung tubuh Sara sebelum memasukkan adik sepupunya itu ke dalam kereta.

"Jom Ina cepat Abang Mi bawa Ina dan Sara ke hospital " Nainamencapai beg milik Sara dan segera masuk ke dalam kereta.

Fahmi mundar mandir di Ruangan menunggu di hadapan bilik bersalin.
"Abang Mi boleh duduk tak, pening kepala Ina tengok Abang Mi macam ni"kata Naina.
"Dah 4 jam Sara di dalam tu, mustahil tak bersalin lagi. Abang nak pergi tengok kejap, Ina tunggu di sini ya."pesan Fahmi.
"Baiklah "balas Naina.

Fahmi ditahan daripada masuk ke dalam bilik bersalin.
"Minta maaf encik, encik tak dibenarkan masuk."halang seorang jururawat.
"Sudah 4 jam adik saya masuk kenapa belum bersalin lagi?"soal Fahmi.
"Sekejap ya saya masuk tanya dengan doktor. " 5 minit kemudian nurse itu kembali.
"Doktor cakap ada komplikasi sikit. Sebab tu dia masih belum boleh melahirkan."ujar jururawat tersebut.
"Benarkan saya masuk jumpa adik saya sekejap."pinta Fahmi.
"Kalau sekejap boleh encik silakan "jururawat itu membenarkan.

Fahmi mendekat ke katil Sara.
"Sara, Abang Mi ada ni, Sara boleh dengar suara abang? "Sara cuma mengerdipkan mata menandakan dia dengar suara Fahmi.
"Sara.. Dengar cakap Abang Mie, Sara perlu relakan pemergiaan opah, maafkan mak ngah, dan maafkan semua orang yang pernah buat salah pada Sara, bila Sara dah redha, mudah Sara nak bersalin. "pesan Fahmi.
"Baiklah encik, saya minta encik keluar sekarang. 'kata jururawat yang ada bersama dengan Sara ketika itu.
Fahmi berjalan pergi dengan berat hati.

Sejurus sebelum pintu bilik bersalin tertutup, Fahmi terdengar tangisan bayi.
"Syyukur alhamdulillah "kata hati kecil Fahmi.
Nurse memanggil Fahmi untuk mengazankan bayi lelaki Sara.
Fahmi kemudian pergi ke tempat Naina menunggu.
"Apa dah jadi?"soal Naina.
"Sara dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.

Keesokan harinya, Fahmi bersama ibunya dan Naina melawat Sara dan bayinya.
"Pak long, Sara nak minta tolong pak long pergi daftar nama untuk baby Sara boleh?. "pinta Sara.
"Takpe Abi, Sara... Abang Mi tolong pergi, Sara nak bagi nama apa? "soal Fahmi.
"Sara nak beri nama dia Sharif.

Surat beranak Sharif tertulis Sharif bin Fahmi. Encik Latif meminta Fahmi memberi namanya sebagai bapa Sharif supaya tidak timbul isu anak tak sah taraf kelak.

Puan Latifah tiba di hospital selepas dihubungi oleh Naina. Puan Latifah nenguruskan proses discaj Sara dan nembawa Sara pulang kerumahnya.
"Ayah, ini anak Sara nama dia Sharif."Sara memperkenalkan anaknya kepada Encik Sharifuddin.
"Nama dia Sharif sebab nak pujuk ayah ke?."Encik Sharifuddin gembira kerana bayinya diberi nama sempena dengan namanya.
"Berkesan tak ayah?"soal Sara. Encik shariffudin cuma tersenyum saja.
"Apa rancangan Sara selepas ni.?"soal Encik Sharifuddin.

"Sara bercadang untuk pergi cari kerja di kotaraya."balas Sara.
"Sara nak bawa anak sara?."soal encik Sharifuddin.
"Yaa, sebab ayah tak nak tanggung anak Sara, jadi Sara akan bawa Sharif ke mana saja Sara pergi"balas Sara yakin.

masih belum bosan ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience