Rate

BAB 49 - MANIS JANJI!

Romance Completed 455345

''kenapa ni...?'' tanya Inas.. Raif tetap juga memeluknya dan menyembamkan wajahnya di bahu Inas..

''kenapa Manja? Kenapa tak jemput manis kemarin? Kenapa? Manja sengaja kan?'' tanya Inas bertalu-talu.. Belakang tubuh Raif dipukul oleh Inas.. Raif segera melepaskan pelukan Inas.. Wajah Inas dipandangnya dalam.

''jemput? Sengaja?'' tanya Raif bingung..

'ya Allah !! Kenapa dia nampak macam bingung?' Inas yang tadinya sedang marah menyentuh pipi Raif.. Anak mata Raif turut mengikut arah gerakan tangan Inas..

'dia takut? Takutkan siapa?' Inas melihat seolah-olah Raif yang sedang dalam ketakutan dan juga nampak sangat berhati-hati..

''manja kenal tak manis?'' tanya Inas.. Tangan yang memegang pipi Raif tadi dibawa ke bawah dagu Raif.. Kemudian Inas menarik tangannya semula.. Jauh dari wajah itu.

''manis..'' kata Raif.. sepatah.

''siapa manis? '' tanya Inas dengan rasa yang berdebar-debar.. Dia melihat ada yang berbeza dengan Raif..

''manisss......'' panjang Raif bergumam panjang..

''manis ni siapa?'' tanya Inas sekali lagi.. Geram pula bila melihat Raif bergitu. Seperti sedang bermain tarik tali dengannya.

'lepas seminggu jangan cakap yang dia dah tak kenal isteri sendiri.. Aku lari balik juga nanti ni! Tapi kalau betul.. Kuat kah aku? .. Nak lari balik? '

"manis lah.. Manis tu manis lah.." jawap Raif.. sambil menghentak kakinya.. Inas mengeluh.. Tambah-tambah pula bila melihat kelakuan Raif macam tu..

' bertambah sakit kepala aku.. Kalau macam ni..! Kenapa pula dia nak mengamuk macam tu pula.. Sepatutnya aku kan yang kena merajuk sekarang ni..! '

"ikut lah.." balas Inas mengambil beg pakaiannya yang ada di tanah. Lalu, menghayun kakinya melangkah masuk kedalam rumah...

' baik aku pergi sebelum aku rebah disini.. '

Raif yang sedang berdiri di halaman rumah terkaku sendiri.. Bila Inas pergi meninggalkannya.

"manis.." panggil Raif mengikut berjalan di belakang Inas.. Beg yang ada di tangan Inas ditariknya..

"kenapa? .. Ada manja buat salah?" tanya Raif..

' buat-buat tanya pula?! .' Inas tak menjawab.. Hanya jelingan mata yang dibalas oleh Inas...

"manis letih.. Nak naik atas.." kata Inas.. Berjalan pergi, memanjat anak tangga naik keatas..

Raif melepaskan beg yang ada di tangannya.. Tangannya memegang kepala yang terasa seperti dicucuk dengan beribu-ribu jarum... ' kenapa aku rasa macam ada yang aku tak boleh ingat.. Terasa ada seperti kehilangan sesuatu.. ' Raif kemudiannya mendongak melihat keatas.. Dia mana hanya ada tangga naik menuju keatas.

'manis.. Manis tu.. Arrghh dia..' imej Inas bertubi-tubi menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya..

'INAS AULIYA... manis..'

Inas masuk kedalam biliknya.. Terus merebahkan dirinya diatas katil.. Tak tahu kenapa dia merasa sangt marah dengan Raif yang tidak merasa bersalah sedikit pun. Malah, boleh terlupa nak menjemputnya..

'sakit pula hati kita, ni..' lama- kelamaan Inas yang terbaring diatas katil mula terlena..

Raif naik ke atas terus menuju ke bilik Inas.. Dia membuka pintu bilik Inas.. Beg pakaian yang ada ditangannya diletakkan di hujung katil yang ada Inas sedang terbaring di atasnya..

"kenapa dia marah?" kepala Inas dielus- elusnya lembut..

"apa yang aku tak boleh ingat lagi?" keluh Raif.. Semakin dia cuba mengingati.. Semakin berdenyut kepalanya..

Inas turun ke bawah .. selepas selesai mandi dan solat .. Dia berjalan masuk ke dalam ruang makan .. dia melihat ada Raif dan Maya ada di meja makan.. Maya sedang sibuk melayan Raif sedang makan.. Tangan Maya menyuap makanan kedalam mulut Raif dengan penuh kasih sayang..

"assalamualaikum mama.. Maaf Inas tak tahu yang Mana dah balik.." kata Inas berdiri di belakang kerusi yang Raif duduk..

"waalaikumsalam.. Inas.. Ya mama dah balik.. Dua hari lepas.. Duduk lah kita makan sekali.. Tadi manja cakap Inas tidur.. Dia tak nak kejutkan Inas.. Itu yang mama suapkan manja dulu tu.. " kata Maya.. Inas menarik bibirnya tersenyum kepada Maya.. Kemudian dia menunduk melihat Raif yang sedang mendongak memandang ke arahnya..

" manja nak Inas suapkan ke? Atau mama yang suapkan..? " tanya Maya.. Melihat kepada Raif yang sedang mendongak melihat Inas.

Raif yang sedang mendongak melihat ke arah Inas, memandang ke hadapan melihat ke arah Maya, yang ada di hadapannya..

"tak apa lah ibu... Ibu suapkan manja.. Inas nak ke dalam sekejap.." kata Inas sebelum sempat Raif menjawab pertanyaan Maya..

"Iyalah.. Kalau macam tu biar mama saja yang suapkan manja.." balas Maya.. Inas berjalan ke dapur.. Maya melihat saya menantunya itu beredar dari ruang makan.. Menuju ke dapur.

Inas yang ada di dapur mencapai satu cawan kosong yang tersusun kemas dia atas rak.. Cawan itu diisi dengan serbuk malt..

" Inas... Kenapa tak duduk makan di depan tu?" tanya Rohana..

"hmm.. Inas tak ada selera lah kak Ann.." jawap Inas.. Dia sendiri tak pasti.. Mungkin kerana dia demam dan itu membuatkan seleranya tekubur..

"Inas nak makan apa.. Biar akak masakkan makanan yang lain.. Kalau Inas tak selera nak makanan makanan yang dekat depan tu.." tanya Rohana menunjukkan ke arah ruang makan..

"ehh tak apa kak... Inas.. Cuma tak rasa nak makan.. Nak minum je.. Minum ni pun boleh kenyang.." balas Inas..

"hmm.. Tapi kalau nak apa-apa bagi tahu.. Yea.." kata Rohana.. Di mencapai sebuah talam dan diletakkan ke atas kabinet.. Satu botol ubat yang ada di dalam almari barangan dapur dikeluarkan..

"Iya kak... Kak! Ini ubat apa? Ubat manja ke?" tanya Inas.. Menunjuk ke arah botol ubat yang ada di atas dulang makanan..

"ubat manja lah ni.. Tak kan Inas lupa dengan botol ubat ni.. Selalunya Inas yang bagi manja makan ubat ni kan.." kata Rohana santai. Siap dengan ketawa kecil lagi.

'memang lah.. Tapi ubat tu Inas dah tukar kak Ann.. Aduhh! Ke Raif nampak macam orang keliru bingung tu sebab dah mula ambil ubat ni..'

" kak Ann rasa lah kan.. " Rohana mendekatkan dirinya dengan Inas dan melihat ke arah kiri dan kanan..

"Inas pergi dengan keluarga Inas hari tu.. Inas tak bagi manja makan ubat.. Itu yang manja mengamuk balik tu.." bisik Rohana dekat dengan telinga Inas..

"manja mengamuk? Dia mengamuk apa mak Ann? Maksud Inas mengamuk yang macam mana..?" tanya Inas..

"mengamuk.. Meracau... Cakap benda yang tak jelas.. Berulang-ualang kali.. Nasib Tun ada tenangkan manja.. Sebab tu Tun minta kak Ann bagi Raif makan ubat ni dua biji satu hari.. Kalau tak ok juga.. Mungkin tiga kali sehari lepas ni.." kata Rohana berbisik kepada Inas..

'ya allah!... Kenapa perlu bagi ubat tu kepada manja.. Malah bertambah dosnya.. Adakah mama nak manja ni sampai hilang ingatan.. Seterusnya apa? .. Bagi dia tak waras..gila?..macam tu? ' tangan Inas memegang kabinet dapur itu dengan kemas.. Lemah lutut dia rasakan kini...

Inas melihat saja Rohana melangkah pergi membawa dulang yang berisi segelas air putih dan juga botol ubat di atasnya..

' jadi manja.. Manja jadi bingung tu.. Sebab ubat tu.. Mama.. Mama yang minta kak Ann... Aduhh.. Kenapa aku tak perasan.. Boleh pula aku marah dengan dia..lagipun itu bukan salah dia.. ' Inas menekup wajahnya dengan tangan.. Memarahi dirinya sendiri.. Kerana tak sedar apa yang sedang berlaku..

Dari jauh dalam dapur sana, Inas mengintai melihat ke arah Maya yang sedang menyerahkan ubat itu kepada Raif.. Ubat itu di diterima oleh Raif dan terus dibawa masuk kedalam mulutnya..

'kali ini.. Kali terakhir.. Manja makan ubat tu.. Maaf manis lambat sedar perkara ni.. Manis akan kembalikan manja kepada Raif Althaf semula.. Manis janji..'

Sambung jom...satu lagi--->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience