Berpindah lah kedua orang tua Arman masuk kedalam rumah mereka.. Kini kerjanya bertambah.. Kerana Naimi mengharapkannya untuk menguruskan semuanya.. Dari seminggu sehingga berlanjutan ke dua bulan kedua orang tua Arman tinggal dengan mereka.. Tapi masih belum nampak tanda-tanda mereka akan berpindah semula ke rumah mereka.
Setiap pagi Inas akan bangun untuk menyiapkan sarapan untuk mereka semua.. Walaupun setiap pagi juga Naimi akan mengutuk masakannya.. Inas diamkan sahaja.. Selepas bersarapan dia akan ke pejabat bersama dengan Arman.. Memandangkan mereka berkerja di syarikat yang sama.. Berbezanya hanyalah Arman di bahagian Teknologi maklumat.. manakala Inas di bahagian kewangan.
'' Inas.. Kenapa nampak pucat saja muka kau ni.. '' tanya Nusrah teman sepejabatnya..teman yang sangat rapat dengannya..
'' penat sikit.. '' balas Inas sambil menyemak laporan bulanan dihadapannya.. Meja kerjanya sudah bertimbun dengan fail-fail berkulit keras.. Rasanya boleh sesat kalau berada diantara timbunan-timbunan fail dan kertas itu.
'' penat?!''
'' macamana penat? Aku tengok kau balik selalu ontime.. Tak pernah stayback macam selalu.. Kenapa? '' tanya Nusrah.. Kasihan pula melihat sahabatnya itu sedang sibuk di sebalik timbunan fail dan helaian kertas yang separas dengan wajahnya.
'' kena lah balik ontime.. Ada yang menunggu di rumah.. aku takut.. Tak makan pula mereka.. '' kata Inas.
'' hamboi... Lain macam je bunyi tu.. '' kata Nusrah menolak bahu sahabatnya itu.
'' hmm.. Apa boleh buat.. Dah nasib.. '' balas Inas lemah.
'' Inas!'' tegur satu suara tegas.
Kedua-dua dua wanita itu segera berpaling melihat kepada seorang lelaki yang sedang berdiri di sebalik pintu kaca biliknya memandang kepada mereka.
'' ya! Encik Shahreza.. Ada apa-apa yang Encik perlukan? '' tanya Inas.
'' saya nak report tu lepas lunch ya.. Awak semak betul-betul.. Sebab saya nak bawa ke meeting pukul tiga nanti dengan datuk.. '' kata Shahreza.
'' Argh.. Baik.. '' balas Inas.. Memegang kemas lampiran kertas ditangannya.
'' kenapa? Report tu ada masalah ke? '' tanya Shahreza bila melihat Inas gugup membalas kepdanya tadi.
'' tak-tak.. Insya Allah siap nanti.. '' balas Inas.
'' Nusrah!.. Kamu tolong Inas.. Yang itu urgent!.. Jadi buat yang itu dulu.. '' arah Shahreza.. Menunjuk kepada Inas yang sedang duduk di kerusi kerjanya.
'' baik encik.. Saya akan tolong Inas.. '' balas Nusrah.
Mendengar jawapan dari Nusrah.. Shahreza kembali menutup pintu biliknya dan masuk kedalam.. Duduk di kerusinya lalu mengintai dua wanita itu dari dalam.
'' fuuh! Terima kasih Nusrah.. Kalau lah sahabat sejati akuuuu.. '' kata Inas dengan manja.. Lalu memberikan beberapa helai kertas laporan kepada Nusrah.
'' baru tahu ke.. Tadi memang aku nak tolong pun.. Tapi tak sempat nak offer diri.. Ada superman datang menyelamatkan kau, Inas.. '' kata Nusrah sambil ketawa.
'' alhamdulillah.. Ringan sikit kepala aku ni..kalau tak, tadi menunduk saja.. sampai nak angkat kepala pun rasa lenguh.. '' balas Inas sambil mengurut belakang lehernya dan membetulkan posisi badannya. Melakukan senaman ringan. Merenggangkan badannya.
'' untungkan kita dapat boss.. Macam Encik Shahreza tu.. Rezeki kita dapat bos yang memahami macam tu.. Susah payah.. Tanggung bersama.. '' kata Nusrah.
'' betul tu.. Alhamdulillah.. Moga rezeki Encik Shahreza dan keluarga dia berlimpah-limpah.. '' balas Inas. Kedua-dua mereka menadah tangan.. Kemudian mengaminkan doa tadi.. Manakala Shahreza yang didalam bilik mengeleng-gelengkan kepala melihat gelagat dua orang wanita itu..
Selesai waktu kerja Inas seperti biasa akan menunggu di lobi utama bangunan itu.. Dia mula melihat beberapa orang pekerja mula beransur-ansur keluar dari bagunan itu.. Sekali lagi inas melihat kepada jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya..
'kenapa tak turun lagi? ni kalau balik lambat.. Bising pula orang dirumah tu.. Dah la balik nak masak lagi.. Basuh baju lagi..'
Inas melihat beg yang di pegang nya.. Beg itu penuh dengan helaian kertas kerjanya..
'dengan yang ni lagi nak buat.. Aduhhh!' keluh Inas lagi.
'' eh! Inas.. Tak balik lagi? '' tegur syafiq.
'' ah tu lah.. Tunggu Arman.. Dia masih di atas ke? '' tanya Inas.. kepada rakan sekerja Arman.
Syafiq mengerutkan dahinya.. Membuatkan dua keningnya turut sama bergerak ke tengah.. Sikit sahaja lagi.. Kedua kening itu mahu bercantum.
'' Arman? Ni tunggu Arman lah ni? '' tanyanya pelik.
'' yea lah syafiq.. Suami saya sorang je kan.. Takkan saya ada suami lain pula.. '' kata Inas bergurau, sambil tergelak kecil.
'' tapi... Arman half day hari ni.. Tengah hari tadi dia dah balik.. Itu yang saya tanya tu.. Takkan dia tak beritahu dengan Inas.. '' kata syafiq sambil menggaru kepalanya.
'' half day? Inas tak tahu pun.. '' balas Inas dengan nada menurun dan perlahan..
Tiba-tiba dadanya terasa berdebar.. Berdebar yang maha hebat.. Banyak desas desus yang dia dengar sebelum ini mengenai Arman.. Tapi dia pekak kan telinga sahaja.. Demi menjaga keharmonian rumah tangganya.
Syafiq merasa serba salah melihat Inas yang mula termenung sendiri.
'aduh! Tak pasal-pasal aku masuk campur pula dalam urusan rumah tangga mereka berdua.. Bukan niat aku nak buat Inas macam ni.. Tapi sampai bila dia nak tunggu Arman disini..'
'' Inas.. Nak saya hantarkan Inas balik? '' pelawa syafiq.. Harap pelawaan itu diterima oleh Inas sebagai tanda minta maaf kepadanya.
'' ah! Tak apalah.. Syafiq balik lah dulu.. Kirim salam dengan hazirah ya.. '' Inas menolak pelawaan itu dengan sopan.. Rasanya tak manis pula nak menumpang kereta suami orang, walaupun Inas rapat dengan isteri Syafiq..
'' kalau macam tu.. Syafiq balik dulu ya.. '' kata Syafiq menunduk sedikit kepada Inas sambil tersenyum.
'' ya'' kata Inas menganggukkan kepalanya kepada Syafiq. Inas melihat syafiq berjalan pergi.. keluar dari bagunan itu meninggalkannya berdiri seperti tiang bendera di lobi itu sendirian.
Inas mengambil telefon bimbitnya.. Lalu mendail nombor Arman.. Telefon diletakkan di telinga.. Belum sempat panggilan disambungkan..
'sorry' pap.. Inas segera menamatkan panggilan telefon bila mendengar suara operator yang menyambut panggilan dari sebelah sana. Sekali lagi Inas mencuba..
'sorry..' panggilan diputuskan lagi.
'sorry..' panggilan diputuskan lagi.
'kenapa dia matikan telephone?' Inas menggigit bibir bawahnya.. Geram!
Inas melangkah masuk kedalam tandas yang ada di situ.. dia meletakkan handbagnya dan beg yang dijinjit tadi di kerusi kayu panjang yang ada didalam bilik air tersebut.. Lalu dia ke singki.. Membasuh wajahnya berkali-kali..
'tak pernah dia buat macam ni.. ! Half-day?! Tutup phone?!.. Atau selama ni aku terlalu percayakan dia..' Inas menjambak rambutnya.. Melihat wajahnya sendiri didalam cermin besar yang ada didepannya..
Suara-suara halus mula masuk kedalam kepalanya.. Menghasutnya..
' perlukaha aku siasat..? Takkan aku nak biarkan saja.. Kalaulah betul? Macam mana? Selama ni aku dibodohkan oleh dia!'
'' kenapa aku yang perlu rasa bersalah..?!! Sabar Inas! Ni bukan salah kau! Kalau betul.. dia curang.. Kau siasat dulu Inas.. Jangan cepat melatah.. '' Inas menepuk - nepuk pipinya yang basah. Kemudian dia menarik tisu yang ada disitu untuk mengelap wajahnya yang basah tadi. Merapikan rambutnya yang serabut kembali ke keadaan asal semula.
Bila dia merasa tenang semula.. Tangannya mengeluarkan semula telefon bimbitnya untuk menempah grab untuk pulang ke rumahnya..
Kembalinya dia dirumah.. Dia melihat Naimi sedang menonton televisyen di ruang tamu..
'' hah! Balik dah pun! Kau kemana.. Waktu macam ni baru balik.. '' tanya Naimi kasar kepadanya.
'kenapa tanya.. Bukan sepatutnya dia tanya aku.. Kenapa aku tak balik dengan anak dia.. Kenapa aku balik dengan grab.'
'' baru balik ibu.. Arman tak ambil Inas.. Itu yang Inas balik lambat.. '' balas Inas lembut dan sopan kepada Naimi.
'' pandai lah kau bagi alasan guna nama anak aku! kau tak boleh balik sendiri ke kalau ya pun.. Tak habis-habis nak menyusahkan anak aku.. '' bebel Naimi.
Inas menarik bibirnya tersenyum sebaris.. Dia terus masuk ke dapur mengeluarkan bahan mentah untuk memasak.. Kemudian dia berjalan naik keatas.. Tak perlu dia membalas kepada mertuanya itu kerana itu tak akan mendatangkan apa apa hasil buatnya.. Melainkan membuat keadaan menjadi semakin parah.
'' tengok tu! Orang cakap dengan dia! Dia boleh saja berjalan naik keatas macam tu saja.. '' kata Naimi sambil melihat belakang tubuh Inas yang semakin hilang memanjat anak tangga keatas.
Inas masuk kedalam biliknya.. Membersihkan diri dan solat.. Dia bangun membuka telekung nya.. Selepas ini, dia perlu turun memasak pula..
Kreekk... Kedengaran pintu biliknya dibuka dari luar..
'' sayang.. Sorry.. '' masuklah Arman kedalam bilik itu tergesa-gesa lalu memegang kedua-dua tangan Inas yang sedang melipat kain telekung nya.
'' abang kemana tadi? '' tanya Inas tenang. Sengaja mahu mendengar apa yang keluar dari mulut lelaki yang bergelar suami
dihadapannya.
'' abang ada kerja luar tadi.. Lepas tu.. Handphone pula mati.. '' kata Arman dengan yakinnya. Sambil menayangkan wajahnya yang manis tersenyum kepada Inas.
'tipu! Kau tipu! Apa lagi yang kau tipu aku Arman..' Inas menarik kembali tangannya.. Lalu menyidai telekung di tempatnya. Bertapa sakit hatinya.. Hanya dia sendiri sahaja yang tahu.
'' hmm.. Ok.. Saya nak turun masak.. '' kata Inas sambil mengawal rasa amarah didada.
'' sayang marah ke ni? '' tanya Arman.. Menarik lembut hujung rambut Inas..
'' tak.. Banyak kerja.. '' kata Inas sambil menunjukkan kearah beg yang dibawa balik dari pejabat tadi.
'' oh! Okay.. Kalau macam tu.. Abang mandi dulu ya.. Nanti abang turun bawah tolong sayang masak... '' kata Arman, cuba mengambil hati.. Lalu, dia mencium dahi Inas.. Ketika Arman mendekatkan dirinya.. Inas dapat menghidu satu aroma asing yang lekat di tubuh suaminya..
'tu bau minyak wangi perempuan.. Ahhh! Lama-lama aku yang akan jadi gila.. Kalau terus macam ni!'
Inas menolak tubuh Arman menjauh dan segera keluar dari bilik itu, turun kebawah untuk memasak makan malam sebelum mertuanya mula membebel lagi.
Malam itu, dia mencari telefon bimbit milik Arman.. Setelah dia mendapati Arman sudah tidur nyenyak disampingnya. Inas memasukkan nombor kata kunci..
'sejak bila dia tukar pasword ni?' keluh Inas. Seraya berpaling melihat kepada Arman.
'sampai sejauh mana kau nak sembunyikan semuanya Arman.. Kau ingat benda ni boleh disembunyikan macam tu.. Tapi.. Aku tak sangka.. Kau bijak.. Setiap malam, bila dengan aku.. langsung kau tak pegang phone.. Tak keluar jumpa dengan perempuan tu.. Kau tutup curiga aku dengan kelakuan baik kau tu Arman... Hebat Arman.. Hebat!!' Inas memerhatikan wajah Arman yang nampak tenang disebelahnya.
' masa tu akan tiba.. Dan aku sendiri akan mencari tahu hal itu... ' bisik hati Inas nekad. Mahu menyiasat akan hal tersebut sendiri.. Kerana dia merasakan dirinya seperti diperbodohkan oleh Arman selama ini..
Share this novel