Sup ayam yang ada diatas dapur mula menggelegak.. Buih-buih kecil mula timbul ke permukaannya.. Semakin lama semakin banyak dan mula meruap keluar dari periuk yang ada diatas api..
'' Allah..!'' lafaz Inas.. Cepat-cepat dia mengecilkan api dapurnya.. Keluhan dilepaskan lagi. Seketika dia termenung semula seperti tadi.
'' sayang! Berangan apa tuh? '' tanya Arman yang baru selesai mandi.. Menghampiri Inas yang sedang berdiri di samping dapur merenung jauh ke tingkap rumah mereka.
'' tak-tak.. '' jawap Inas lalu menggelengkan kepalanya ..dia terpikirkan apa yang kawan pejabatnya memberitahu bahawa suaminya ada kekasih gelap di luar sana.
'' tak apa sayang? '' tanya Arman lagi.. Mendekatkan dirinya lalu memeluk tubuh Inas dari belakang.. Bahu Inas diciumnya.. Sebelum dia meletakkan dagunya di atas bahu Inas.
'' tak.. Banyak kerja dekat pejabat tadi.. '' balas Inas.
'tak mungkin! dia curang kan! Dia sayangkan aku.. Kami saling menyintai antara satu sama lain..' Inas berpaling lalu mencium pipi Arman.
'' sayang..kejap lagi Ibu nak datang tau.'' kata Arman.
Inas yang mendengar hal itu terus menarik tangan Arman dan segera keluar dari pelukan suaminya.
'' ibu nak datang? '' Inas menayang kan wajah tak selesa.
'' kenapa ni? kan selalu ibu datang sini.. Kenapa sayang tak suka ke? '' tanya Arman. Bila melihat wajah Inas yang manis tadi berubah mencuka.
'' ck.. Tapi sayang masak sup ayam saja hari ni.. Kan abang yang nak makan sup ayam.. Nanti apa pula kata ibu.. '' keluh Inas.
'' lah! Ingatkan risaukan apa tadi.. '' Arman membelai lembut pipi Inas dengan tangannya.
'' abang! Serius lah.. Nanti ibu mengadu lagi.. Abang kan tahu macam mana ibu abang.. '' Inas menarik tangan Arman yang sedang membelai pipinya turun kebawah.
'' ibu bukannya datang nak makan sangat.. Lagipun abang yang teringin sangat nak makan sup ayam ni.. Biarlah.. '' balas Arman santai.. Sambil mengoyang-goyangkan tangan Inas.
'' iyalah.. '' balas Inas menyambung kerjanya di dapur..
Sambil dia memasak dia berlari- lari mengemas di kawasan lain.. Walaupun rumah itu sudah kelihatan kemas dimatanya.. Nanti tetap juga mertuanya itu merungut yang itu dan ini..
'' sayang.. Relax lah.. Ibu je yang nak datang dengan ayah.. Okay! .. Tak perlulah kelam kabut macam ni.. '' tegur Arman rimas melihat Inas ke hulu kehilir di hadapannya..
Inas diam tak menjawap... Dia meneruskan kerjanya.. Sehingga telinganya menangkap bunyi enjin kereta diluar... Ada silau dari lampu kereta itu masuk kedalam rumahnya melalui sliding door rumah tersebut..
'' panjang umur ibu.. Dah sampai pun.. '' kata Arman yang sedang duduk di sofa ruang tamu.. Mula berdiri.. Berjalan ke pintu utama rumah mereka.
Inas segera berlari membawa batang penyapu ditangannya kedalam.. Menyimpan semula penyapu di dalam bilik ruangan kecil khas untuk menyimpang barang itu. Dari dalam Inas sudah mendengar suara orang yang memberi salam. Cepat-cepat dia mengaturkan langkahnya ke hadapan semula..
'' ibu-ayah.. '' panggil Inas mesra.. Lalu bersalaman dengan kedua orang tua itu..
Naimi melihat menantunya dengan hujung matanya..
'apalah yang Arman nampak dengan perempuan miskin ni.. Dah la miskin.. Mandul pulak tu!' bisik hati Naimi.
'' Inas.. Sihat? '' tanya Amran.
'' alhamdulillah sihat ayah.. Ayah? '' jawap Inas dengan muka yang manis..
''alhamdulillah.. macam ni lah dah tua-tua.. Biasalah kalau setakat batuk-batuk sedikit tu..'' balas Amran.
'' Ayah.. Ibu.. Jomlah kita makan dulu.. '' ajak Arman.. Memperlawa kedua orang tuanya.. Memandangkan perutnya dah mula berbunyi dari tadi.. Ditambah pula dengan aroma sup yang sedang menyucuk hidungnya.. Dia sudah tak dapat menahan godaan masakan Inas..
'' makan? '' kata Naimi menarik mukanya dan mencebik mengejek.
'' yea ibu.. Jemputlah. '' pelawa Inas.
'' tapi itulah.. Ibu dan ayah tak beritahu awal nak datang tadi.. Kalau tak boleh kami sedia lauk yang special sikit malam ni.. '' kata Arman.
'' ayah tak kisah pun.. Apa pun ayah makan.. '' balas Amran sambil ketawa.
Berjalan lah mereka ke meja makan.. Lalu duduk disana.. Manakala Inas masuk ke dapur menghidangkan makan malam buat mereka semua.
Naimi melihat makanan yang tersusun di atas meja.. Sesekali matanya menjeling kepada Inas yang sedang menyenduk kan nasi ke pinggan..
'' kau masak ni je? Kau bagi aku makan ni je? Sup! Lepas tu ni apa? Patutlah korang tak ada anak!.. Makan entah apa-apa saja... '' kata Naimi sambil menunjukkan semangkuk kecil cili potong.
'' ibu.. Arman yang nak makan sup ayam.. Arman yang minta, Inas masakkan.. Cili potong tu untuk bagi pedas.. Penambah rasa untuk sup tu nanti.. '' kata Arman.
'' ish kamu ni.. Kenapa..?! '' tanya Amran. Dia menyambut sepinggan nasi yang dihulurkan oleh Inas. Wajah menantunya itu diperhatikan.. Inas masih cuma untuk tersenyum kepada mereka ..
'kan.. Kalau orang dah tak suka.. Buatlah apa pun.. Semuanya salah'
'' huh! Sup saja pun yang dia tahu masak.. '' perli Naimi kepada menantunya.
'' inilah isteri pilihan kamu?.. Dah empat tahun khawin.. Seorang anak pun tak boleh bagi kamu.. '' sindir Naimi.
'' ibu.. '' panggil Arman. Amran menyiku lengan isterinya yang tak habis-habis menyembur, menghina menantu mereka itu.
'' apa! Betul lah apa yang ibu cakapkan ni.. Buat apa simpan perempuan yang tak boleh beri zuriat buat kamu Arman.. Banyak lagi yang layak buat kamu.. Tapi.. Ni jugak yang kau nak!'' herdik Naimi.
'' sudah lah tu.. Kita nak makan ni.. '' kata Amran.. Menegur isterinya.. Naimi melepaskan nafas berat melemparkan pandangan tak puas hati bila suami dan anaknya membela inas.. yang ada duduk bertentangan dengannya..
Suasana hening seketika semasa mereka sedang menjamu selera.. Sehinggalah selesai mereka makan.. Kedua orang tua Arman duduk semula diruang tamu.. Manakala Inas sendirian di ruang dapur membasuh pinggan kotor.. Sesekali di memasang telinga mendengar apa yang sedang mereka semua bualkan.
'' ayah dan ibu datang ni nak beritahu.. Kamu ni Arman.. '' kata Amran.
'' beritahu apa tu ayah? '' tanya Arman melihat kepada ayahnya dan juga ibunya.
'' hmmm.. Rumah kami nak kena buat ubah suai.. Jadi kami nak tumpang lah rumah kamu sampai selesai semua tu.. '' kata Naimi. Bercakap bagi pihak suaminya.
'apa? Renovated lagi.. Rasanya baru je dia renovated dua bulan lalu.. Banyak betul duit mereka ni? Yalah! mereka orang kaya kan.. ' Inas yang sedang membasuh pinggan berpaling mengintai ke belakang.
'' boleh je kalau ibu dan ayah nak tinggal dengan kami.. '' kata Arman..
'senangnya dia bagi kata putus tanpa bertanya dari aku dulu.. Bukannya aku tak setuju.. Tapi ibu dia datang sini sekali sekala pun merungut itu ini.. apatah lagi kalau tinggal disini dengan aku.. ' keluh Inas. Dia mengelap tangannya yang basah di kain yang tergantung di dinding..
'' kalau tak, kami nak tinggal di rumah adik kamu.. Macam sebelum ni.. Tapi tu lah ibu kamu ni.. Dah kata tak selesa pula nak tinggal dengan menantu lelaki dia.... '' kata Amran. Menunjuk kearah Naimi.
'macam tu rupanya.. cerita sebenar! ..' Inas membawa sebuah pinggan yang terisi dengan buah-buah potong ditangannya.. Lalu berjalan ke ruang tamu.. Pinggan itu diletakkan di meja kopi yang berada di tengah-tengah mereka.. Kemudian dia duduk disamping Arman.
'' sayang.. Nanti ayah dan ibu nak tinggal dengan kita sementara.. '' kata Arman.
Inas menarik bibirnya tersenyum, kemudian menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Melihat kearah Arman.. Kemudian dia berpaling memandang kearah dua mertuanya.
'' kenapa nak kena tanya dia! .. Rumah ni kan rumah kamu Arman.. Takkan ibu dan ayah nak tinggal sini nak kena minta kebenaran dari dia? .. '' kata Naimi.. Berkata dengan kasar.
'rumah kami ibu.. Nama.. Memang nama dia.. Tapi yang bayar nya itu saya..' kata Inas sekadar didalam hati.. Kalau terlepas nanti.. Dikatakan kurang ajar pula.. Inas sekadar menarik bibirnya supaya tersenyum lebih lebar lagi.
''ibu ni.. Ni kan rumah kami berdua.. '' kata Arman..
'' boleh je, mak dan ayah nak duduk disini.. '' kata Inas sambil memegang erat tangan Arman yang terletak di atas riba..
'jangan kerana aku.. Dua beranak ni bergaduh.. Pengakhiran nya.. Aku juga akan dipersalahkan' jari inas mengusap lembut belakang tangan Arman.
Selepas selesai berbincang.. Pulanglah dua orang tua Arman ke rumah mereka.. Berdirilah sepasang suami isteri itu di hadapan pintu rumah mereka.
'' sayang ok ke? .. Ibu nak tinggal dengan kita.. '' tanya Arman.
'sekarang baru nak tanya! .. Ok ke? tak ok? Tadi kan dah cakap boleh! .. Kalau sekarang nak cakap tak boleh pun.. Tak guna! .. Bukannya nak mengungkit.. tapi, harap ibu tak ganggu rumah tangga kita..' Inas melepaskan satu nafas berat.
'' sementara saja kan.. Boleh lah.. '' balas Inas lemah.. Sambil berjalan masuk kedalam rumah..
Arman menangkap tangan Inas.. Membuatkan Inas segera berpaling melihat kepada suaminya..
''kenapa? '' tanya Inas bila melihat arman sedang tersenyum manis kepadanya.
'' abang baru perasan yang sayang nampak terlebih cantik malam ni.. '' kata Arman.
'' hmm.. Yea ke? ''
'' jadi selama ni tak berapa nak cantik lah yea.. Baru malam ni nampak cantik? '' tanya Inas.. Sungguh harini moodnya tak berapa enak.. Banyak sungguh perkara yang sedang bermain di fikirannya.
'' cantik! Tapi malam ni.. More than any other night before '' kata Arman lalu menunduk sedikit.. Lalu mengangkat Inas.
Terasa seperti di awangan Inas seketika.. Diangkat serupa pengantin baru oleh Arman..
'' abang.. Sebenarnya.. ''
'' why? Tak boleh malam ni? '' tanya Arman. Inas menggelengkan kepalanya.. Dia sedang berada dalam keadaan bersih sekarang ni.. Malah baru saja lepas suci dari cuti uzurnya.. Tapi perasaannya serba tak kena kini..
'' so? Shall we.. Do it? '' tanya Arman menayangkan wajah mengharap.. Kepada Inas.
'kalau aku menolak? .. berdosa kah aku..!!!' akhirnya Inas menarik bibirnya tersenyum.
Arman turut melebarkan bibirnya tersenyum kembali kepada Inas.. Sebelah kakinya menendang sedikit pintu utama rumah mereka.. Pintu itu akan terkunci sendiri sebaik ditutup. Tanpa membuang masa Arman membawa Inas ke atas, membawa masuk kedalam bilik mereka..
Share this novel
best!
best sgt jln cerita ni...stiap kli baca,xsabar nk ke babak2 seterusnya...
best